Dugaan Ramadhan Pertama

11:50:00 AM 0 Comments A+ a-

Dah sampai ofis semalam, husband call cakap dia tak larat nak pegi ofis. Sakit perut. Suruh gi amik MC tak mau pulak. Tapi still poser la.

Saya pulak, dalam pukul 10 lebih gitu, sakit kepala, pening, loya-loya. Aduhhhh..tak larat betul. Ngalahkan orang poser. hehehe... Langsung tak leh nak ngadap pc. Gi baring kat bilik solat. Dah telah actifast 2 bijik pun takde nak kurang jugak. Tak suke betul la kalau dah start sakit kepala ni. sebab mesti akan melarat sampai la ke besoknya. Call husband cakap sakit kepala, tak larat nak masak nanti. Husband cakap takpe...kite beli je nanti...kehkehkeh

Habis keja 4.30 terus cabut. Ingatkan dah awal. Rupanya orang lain lagi awal. Jalan Tun Razak toksah cakap la. Jem giler. Aduhhhh... dah la kepala berdenyut-denyut. Ngan jem pulak. Memang tensen betul semalam. Sampai rumah dah 5.30. Call husband suruh dia turun. Alahaiiii...lemah longlai je dia. Kesian beno nengok ehh

Gi cari juadah berbuka kat bazaar kota damansara. Ramaiiiiiinyerrr org!!! Tak tau nak beli ape sebab tekak orang kelantan ni cam payah sket nak masuk makanan luar. Last-last beli nasi kerabu. Tapi mak oiiii mahal la. dah la tak cedap. 2 bungkus 11 hengget! Kalau kat Kampung Baru 4 hengget je sebungkus. Lauk daging bakar ngan telur masin gak. Sedap pulak tu. Pastu beli murtabak, puding caremal ngan air.

Arini kena cari gerai lain pulak. Gerai semalam dah pangkah..hehe