It's Friday

8:58:00 AM 0 Comments A+ a-

Mengantuknya!

Hari Jumaat memang paling best. Tapi pagi ni ngantuk sangat la pulak. Dah la bangun pagi tadi perut sakit sebab semalam makan macam tak hengat dunia. Selalu sangat gini. Kalau malam makan terlebih, paginya mesti sakit perut. Yang heran tu sakit perut sekali ngan rasa lapar giler! Pelik kan.....

Semalam pukul 10 dah tido. Pastu pagi tadi 5.30 mata dah terkebil-kebil. Duk bergolek-golek kejap, then bangun mandi. Kul 6.30 dah siap! 7.15 dah sampai opis. Ingat nak tido la kejap sebab awal lagi. Tapi dah start sembang hilang terus ngantuk.

Hari ni kena buat blood test lagi sekali. Wataniah punya pasal la ni. Tensen betul laa... Tapi kalau dah memang darah rendah, ambik la berapa kali pun still macam tu jugak kan. Sekarang pun asyik pening-pening je kalau tunduk.

 

Hari tu masa first amik darah, dua-dua lengan misi tu cucuk. Misi praktikal rasanya. Mula-mula belah kanan, tak keluar pun darah. Tukar belah kiri pulak. Dia siap golek-golek jarum tu kiri kanan. Dah sakit sangat terjerit gak la sikit. Hilang malu semua. Hari ni tak tau la macam mana. Harap-harap jangan la dapat misi tu lagi.

Sebenarnye ada jugak kelebihan kena wat blood test arini. Boleh keluar awal. Amik kesempatan la apa lagi. hehe