Nak Cantik Dapat Sakit

8:24:00 PM 0 Comments A+ a-

Rasa macam nak patah kaki ni. huhu... tawaf OU punya pasal la ni. Semalam dah elok pakai sandal, tetibe gedik plak nak pakai heels. Saya ni memang tak sesuai kot pakai heels. Pakai kejat takat nak pegi kenduri tu ok la lagi. Tapi kalau time bejalan kat shopping complex, memang saja cari nahas la jawabnya. Jeles betul la tengok orang lain bleh bergaya pakai macam2 pesen heels. Lawa plak tu!

Dah sakit kaki semalam, sambil2 round cari sandal lain sebab dah tak tahan sangat. Tapi tak yang berkenan. Jumpa yang saya berkenan, asben pulak tak suka. Last2 tak beli langsung. Dah la tak jumpa cari lif tuk ke parking. Pusing la kitorang 1 OU!! Penat woooo.......