Murid cedera di mata akibat mercun

11:46:00 AM 0 Comments A+ a-

 

KOTA BAHARU, 22 Ogos — Seorang pelajar tahun dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola dijumpainya meletup di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Muhammad Aman Azrol Che Senik, 8, sedang bermain di padang permainan dan menjumpai mercun berkenaan.

Mangsa dan adiknya, Muhammad Azin, 5, cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.

Ibu mangsa, Yusnita Abas, 39, berkata anaknya itu berlari pulang ke rumah yang terletak 50 meter dari padang berkenaan sambil menangis dan menutup mata kirinya yang berair.

"Saya juga lihat ada kesan putih dan kemerahan pada pipi danjari tangan kirinya melecur. Saya kemudian meminta bantuan adik ipar saya untuk menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di hospital HRPZ II, di sini, semalam.

Katanya, doktor mengesahkan anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius terutama di bahagian mata danhanya memerlukan rawatan susulan bagi memulihkan kecederaan. — Bernama

 

Tak serik-serik kan budak-budak ni. Last year my Kazen pun masuk hospital gak. Kena mercun buatan sendiri. Seb baik tak masuk paper. Kalau tak bleh tumpang glamer sekaki. hehehe… Dia lagi syok, tengak duk ketuk2 ubat kabait eh org pgl, ketuk nak bagi mampat. Dalam batang paip kalau tak silap. Sekali POMMMM!!! meletup. Daging peha die hancuss. Aduhhhh…. Tapi tak serik pun. Tahun ni sure main lagi tu

 

Tapi kan…raye kalau takde bunga api tak syok kan heheehe