Kenny Rogers

1:49:00 PM 0 Comments A+ a-


Petang semalam pegi One Utama sebab husband nak belanja makan Kenny Rogers. Last week try branch dekat Giant Kota Damansara. Tapi kureng laaa.... Tak sedap cam kat MidValley. So nak try dekat OU plak. Sampai kat OU pun dah pukul 4. Lunch pun belum. Breakfast pagi semalam ngan biskut Hup Seng ngan milo panas jek. Punya la lapar. Nak cari parking pun dah 1/2 jam. huhu

Sampai kat KR kitorang pilih duduk kat meja luar tepi pool. Dah siap order, budak yang amik order tu bagitau kena tunggu 10minit sebab ayam tak masak lagi. Ok. Kitorang pun posing2 la dulu. Menu yang dipesan pun sampai. Kitorang pun start makan la, dah separuh nak habis tapi air tak sampai2 lagi. Meja sebelah yang baru sampai pun dah dapat air dorang. Saya panggil waiter cakap air kitorang tak sampai lagi. Die pegi check kat kounter pastu datang balik cakap kitorang takde pun pesan air. Saya dah mula panas. Sebab saya ni spesis yang memang makan sambil minum. Kitorang order la lagi sekali. Saya mintak extra gravy skali padahal tadi dah mintak tapi tak sampai2.

Dalam 5 minit gitu air pun sampai tapi gravy xde lagi. Tunggu lagi. Husband dah habis makan. Saya duk tunggu lagi. Panggil budak yang hantar air tadi tapi die buat cam tak nampak. Lagi la saya hangin! Pastu saya panggil waitress plak bgtau gravy tak dapat lagi. Tak sampai seminit terus die hantar. Aikkk cepat la plak. Ingat kan stok habis ke hape....?
Dah habis makan, dah siap bayar, dengan penuh rase tak puas hati saya tulis komen kat borang survey yang die letak atas meja. Tapi saya rase mesti dorang buang je komen saya tu. Takkan la dorang nak tunjuk kat bos kannn....its ok! At least saya puas hati ;P

Setakat nie...Kenny Rogers yang paling best saya rase la..kat MidValley!!