Teka-teki Teka-tekup

8:41:00 PM 0 Comments A+ a-

Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???

Tau x jawapan die? Tak aci kalau google aaaaa

Lawak Seposen

8:34:00 PM 0 Comments A+ a-

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai. Dalam kebosanan menunggu ikan yang tak dapat dari pagi, Ahmad memecah kesunyian.

Ahmad: Aku ada satu cerita, ko nak dengar tak?
Hassan: Cerita apa?
Ahmad: Nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut sebut perkataan akhirnya, boleh?
Hassan: Ok..no problema...

Maka, Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :Pada suatu hari, aku pergi memburu.
Hassan : Memburu.

Ahmad : Aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : Hutan.
Ahmad : Tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : Terberak.

Ahmad : Aku berlari ke semak.
Hassan : Semak.

Ahmad : Aku pun berak.
Hassan : Berak.

Ahmad : Satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : Lagi.
Ahmad : Aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : Dulu.

Ahmad : Aku lihat najis aku sudah tak ada.
Hassan : Ada.

Ahmad : Aku pun tertanya-tanya.
Hassan : Tanya.

Ahmad : Siapa yang makan najis aku?
Hassan : Aku....

Ahmad: kahkahkah..hilang ngantuk aku jap. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

8:25:00 PM 0 Comments A+ a-

1 Malaysia Menjana Transformasi


Alhamdulillah

Tahun 2010 ni genap la 53 tahun negara kita merdeka. Syukur ke hadrat Allah SWT. Kita sudah merdeka dari penjajah.

Tapi betul ke kita sudah sepenuhnya merdeka?? What do u think.....

Raya Rumah Mak vs Rumah Mertua

4:02:00 PM 0 Comments A+ a-

Tahun ni buat pertama kalinya raya kena bergilir. huhuuu… sedih ade hepi pun ade

Sebab hepi dulu. Hepi sebab angan-angan tahun lepas nak sambut raya bersama as husband & wife dah termakbul. Alhamdulillah ^_^

Sebab sedih pulak. Sedih sebab nanti raya kat umah ma kejap je. Pastu nak kena beraya umah mertua pulak. Takut tak reti nak bergaul & beramah-mesra ngan saudara-mara husband je sebenarnya. Tapi masa pas kawen hari tu dah g jalan umah dorang. Ok je…..

Orang lain camane ek?? Turn raye mane tahun ni???

Sinopsis Drama Asmara

8:04:00 AM 0 Comments A+ a-


Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.

Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.

Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).


Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.

** Agak-agak best ke tak cerita ni eh? Kalau tengok sinopsis dia, macam dah boleh agak je ending dia camane. Kita sama-sama follow la nanti ekk

Iklan Raya

8:28:00 PM 0 Comments A+ a-

Takat ni tak nampak lagi iklan raya kat tv. Ke dah ade ek? Kalau dalam banyak-banyak iklan raya... iklan pe yang paling best? Kalau saya, iklan petronas yang best. Semua iklan petronas saya suke.

Korang suke iklan yang mane ekk?

Shopping Raye Kat Mane?

8:18:00 PM 2 Comments A+ a-

Hari Jumaat macam biasa la. Langkah mesti mau panjang punyer. hehehe. Tadi pegi Sogo ngan opismate, kak wan & nurul. Plan asal nak g ngan teksi je. Tapi malas la pulak nak menunggu. Kesian my fren, mumtaz. Dah naik kete dah keluar pagar opis pun, tetibe ade orang call panggil masuk meeting. Terpakse la say bye-bye kat mumtaz. hehe

Mase tengah tunggu trafik light depan Balai Polis Dang Wangi, nampak ade orang bertumbuk. Kite yang dalam kereta ni dah menjerit-jerit. Hishhhh phobia betul tengok orang bergaduh ni. Mesti jantung dah dup-dap dup-dap. Padahal kitorang duk dalam keta. Yang bergaduh tu sorang bawak kete sorang bawak moto. Rasenye motor 2 marah sebab yang si driver keta nak masuk ke bangunan Cambell tak bagi signal. Memang dorang bergaduh bertumbuk betul. Siap hempuk ngan helmet. Yang si pak guard parking tu boleh pulak slamber je duk berdiri tengok je. Bukannye nak tolong leraikan. Pastu pak guard lain keluar tolong leraikan dorang. Aduuuhhhh..bulan-bulan poser ni kena la banyak bersabar kan. Rasenye setan semua dah kena rantai. Ni dah takleh nak salahkan setan lagi dah....kan kannn

Parking kete kat Semua House. Tu pun lepas dah dekat sejam duk pusing-pusing. Terus pegi Sogo. Kak Wan ngan Nurul nak cari barang anak-anak. Saya just peneman je. Manusia punye la ramaiiiiii..... Penuh jalan TAR. Syok plak nengoknye.

Macam semut. Ramai giler orang!

Naik kat baby's department. Aduhhhh syoknyer tgk orang shopping baju baby. Baju baby girl tak payah cakap la. Memang rabun mate nak memilih. Ni yang buat makin tak sabar nak ada anak sendiri ni. hihihiii

Ni Puan Nurul yang comey lotte. Jadi model pejalan kaki jap

Tadi just beli tudung syiria je. Tak tau nak beli ape tuk raya. Tak rase pun nak shopping tuk diri sendiri. Barang-barang hantaran hari tu pun baru lagi. Baju pun tak pakai lagi. hmmm.... tapi weken ni nak gak ajak husband datang cni lagi walaupun tau orang laki ni bukan suke sangat nak redah jem. huhu

Bonus Raya RM500 Untuk Penjawat Awam

10:36:00 AM 0 Comments A+ a-

Hoyehhhhh!!!

Alhamdulillah. Walaupun tak sebanyak orang keje swasta yang dapat bonus riban-riban. Kami yang penjawat awam ni tetap bersyukur. At least ade gak duit tambah tuk bayar biskut nanti. hehe

Semalam mase dorang umum kat tv, saje wat tak tau. Husband tanya pun cakap tak dapat. Ahahahaa. Saje nak kelentong die. Last-last dah puas bersoal jawab ngan die. Ter-mengaku jugak. Tak baek tipu suami kan kannn. hehe

Tak sabar nak g jenguk jalan TAR. Tak penah lagi pegi sana time musim-musim nak raya ni. Nak kene pujuk husband kaw-kaw la nie

Tips Menjaga Keharmonian Hubungan Suami Isteri

4:01:00 PM 0 Comments A+ a-

1. TAAT KEPADA SUAMI - Taat adalah pintu agama. Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad berkata, "Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,berpuasa wajib sebulan,memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari mana saja pintu yang die kehendaki" riwayat Abu Na'im.

2. BEKHIDMAT KEPADA SUAMI - Isteri perlu memberi khidmat yang sewajarnya kepada suami kerana ini menambahkan kasih suami terhadap isteri. Apabila seseorang isteri suka memberi khidmat kepada suaminya, maka kasih dan sayang suami terhadap isteri akan bertambah.

3. MENYEDIAKAN HIDANGAN - Memberi makanan adalah aktiviti yang menambat hati suami.

4. MEMINTA IZIN - Suami adalah pemutus di dalam setiap urusan keluarga. Dia adalah amir. Dalam setiap perkara, isteri harus meminta izin suami terlebih dahulu.

5. MEMBERI DORONGAN - Haruslah menjadi dorongan yang utama kepada suami untuk memberi semangat dan membantunya.

6. MENJAGA HARTA - Abu Hurairah menyatakan Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau tidak ada taat dan bila engkau tidak ada, dia menjaga hartamu dan menjaga kehormatan dirinya".

7. MENGHORMATI SUAMI - Suami mempunyai tggjwb. Di belakang nama suami ada tanggungjawap. Dalam surah al-Nisak 34, Allah menyatakan "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Laki-laki adalah pemimpin atas perempuan-perempuan, lantaran itu Allah melebihkannye setengah mereka dari yang lain dan dari kerana mereke memberi belanja dari hartanya bagi wanita. Maka wanita-wanita solehah adalah wanita yang taat dan memelihara kehormatannya sewaktu ghaibnya suaminya, sebagaimana Allah telah menjaganya".

8. BERKASIH SAYANG - Perkataan 2 insan terletak pada ikatan hati. Hati bersatu maka bersatulah cinta itu.

9. MEMBERI SALAM - Berilah salam sayang padanya. Inilah ungkapan yang sering di lafazkan. Ia adalah ungkapan yang menjadi lambang ikatan mesra anta teman dan sahabat.

10. SENYUM - Senyum adalah sedekan dan dengan senyuman ia menggembirakan teman kerana senyuman itu menandakan kasih.

11. TIDAK BERSANGKA BURUK - Sangka buruk bermula daripada curiga. Jika curiga itu tidak dibaiki,pasti akan mengakibatkan kebencian. Surah Al-Hujurat ayat 12, "Supaya orang yang beriman mengelakkan diri dari sangkaan buruk kerana kebanyakan sangkaan itu adalah dosa".

12. MELIHAT KEBAIKAN - Melihat kebaikan org lain dan melihat kelemahan diri sendiri adalah ajaran Islam.

13. SERING BERBUAL-BUAL - Berbual adalah elemen yang dapat memupukkan kasih sayang.

14. SERING NASIHAT-MENASIHATI - Tugas mengajar dan menasihati di beri kepada lelaki. Apabila isteri menjadi rosak, suamilah akan di persalahkan. "Selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".

15. SERING KE MAJLIS ILMU - Rumah adalah sekolah, guru adalah suami dan isteri. Saya terima nikahnya. Kalimah ini adalah kalimah tanggungjawab lelaki di bawah jagaan untuk mengar dan menasihat.

16. MAKAN BERSAMA - Sunnah nabi.

17. MEMBERI HADIAH - Membuat kejutan, hadiah adalah tanda kasih sayang.

18. REKREASI - Berjalan dan bersiar-siar di taman berdua-duaan.

** Kalau dulu syurga di bawah telapak kaki ma, sekarang dah tukar. Bawah tapak kaki suami. Semua benda isteri nak buat kena mintak izin suami dulu. Even nak terima tetamu pun kena dapat izin dia dulu. Nak buat ape pun die yang kita kena utamakan. Sebenarnya dari zaman berchenta dulu lagi dah praktis-praktis mintak izin ni. hehe. tapi tak semua la. Tapi tak sama kan sebab kalau dulu nak lawan balik pun tak ape. Tak dosa. Sekarang dah takleh....

Mulianya seorang suami ni kan. Boleh ke saya jadi isteri mithali ni? hhihiihiii... insyaAllah i'll try my besh.

Bayi Dalam Plastik!! Zalim Betul

10:53:00 AM 0 Comments A+ a-


Ahahahaha... Memang jimat sangat la kalau boleh letak dalam plastik gini. ahahahaa.. Tapi kesian la pulak. Kang lemas budak tu

Berkat 15 Ramadhan

9:02:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah.

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Sekejap je rasenye. Puasa kali ni tak rasa lapar sangat pun. Maybe sebab balik keje pukul 4.30. Sampai rumah dah 5.30. Rehat sekejap, solat pastu bermula la adegan di dapur. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, beli kat param je.

Rezeki 15 ramadhan jugak barangkali, pagi-pagi lagi dah ada orang bayar hutang. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat Ya Allah. Semoga Engkau curahkan rezeki dan rahmat mu yang berpanjangan buat kami. Amin.

Kanak-kanak 3 Tahun Mati Disembelih

7:36:00 AM 0 Comments A+ a-

Sakitnye hati tengok berita kat TV3 malam tadi. Sembelih anak sendiri. Baru umur 3 tahun budak tu. Yang tukang sembelih pulak sakit mental. Opkos la takleh nak jatuhkan hukuman ape pun sebab dah memang dia mental. Mak dia yang tengok dengan mata sendiri mesti trauma kan. Nape la ramai sangat orang ade masalah mental eh sekarang ni. Tekanan hidup ke? Ke kurang pegangan agama. Nauzubillah.... Mintak dijauhkanlah penyakit macam ni dan mintak dijauhkanlah orang macam ni dari kita semua.

Ni berita amik kat utusan.online


  • Mohd. Adam Muszhaffar, 3, temui ajal di dalam bilik air rumahnya semalam angkara perbuatan bapanya.

  • Suspek berusia 33 tahun yang dipercayai menghidap sakit mental, kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.


  • KOTA BHARU 24 Ogos – Selang dua minggu kejadian seorang lelaki yang dikatakan menghidap tekanan mental mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati di Langkap, Perak, satu lagi kejadian ngeri berlaku ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa hari ini.
    Kali ini, seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit yang sama bertindak menyembelih sehingga mati anak lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini hari ini.

    Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 33 tahun dikatakan hilang kewarasannya bertindak menyembelih Mohd. Adam Muszhaffar dengan kejam menggunakan sebilah pisau.

    Suspek kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya, bagaimanapun dia yang turut mengalami kecederaan ditahan anggota polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan.

    Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu.
    Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

    Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka.
    “Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.

    “Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.
    Pada 14 Ogos lalu, ketika umat Islam menikmati juadah sahur, seorang lelaki yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

    Kejadian berlaku pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan, Perak. Lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

    Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

    Sementara itu, Nik Suzila yang masih dalam keadaan terkejut berkata, sebelum kejadian, dia telah meninggalkan Mohd. Adam Muszhaffar serta Siti Aishah di rumah ibu dan bapanya yang terletak kira-kira 50 meter kerana keluar bekerja berhampiran rumah mereka.

    Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dia telah mengambil Mohd. Adam Muszhaffar, manakala Siti Aishah ditinggalkan di rumah nenek mereka kerana dia sedang tidur.

    Sementara itu, bapa Nik Suzila, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata, menantunya itu menunjukkan perubahan sejak kelmarin dan disebabkan itu ketiga-tiga cucunya tidak ditinggalkan di rumah bersama menantunya itu semasa isterinya keluar bekerja.

    “Sejak kebelakangan ini, menantu saya tidak lagi makan ubat, bila saya tanya kenapa tidak makan ubat, dia menjawab sudah sihat, kalau makan ubat pun akan buat mengantuk sahaja.

    “Sudah lama dia tidak hadapi masalah mental, kalau datang penyakitnya pun, dia tidak ganggu orang, hanya duduk diam dan keluar dari rumah balik esok pagi atau lewat malam.

    “Hanya hari ini dia bertindak di luar batasan, tidak pernah saya tengok dia marah anak-anak, dia amat sayang anak-anak,” katanya.

    Menurutnya, menantunya sebelum ini bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya dan telah berhenti kira-kira sebulan lalu.

    Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

    “Kita percaya dia ada masalah mental tetapi siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek telah ditangkap ketika cuba melukakan dirinya dan dibawa ke HRPZ II kerana cedera di leher.

    “Kita juga telah menemui pisau yang digunakan oleh suspek untuk menyembelih anaknya sendiri manakala mayat mangsa telah di bawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.

    Duit Raye

    3:42:00 PM 0 Comments A+ a-

    Tadi g CiMB sebab nak tukar duit. Kitorang g kul 12.30 konon sebab takmo bersesak beratur menunggu bagai. Sampai je tengok dalam bank lengang. Sunyi sepi. Aikkk pelik neh. Mintak borang nak tukar duit. Orang yang jaga kaunter tu cakap kul 3pm baru kaunter tukar duit bukak. Aisehhhhh.... kul 3 kami dah nak masuk opis balik la dik oiiii. Rupenye die ade time tuk tukar duit ni. Lain branch lain timing. Tadi kat CiMB Wangsa Maju, kalau nak tukar duit sile pegi pagi kul 9.30 - 11.30. Kalau tak sempat sila berpeluh cari parking lagi pukul 3 yea. Die tutup kaunter pukul 4.30 kalau tak silap.

    Bajet raye dah lari wooo tahun ni. Dah banyak spend time kawen ari tu...huhu

    Sosej Goreng Kunyit

    9:49:00 PM 2 Comments A+ a-

    Ni menu berbuka tadi. Aduhhhh berderet entry pasal makanan je kan. hehe... Alah yang lepas-lepas tu entry da berhari-hari duk peram kat draft. Tak sempat nak conteng. Malam ni pulun kuarkan semua. Resepi ni amik kat umah kak hana yang duk kat jepang nun. Sedap la kak. walaupun simple tapi sodapppp. Mintak ijin paste resepi akak kat cini yea


    Bahan-bahan
    • 4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
    • 1/4 bawang bombay@holand - hiris
    • 2 ulas bawang putih - ketuk
    • 3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk (saya pakai cili merah)
    • 5+ ketul potong bunga kobis - xde
    • 1 btg kacang panjang - potong - ganti ngan kacang buncis
    • serbuk kunyit
    • garam
    Cara-cara
    • Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
    • Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
    • Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
    • Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
    • Angkat dan sedia dihidang.

    Yang ni pulak ayam bakar black pepper. Saya tak bakar pun tapi goreng atas fry pan. Pastu letak kicap seasoning sket.

    Gulai Daging Pertama

    9:41:00 PM 2 Comments A+ a-

    Ahahahaha..bangga..bangga...

    Tak kisah la orang nak cakap ape, saya tetap bangga gak ngan diri sendiri nih. 1st time dalam seumur hidup ni saya masak gulai daging. Sedap pulak tu. ahahahah...Puji diri sendiri lagi.

    Gulai ni resepi my ma. Saya tak tau pun camane nak buat die punya rempah. Rempah tu pun my ma dah siap tumis. Saya just gaul daging ngan rempah pastu taruk santan. Ah tapi tak kire. Nak declare sendiri punya gak. Sebab even poser saya still bleh agak nak taruk garam gula banyak mana. Memang secukup rase lah. Terbaik lah resepi my ma nih. Kalau cicah ngan roti pun codap nehhhh

    Rempah ade lagi. Nanti nak wat gulai ayam pulak.


    Yang ni pulak sayur goreng. Wajib ado. Menu sihat la konon. Goreng koboi je. Tumis bawang pastu taruk sos tiram. Ciap!!

    Nasi Kerabu Cekik Darah

    9:35:00 PM 0 Comments A+ a-


    Memang sah la pakcik ni abih je bulan poser boleh buat rumah banglo. Nasi kerabu RM7!! Dah la tak sedap langsung. Saya amik lauk telur masin, daging bakar RM4. Husband punye just tambah paru je, terus up jadi RM7. Alahaiiii...berape keping sangat la paru die taruk. Sampai nak caj 3hengget. Tak paham betul la. Asal bulan poser je seme benda jadi mahal. Padahal bulan ni la rezeki orang berniaga ni Allah bagi berganda. Takpe la pakcik. Saya halalkan harga yang saya dah bayar tu..... Dah rezeki pakcik kan. Tobat tak kan beli lagi kat kedai die. Pun kena black list gak kedai die.

    Buah Tanjung

    9:30:00 PM 0 Comments A+ a-



    Ni la kuih peberet saya. Kalau bulan poser je mesti beli kuih ni. Kalau bukan bulan poser takde pulak mengidam nak makan benda alah ni. Meh nak kenalkan. Yang putih atas tu name die putih permai. Tu kira nama sopan la. Tapi name asal die t**k itik. Ehehehe. Tak tau la pasal pe tetibe tukar name. Tapi orang still panggil nama asal die gak. Seblah die plak tu kuih akok. Kalau tak silap, akok ngan t**k itik ni dibuat daripada putih telur. Yang kuning ni la buah tanjung. Memang manis giler sebab die masak dalam air gula. Tapi sedappppp. Buah tanjung ni dibuat daripa kuning telur. Penah rase tak?

    Murid cedera di mata akibat mercun

    11:46:00 AM 0 Comments A+ a-

     

    KOTA BAHARU, 22 Ogos — Seorang pelajar tahun dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola dijumpainya meletup di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

    Dalam kejadian 4.30 petang itu, Muhammad Aman Azrol Che Senik, 8, sedang bermain di padang permainan dan menjumpai mercun berkenaan.

    Mangsa dan adiknya, Muhammad Azin, 5, cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.

    Ibu mangsa, Yusnita Abas, 39, berkata anaknya itu berlari pulang ke rumah yang terletak 50 meter dari padang berkenaan sambil menangis dan menutup mata kirinya yang berair.

    "Saya juga lihat ada kesan putih dan kemerahan pada pipi danjari tangan kirinya melecur. Saya kemudian meminta bantuan adik ipar saya untuk menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di hospital HRPZ II, di sini, semalam.

    Katanya, doktor mengesahkan anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius terutama di bahagian mata danhanya memerlukan rawatan susulan bagi memulihkan kecederaan. — Bernama

     

    Tak serik-serik kan budak-budak ni. Last year my Kazen pun masuk hospital gak. Kena mercun buatan sendiri. Seb baik tak masuk paper. Kalau tak bleh tumpang glamer sekaki. hehehe… Dia lagi syok, tengak duk ketuk2 ubat kabait eh org pgl, ketuk nak bagi mampat. Dalam batang paip kalau tak silap. Sekali POMMMM!!! meletup. Daging peha die hancuss. Aduhhhh…. Tapi tak serik pun. Tahun ni sure main lagi tu

     

    Tapi kan…raye kalau takde bunga api tak syok kan heheehe

    Preview: My Big Day

    11:10:00 AM 0 Comments A+ a-

     
    17.06.2010 (Khamis)
    Padang Tembak, Pengkalan Chepa, KB
     
     
    Majlis start jam 12tghari. Rombongan pengantin lelaki janji nak datang pukul 12. Tup-tup memang pukul 12 tepat dorang dah start berselawat. Terkejut gak mase husband kol cakap dah sampai. Kalut la. sebab biase kalau cakap nak datang kul 12, standard mesti kul 1 baru sampai kan. Ni memang betul punye punctual nih. Cadangnya saya nak sambut pihak laki jauh sket dari rumah sebab nak berarak sekali. Tapi mak andam tak kasi pulak dah. Die suruh tunggu depan rumah je. Huhuuu…so takde la gambar kami berarak bersama. its okayyyy
     
    Tema kitorang pink & putih & purple. Tapi tak tau la memenuhi tema ke tak. Tapi yang penting saya puas hati.
     
    Layan pic la dehhhh ^_^
     
    IMG_6589
    Jeng jeng jengggg…dia datangggg
     
    IMG_6609
    My FIL bacakan doa
     
    IMG_6693
    Menjeling-menjeling……
     
    IMG_6724
    Dah halal bleh la nak posing rapat-rapat. hihihiii
     
    IMG_6719
    pose tak reti lerrrr
     
    IMG_6894
    suke la baju stail penyapu cam ni. Memang bersih depan umah i sapu
     
    IMG_6853
    Ni je tukang sambut yang adoooo
     
    IMG_6817
    Sempat rase secubit je kek ni
     
    IMG_6835
    cakkk
     
    IMG_6652
    Malu nak makan. Satu sudu pun tak habis. Rugi wooo..lauk dah la cedappp
     
    IMG_6644
    Minum ayer sirap jek
     
    IMG_6764
    Gambar ni yang paling besar OP bagi. Belom frame kan lagi. i loike very2 much la deco bilik. Simple macam yang saya nak
     
    IMG_6898
    Ishhhh nak jugak main nyelit belakang tirai hehe
     
    Kitorang bersanding bergambar kejap je. Kalau tak silap sampai pukul 4 je. Pastu saya terpaksa suruh mak andam ngan OP balik sebab nak keluar layan tetamu plak. Gaun pun tak sempat nak salin. sebab dah penat sangat. Dah takde mood nak tukar-tukar baju…Nak makeup2 lagi. Kitorang nak keluar beramah-mesra ngan tetamu la pulak.
     
    Tapi seyes memang cuci depan rumah saya tau. Asek duk ulang alik depan rumah sampai licin suci bersih lantai depan rumah saya sapu. ahahahahaa
     

    Preview : Akad Nikah

    9:54:00 AM 0 Comments A+ a-

     
    Waduhhhh…lama betul ambik masa nak keluarkan entry wedding ni. Dah la broadband selalu problem. Hari tu rasanya saya da save gambar-gambar yang dah siap upload. Tetiba bile nak edit balik tengok ade sekeping je. Haisshhhh tensen-tensen!!
     
    Ok2. Takmo tensen-tensen. Jom kita layan gambar-gambar ni.
     
     
     
    16.06.2010 (Rabu malam Khamis)
    Masjid Panchor, Pengkalan Chepa, KB, Kelantan
     
     
    Majlis nikah kami berlangsung selepas solat Isyak. Kitorang sampai time orang dah start nak solat. Mase nak turun dari rumah tu, angin dah kuat. Sampai je kat perkarangan masjid, terus hujan lebat. Petang tu elok je cuaca. Nak wat camana dugaan semua tu. Hujan rahmat kot sebab niat baik nak mendirikan masjid. kehkehkeh…
     
    Tawakal je la keluar dari kereta. Nasib baik pakai sandal je. Basah pun tak kisah. Family bakal husband semua dah ade duk berhimpun depan tangga masjid time tu.
     
    Habis je solat Isyak, terus dorang semua berkumpul. Time tu takde rase takut ape pun. Rase excited sangat! Tak sabar nak dengar husband lafaz akad. Mase imam duk bagi tazkirah tu, hujan makin lebat. Dah la tak pakai mic. Memang satu hape pun saya tak dengar. Bile nampak imam dah jabat tangan, saya dah gelisah sebab takleh dengar langsung ape imam cakap. Geram sangat, saya tarik alas duduk ke depan sket. Ahahahaha…punye la tak malu. Dapat la dengar sayup2 time lafaz tu. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya SAH menjadi isteri.
     
    Bile suami nak sarung cincin, baru rase berdebar. Nak senyum pun dah tak reti time tu.
     
    IMG_6393
    Kusyuk dengar imam bagi tazkirah. Seb baik pendek jek
     
    IMG_6398
    Sah…sahhhhhhh
     
    IMG_6379_1
    Pojaan hatiku! Comeynye pakai baju melayu pink. hihihiii
     
    IMG_6437
    Time ni tangan memang dah sejuk
     
    IMG_6432
    Gigit tangan tu kanggg
     
    IMG_6441
    Awning tudung keras sangat la pulakkk…ahahahha
     
    IMG_6479
    Alhamdulillah…selepas 11 tahun bercinta bergaduh merajuk
     
    Saya suka sangat ngan baju yang kitorang pakai malam tu. So simple. Kaler pink die tu lawa. Memang puas hati.
     

    Banyaknya Penyakit

    8:21:00 AM 0 Comments A+ a-

    Semalam try check kesihatan pakai kaedah akupuntur. Asal letak je alat dia kat tapak tangan terus beeppp!! bunyi. Letak je bunyi. Boleh kata semua organ dalam badan ni tak sihat lah. Tak tau la boleh pakai ke tak. Sebab sebelum turn saya, ada 2orang pun dia test same gak die cakap. Tahap kesihatan same je ngan saya. Ayat tu cam die dah hafal. Pastu my fren pun try jugak. Pun same cam saya. Hmmmm....tak tau la betul ke tak. Wallahualam.... Tapi sebab dah test, beli jugak air kaler hijau die jual. RM5 satu botol mineral kecik. Saje nak try jadi ke tak. Tapinye tak sempat nak minum pun malam tadi. So takleh la nak bgtau ade kesan ke tak. Sebab tuan kedai tu cakap kalau amal minum nanti badan akan rasa ringan sebab dia buang toksin dalam badan. Malam ni la nak try.....



    Ulang Tahun Bulan Ke-2

    2:01:00 PM 0 Comments A+ a-

    Alhamdulillah..... Sudah 2 bulan kami bergelar suami isteri. Kejap je masa berlalu. Dah takde istilah pengantin baru lagi kan. Ishhhh tu yang tak best tu. Seronok sangat time dilayan sbg pengantin baru neh.. Seyesssss.... pengalaman sekali seumur hidup.

    Sempena ulang tahun bulan ke 2 ni, sy nak wat review sket majlis kenduri kami hari 2. Alhamdulillah...Sangat2 berpuas hati ngan ketiga-tiga majlis. Ade yang terkurang sket tu biase la kan. Tapi mostly pe yang saya hajatkan semuanya terlaksana suda.

    Kepada enchek suami
    Saya sayang bie sepenuh jiwa raga nih
    Semoga rumah tangga yang kita bina, berkekalan ke akhir hayat

    Coming up new post ngan cerita hari besarku.......

     Really heart this pic so much!!..Thanks to my OP

    Daging Black Pepper

    7:03:00 PM 0 Comments A+ a-

    Menu berbuka petang ni. Daging black pepper. Main campak-campak je. Tak tau la camne rase


    Tambah ngan sup sayur, telur dadar, budu (wajib ade nih) pastu air teo o beng aka tea o ais. hehe

    Fadhilat Tarawih

    12:07:00 AM 0 Comments A+ a-

    Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan
    sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    Korang samayang tarawih tak tadi? Alhamdulillah saya dapat gak ikut husband tadi. sama0sama la kita kejar pahala dari sunat tarawih ni yea. Sekali setahun je ia datang. Tahun depan tak tau berkesempatan lagi ke tak kan..Wallahualam.....

    Fadhilat Tarawih

    12:04:00 AM 0 Comments A+ a-

    Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-
    dosa kedua ibubapanya.

    Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu
    agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan
    mengampunkan dosa-dosa mereka.

    Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana
    pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
    Al-Quran.

    I Hate To Say Gudbye

    12:02:00 AM 0 Comments A+ a-

    We really gonna miss u HUDA
    Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan pekerja yang baik
    Owez keep in touch tau
    Hidup S15!!!!

    Huda (aka my PA) & me
    Geng S15

    Jenguk Kampung

    10:59:00 AM 0 Comments A+ a-

    Weken baru ni balik kampung. Plan awal nak bertolak cam biaser la pas balik keje. Jumaat malam sabtu. Tapi sebab husband penat sangat & tambah pulak ngan benda2 sampingan lain. So tak jadi. Dah bagitau pun famili tak jadi balik. Tup-tup sok pagi lepas sesi pujuk-memujuk jadi plak balik. Bangun siap-siap, goreng nugget ngan potong buah buat bekal makan lam kete nanti. Pukul 10 kitorang gerak.

    Sampai Batu Caves, jem la pulak. Alahaiiiii tensen betoi. Dah agak pun mesti jem sebab exsiden. Tapi bile sampai tempat kejadian tinggal kaca je atas jalan. Geram tol la. Kalau nak setel pun pegi la tepi. Kan dah nyusahkan orang lain.

    Kitorang sampai Kelantan dah maghrib. Terus singgah umah MIL. Tido umah die dulu la. Besok baru balik umah my famili lak.

    Besoknye pas lunch kat umah my mum, MIL ajak pegi Wakaf Baru umah tok. Amik buah. Syok gak masuk dusun nih. Tapi asek duk telompat-lompat sebab takut ade pacat.

    Sesi memetik buah dokong. Manissssss

    Lebat. Boleh petik ngan tangan jek. Takyah susah-susah ngade nak panjat

    Rambutan dah tak banyak. Dah nak habis musim katenye

    Tau tak ni buah ape? Buah salak la ni. Lebat btol buah die

    Balik kampung kali ni memang rase tak cukup mase. Maklum la dah ade 2 rumah. Kalau dulu balik umah kite jek. Sekarang dah kene gilir-gilir. Kejap umah sane, kejap sini. Kalau takat balik 2 malam tu, memang berlari la jawabnye. Tapi syok gak ade 2 rumah ni. Langsung tak yah masak. ehehehe... lunch my ma masak, dinner plak umah MIL (^_^)


    Yang Ditunggu-tunggu

    10:42:00 AM 0 Comments A+ a-

    Tuuuuu dia.... lepas dah duk tercongok hampir 1/2 jam, baru la husband sampai.

    Reben kat kete yang pasang time kenduri kawen dia tak buang lagi. Kenangan katenyeee

    Husband sampai terus tukar kete saya plak. Gi cari lauk tuk berbuke la semalam pe lagiiii

    Kete mesti nak park seblah-seblah

    Balik Awal

    7:15:00 PM 0 Comments A+ a-

    Yeshhhh.... Akhirnya dapat gak merasa balik awal. Nasib baik komandan wataniah tadi bagi balik awal. Kul 4 da suruh kitorang balik. Dia chinese tapi baik hati betol la. Paham kita penat poser. Best la pulak kalau dapat join wataniah ni. At least dapat gak release tensen jap. Dapat lari dari bos. ehehee. Tapi tak konpem lagi dapat join ke tak sebab check up aritu result my blood tak cantek. Sangat low dokter cakap. Dah wat second test tapi result belom dapat.

    Pukul 4 di Jalan Tun Razak sangat menyenangkan. Smooth je drive. Biaser sampai Jalan Tun Razak dah 4.40. Dah jem sangat time tu. Tadi sampai rumah kul 4.35. Tapi bukan bleh terus naik pun. Kunci takdek. Asek Lupe je nak duplicate. So duduk la tecongok kat bawah tunggu husband. Tapi tak kesah. Asal bleh sampai awal pun dah lega.

    Menu berbuka hari ni masih dimasak di bazaar ramadhan kota damansara. ehehe.... Belom ade mood nak masak lagi. Tadi beli lauk pauk je. Pastu beli air tebu. Balik masak nasit.

    satay ayam - sedap la jugak

    daging kicap - tak besh

    kentang goreng pedas - sedap

    kerabu mangga - kurang masam

    Menu sahur

    11:53:00 AM 0 Comments A+ a-

    Sahur pagi tadi saya buatkan sup sayur pastu goreng ayam. Kecian my husband. Sakit perut dia tak ok lagi. Tapi makan tetap berselera.

    Arini ade latihan wataniah. Balik pukul 5. huhuhuu...mesti dah jem giler-giler time tu

    Dugaan Ramadhan Pertama

    11:50:00 AM 0 Comments A+ a-

    Dah sampai ofis semalam, husband call cakap dia tak larat nak pegi ofis. Sakit perut. Suruh gi amik MC tak mau pulak. Tapi still poser la.

    Saya pulak, dalam pukul 10 lebih gitu, sakit kepala, pening, loya-loya. Aduhhhh..tak larat betul. Ngalahkan orang poser. hehehe... Langsung tak leh nak ngadap pc. Gi baring kat bilik solat. Dah telah actifast 2 bijik pun takde nak kurang jugak. Tak suke betul la kalau dah start sakit kepala ni. sebab mesti akan melarat sampai la ke besoknya. Call husband cakap sakit kepala, tak larat nak masak nanti. Husband cakap takpe...kite beli je nanti...kehkehkeh

    Habis keja 4.30 terus cabut. Ingatkan dah awal. Rupanya orang lain lagi awal. Jalan Tun Razak toksah cakap la. Jem giler. Aduhhhh... dah la kepala berdenyut-denyut. Ngan jem pulak. Memang tensen betul semalam. Sampai rumah dah 5.30. Call husband suruh dia turun. Alahaiiii...lemah longlai je dia. Kesian beno nengok ehh

    Gi cari juadah berbuka kat bazaar kota damansara. Ramaiiiiiinyerrr org!!! Tak tau nak beli ape sebab tekak orang kelantan ni cam payah sket nak masuk makanan luar. Last-last beli nasi kerabu. Tapi mak oiiii mahal la. dah la tak cedap. 2 bungkus 11 hengget! Kalau kat Kampung Baru 4 hengget je sebungkus. Lauk daging bakar ngan telur masin gak. Sedap pulak tu. Pastu beli murtabak, puding caremal ngan air.

    Arini kena cari gerai lain pulak. Gerai semalam dah pangkah..hehe

    Salam Ramadhan

    10:47:00 AM 0 Comments A+ a-

    Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT

    Pertama kali menyambut Ramadhan bersama suami. Sangat-sangat seronok!

    Tahun lepas baru berangan-angan kalau boleh nak sambut puasa ngan raya sebagai suami isteri. Tak sangka rezeki & jodoh Allah bagi begitu cepat. Tup-tup tahun ni dah termakbul. Alhamdulillah. Syukur yang teramat sangat padaMu Ya Allah....

    Kalau dulu, bangun sahur pukul 5 sebab jadi tukang ceduk nasi ngan buat air. Tapi tahun ni semuanya kena buat sendiri. Tambah pulak suami jenis yang bersahur mesti nak kena makan nasi. Kalau saya minum milo panas ngan roti pun dah cukup. Nasi ni tak lalu sangat awal-awal pagi.

    Sahur pagi tadi buatkan suami nasi goreng pastu goreng ayam crispy ayamas. Pukul 5 dah siap!

    Menu untuk berbuka...? Tengah ponin lagi duk pikir nie. Tapi suami cukup suka masakan yang berkuah sup-sup. Sup sayur memang peberet. Hari-hari pun takpe. Tak tau nak masak ape lagi nie.....takde idea *-*

    Makan-makan & Berfoto Gedik

    4:18:00 PM 0 Comments A+ a-


    Makan banyak sampai otak tepu tak bleh nak karang ayat.
    Lunch tadi ade ala farewell untuk NURULHUDA ABD KADER kat rumah officemate kitorang.
    Dah habis makan sesi berfoto gedik pulak. Tapi sayang ler gambar gegar. huhu

    To Huda:
    Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri
    Rajin-rajin la bangun sahur yea
    Kalau nak resepi bagitau jek, penuh bersusun dalam pendrive neh... ^_^
    Semoga Hepi ditempat baru bersama bos & officemate baru
    psssttttt...im sure lah, mesti JJ rindu ngan awk pasni.... hikhikhik


    Thanks to affe (yang pakai baju hijau kat bawah nie) for da KFC
    Thanks to Huda (yang diraikan) for da Dominos
    Thanks to Mumtaz for donating da tiramisu kekki
    Cedap!!!

    Penuh dalam lif. Memang pantang tangok camera betol lah S15!!