Rawatan Akar Gigi @ Root Canal Theraphy (RCT)

Assalamualaikum

Sebelum Mommy lupa baik tulis cepat-cepat.

19 September 2017, Selasa

Pukul 8 pagi dah sampai kat kaunter Klinik Gigi P18. Harini orang tak seramai last week. 
Kalau ke Klinik Gigi P18 ini step pendaftaran yang korang kena buat. Dulu just daftar, dapat nombor then tunggu nombor dipanggil. Itu aja. Sekarang tambah lagi 2 - 3 steps.

1. Ambil nombor.
2. Tunggu nombor anda dipanggil untuk ke kaunter pendaftaran
3. Bila nombor dipanggil, daftar ke kaunter pendaftaran 1 @ 2. Bawa IC. Isi borang kat situ kalau 1st time datang. Dia akan bagi nombor giliran baru.
4. Beratur di sebelah kiri kaunter untk check tekanan darah.
5. Tunggu nombor giliran dipanggil ke bilik rawatan.

Lebih kurang 1/2 jam nombor Mommy dipanggil. Bilik rawatan 44. Masuk-masuk ada Doc Chinese kecik comel tersenyum. Mommy call her Doc Sofy la sebab memang tersangat lemah lembut orangnya.

Tujuan Mommy datang sebab gigi geraham atas sebelah kiri ni berdenyut dari petang semalam. Gigi dah pernah tampal. Doc yang tampal dulu dah bagitau tampalan ni besar dan tak tau dapat bertahan ke tak.

Doc Sofy buka balik tampalan. Tapi dia tak buang habis sebab Mommy dah mula rasa sengal. Dia cakap mungkin ada karies bawah tampalan tapi dia tak boleh nak buka habis sebab nanti bertambah sakit. Dia bagi Mommy 2 option:

1. Cabut
2. Rawatan akar gigi @ RCT

Mommy tanya dia balik mana yang dia rasa better. Sebab ni gigi geraham kekal. Nak mengunyah tak selesa nanti kalau dah tak ada.
Doc Sofy cakap dia suggest untuk RCT. So dia explain la panjang lebar. Dia cakap RCT ni kena buat 5 - 6 kali treatment. Makan masa. 

Sebab Mommy memang takut giler nak cabut so Mommy setuju untuk RCT. Last cabut gigi rasanya zaman sekolah rendah. Ada la 20 tahun lepas kot!

Lepas dia buat tampalan sementara, dia suruh Mommy gigit kapas. Terus berdenyut gigi ni. Dia semak schedule dia. Penuh! Mommy cakap kalau boleh soonest la buat sebab dah tak tahan. Dia cakap dia akan call petang ni if petang besok dia boleh selit dalam jadual dia.

Pukul 5 petang dia call. Alhamdulillah. Set appointment pukul 2 petang besok!

20 September 2017, Rabu

1.45 petang Mommy dah sampai klinik. Klinik pun gelap lagi masih belum bukak. Hehe! 

Kecut perut weh. Bukan takut apa, takut ingatkan jarum nak cucuk untuk bius nanti.

2.15 petang nombor Mommy dipanggil. Masuk bilik terus duduk kat kerusi rawatan. Doc Sofy terangkan lebih detail procedure harini. Siap lukis. Dia cakap harini dia akan buang akar saraf gigi yang sakit ni so that takkan ada sakit lagi lepas ni.

Mommy cakap "Doc pleaseeeee cucuk paling soft yang U boleh. Sebab I ada bad history pasal bius ni. Dah trauma rasanya"
Dia cucuk 2x. 1 belah luar gusi 1 belah dalam dekat lelangit. Serious langsung tak rasa apa! Tak rasa pun jarum. Tau-tau dia cakap dah. Sebab masa dia nak cucuk tu dia suruh Mommy count to 5. Mommy duk tunggu nak rasa sakit ke tak. Ehhh dah siap! Kagum betul!

Procedure untuk cari saraf gigi ni ambil masa 1 jam 1/2. Rasa macam nak tertanggal rahang di duk nganga. Rasanya lebih dari 1/2 jam sekali nganga. Tapi Doc Sofy memang baik. Soft spoken. Selalu tanya ok ke tak and always say sorry.

6x cucuk bius sebab masa tengah dia gerudi tu Mommy rasa sengal so dia tambah lagi ubat. Yang lawaknya bila nak kumur tu mulut di tak boleh nak tutup belah kiri. Air ngalir je. Sambil gelak-gelak pulak.

Start 2.30 habis pukul 4 petang! Penat! Memang rasa penat dan sedikit pening sebab lama sangat ternganga.

Doc Sofy cakap dia dapat keluarkan 1 je saraf utama. Lagi 2 saraf posponed next session which is on 31 Oktober 2017 sebab gigi Mommy dah berdarah. Tapi tak sakit. Dont worry.

Balik rumah sampai pukul 7 masih ada rasa kesan kebas. Dan alhamdulillah takde rasa sakit lepas treatment. Doc Sofy memang dah bagi ubat tahan sakit standby dan siap bagi no phone kalau sakit tak boleh tahan.

Mommy syukur sangat sebab dapat buat treatment dengan dia. 

Next session will update!






Pengalaman Bersalin Aleeya Part 3: Baby Berpusing

Assalamualaikum

Sambungan dari previous post.
Mommy sengaja tulis detail semua ni untuk kenangan. Yea la sebab Mommy pun tak tau lepas ni macamana sama ada masih ada rezeki lagi untuk rasa nikmat mengandung dan bersalin. Wallahhualam....

Ok sambung!

Hari ke-2 dan ke-3 Mommy di wad masih rutin yang sama. Bosan! Orang lain masuk 1 malam besok dah boleh discharge dengan baby. Mommy kat situ duk kira orang keluar masuk.

6 Oktober 2016, Khamis

Around pukul 9am doktor pakar datang melawat. Dia check kedudukan kepala baby dah kat bawah katanya. Dia suruh doktor kat situ monitor lagi. Kalau besok masih oblique, boleh discharge. Tapi dia  ada tanya nak bersalin normal atau czer lagi since Mommy dah ada scar so boleh pilih. Mommy cakap nak bincang dulu dengan husband.

Scan pagi tu pun nampak kepala baby kat bawah. Patut la sejak menginap kat wad ni Mommy asyik nak terkucil.

7 Oktober 2017,Jumaat

9am doktor scan lagi. Still oblique.
Boleh discharge! 
Yayyyyyy!!!!!

Seronok tak boleh nak cakap. Mommy uruskan sendiri semua urusan untuk discharge. Berjalan jauh giler nak ke kaunter hasil. Sampaikan misi kat situ membebel bila tau Mommy jalan kaki ke sana. Hehee! Kan kata suruh banyak berjalan....

Dekat pukul 1 jugak la baru boleh balik sebab tunggu doktor sediakan MC.
Mommy balik dengan Along kebetulan dia Ada kerja kat situ.

Next checkup is on Oktober 11.

Pengalaman Bersalin ke2 Part 2: Refer ke HUSM

Assalamualaikum

Sambungan dari Pengalaman Bersalin ke2 Part 1: Last Checkup

Entry bersalin untuk NUR ALEEYA SUMAYYAH mungkin banyak episod. Sebab memang banyak cerita dan..... Mommy tak tau sama ada Mommy berpeluang melalui fasa mengandung lagi ke tak. Nauzubillah.... tapi kita tak tau apa akan berlaku akan datang kan.

5 OKTOBER 2016, Rabu

Pukul 8 pagi bergerak dari rumah MIL ke HUSM. Dekat je pun tak sampai 5km. Terus register kat kaunter pendaftaran. Nasib baik orang tak ramai.

Kemudian Mommy dengan Papa ke kaunter O&G pula. Tapi rupanya hari rabu doktor untuk kes ibu anak tak ada. Misi suruh tunggu doktor datang. Sementara tunggu kitorang ke kafe untuk breakfast. Sempat la makan "nasi tupe".

Lepas breakfast terus ke O&G. Sampai je misi panggil dan bagitau kena ADMIT HARINI JUGAK. SEKARANG!

Ishhh tak suka la. Cakap kat misi tengahari saya datang balik sebab tak bawak apa pun lagi. Dia suruh stay. Dia suruh Papa balik ambil beg. Mommy tetap berkeras nak balik jugak sebab bukan jauh pun.

Sebelum balik kitorang ke rumah my ma dulu. Hantar dan nak ambil barang yang patut. Otw tu Mommy dah sebak. Nak masuk hospital ni.... tau next apa cerita. Sedih nak tinggal Arissa lagi.

Sampai rumah MIL, terus kemas beg. Lepas lunch pukul 2 gerak ke hospital. Salam peluk Arissa. Sedih wehhhh.....

Sampai hospital ambil nombor untuk admit ward. Tunggu lagi untuk di-usher ke ward. Again. Ke wad 2 Baiduri. Setel apa yang patut then dapat katil no 3 dan di bawah Team D.

Papa tunggu kejap tapi tak boleh lama sebab belum waktu melawat. Salam Papa sebelum dia balik pun Mommy tak boleh nak tengok mata dia. Automatik jadi emo.

Lepas Papa turun, misi pasangkan CTG. Mommy suka la buat CTG ni. Dapat dengar heart beat baby. Rasa dekat sangat dengan dia. Dekat sejam jugak dia pasang benda tu.

Dalam pukul 4.30 doktor pakar datang melawat. Dia bagitau nak monitor dulu position baby sebab masa dia melawat tu kepala baby duduk kat bawah pulak. Punggung kat rusuk kanan. Mommy call bagitau Papa. So Papa decide nak balik Puchong dulu sebab Mommy kemungkinan besar takkan bersalin lagi. 5.30pm Papa gerak balik Puchong.

Malamnya takde buat apa. Misi datang check position baby. Misi cakap macam melintang (transverse) lagi. Mommy pun tak pasti. Bosan la orang sehat duk dalam wad.

Bersambung...