Sosej Goreng Kunyit

9:49:00 PM 2 Comments A+ a-

Ni menu berbuka tadi. Aduhhhh berderet entry pasal makanan je kan. hehe... Alah yang lepas-lepas tu entry da berhari-hari duk peram kat draft. Tak sempat nak conteng. Malam ni pulun kuarkan semua. Resepi ni amik kat umah kak hana yang duk kat jepang nun. Sedap la kak. walaupun simple tapi sodapppp. Mintak ijin paste resepi akak kat cini yea


Bahan-bahan
  • 4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
  • 1/4 bawang bombay@holand - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk (saya pakai cili merah)
  • 5+ ketul potong bunga kobis - xde
  • 1 btg kacang panjang - potong - ganti ngan kacang buncis
  • serbuk kunyit
  • garam
Cara-cara
  • Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
  • Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
  • Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
  • Angkat dan sedia dihidang.

Yang ni pulak ayam bakar black pepper. Saya tak bakar pun tapi goreng atas fry pan. Pastu letak kicap seasoning sket.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Mumtaz Khan
AUTHOR
August 24, 2010 at 10:24 AM delete

nak resepi ayam bakar black paper :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 24, 2010 at 2:59 PM delete

ahahahha..yang tu resepi rahsia

Reply
avatar