Preview : Akad Nikah

9:54:00 AM 0 Comments A+ a-

 
Waduhhhh…lama betul ambik masa nak keluarkan entry wedding ni. Dah la broadband selalu problem. Hari tu rasanya saya da save gambar-gambar yang dah siap upload. Tetiba bile nak edit balik tengok ade sekeping je. Haisshhhh tensen-tensen!!
 
Ok2. Takmo tensen-tensen. Jom kita layan gambar-gambar ni.
 
 
 
16.06.2010 (Rabu malam Khamis)
Masjid Panchor, Pengkalan Chepa, KB, Kelantan
 
 
Majlis nikah kami berlangsung selepas solat Isyak. Kitorang sampai time orang dah start nak solat. Mase nak turun dari rumah tu, angin dah kuat. Sampai je kat perkarangan masjid, terus hujan lebat. Petang tu elok je cuaca. Nak wat camana dugaan semua tu. Hujan rahmat kot sebab niat baik nak mendirikan masjid. kehkehkeh…
 
Tawakal je la keluar dari kereta. Nasib baik pakai sandal je. Basah pun tak kisah. Family bakal husband semua dah ade duk berhimpun depan tangga masjid time tu.
 
Habis je solat Isyak, terus dorang semua berkumpul. Time tu takde rase takut ape pun. Rase excited sangat! Tak sabar nak dengar husband lafaz akad. Mase imam duk bagi tazkirah tu, hujan makin lebat. Dah la tak pakai mic. Memang satu hape pun saya tak dengar. Bile nampak imam dah jabat tangan, saya dah gelisah sebab takleh dengar langsung ape imam cakap. Geram sangat, saya tarik alas duduk ke depan sket. Ahahahaha…punye la tak malu. Dapat la dengar sayup2 time lafaz tu. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya SAH menjadi isteri.
 
Bile suami nak sarung cincin, baru rase berdebar. Nak senyum pun dah tak reti time tu.
 
IMG_6393
Kusyuk dengar imam bagi tazkirah. Seb baik pendek jek
 
IMG_6398
Sah…sahhhhhhh
 
IMG_6379_1
Pojaan hatiku! Comeynye pakai baju melayu pink. hihihiii
 
IMG_6437
Time ni tangan memang dah sejuk
 
IMG_6432
Gigit tangan tu kanggg
 
IMG_6441
Awning tudung keras sangat la pulakkk…ahahahha
 
IMG_6479
Alhamdulillah…selepas 11 tahun bercinta bergaduh merajuk
 
Saya suka sangat ngan baju yang kitorang pakai malam tu. So simple. Kaler pink die tu lawa. Memang puas hati.