Menu Dinner 2 in 1

9:53:00 AM 0 Comments A+ a-

Semalam sampai rumah agak awal. Pukul 5.40 dah sampai. Biasa pukul 6pm baru nak menapak naik tangga. Jalan pun tak jem. Kalau hari-hari macam semalam kan best.

Macam biasa sampai rumah rehat dulu. Bergolek-golek depan tv dulu kejap. Kacau Husband main game. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak mandi nak solat asar.

Semalam rasa nak makan udang goreng kunyit je. Nape la semenjak dua menjak ni asyik nak macam itu ini. Takkan la kot. Belum masanya lagi kot. hehe

So malam tadi dah masak udang goreng kunyit 2 in 1. Nape 2 in 1? Sebab malas nak buat menu sayur, so saya campur terus bunga kobis ngan kacang buncis banyak-banyak dalam tu semua sekali. Sedap gak!! hehe walaupun terlebih masin ;P


Malam tadi lauk udang goreng kunyit 2 in 1 dengan telur dadar berkuahkan kicap manis cap kipas udang je. Kesian my husband kan dapat wife pemalas macam ni. ahahahah. Alah at least masak jugak kan kan kannn