Tips Menjaga Keharmonian Hubungan Suami Isteri

4:01:00 PM 0 Comments A+ a-

1. TAAT KEPADA SUAMI - Taat adalah pintu agama. Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad berkata, "Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,berpuasa wajib sebulan,memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari mana saja pintu yang die kehendaki" riwayat Abu Na'im.

2. BEKHIDMAT KEPADA SUAMI - Isteri perlu memberi khidmat yang sewajarnya kepada suami kerana ini menambahkan kasih suami terhadap isteri. Apabila seseorang isteri suka memberi khidmat kepada suaminya, maka kasih dan sayang suami terhadap isteri akan bertambah.

3. MENYEDIAKAN HIDANGAN - Memberi makanan adalah aktiviti yang menambat hati suami.

4. MEMINTA IZIN - Suami adalah pemutus di dalam setiap urusan keluarga. Dia adalah amir. Dalam setiap perkara, isteri harus meminta izin suami terlebih dahulu.

5. MEMBERI DORONGAN - Haruslah menjadi dorongan yang utama kepada suami untuk memberi semangat dan membantunya.

6. MENJAGA HARTA - Abu Hurairah menyatakan Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau tidak ada taat dan bila engkau tidak ada, dia menjaga hartamu dan menjaga kehormatan dirinya".

7. MENGHORMATI SUAMI - Suami mempunyai tggjwb. Di belakang nama suami ada tanggungjawap. Dalam surah al-Nisak 34, Allah menyatakan "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Laki-laki adalah pemimpin atas perempuan-perempuan, lantaran itu Allah melebihkannye setengah mereka dari yang lain dan dari kerana mereke memberi belanja dari hartanya bagi wanita. Maka wanita-wanita solehah adalah wanita yang taat dan memelihara kehormatannya sewaktu ghaibnya suaminya, sebagaimana Allah telah menjaganya".

8. BERKASIH SAYANG - Perkataan 2 insan terletak pada ikatan hati. Hati bersatu maka bersatulah cinta itu.

9. MEMBERI SALAM - Berilah salam sayang padanya. Inilah ungkapan yang sering di lafazkan. Ia adalah ungkapan yang menjadi lambang ikatan mesra anta teman dan sahabat.

10. SENYUM - Senyum adalah sedekan dan dengan senyuman ia menggembirakan teman kerana senyuman itu menandakan kasih.

11. TIDAK BERSANGKA BURUK - Sangka buruk bermula daripada curiga. Jika curiga itu tidak dibaiki,pasti akan mengakibatkan kebencian. Surah Al-Hujurat ayat 12, "Supaya orang yang beriman mengelakkan diri dari sangkaan buruk kerana kebanyakan sangkaan itu adalah dosa".

12. MELIHAT KEBAIKAN - Melihat kebaikan org lain dan melihat kelemahan diri sendiri adalah ajaran Islam.

13. SERING BERBUAL-BUAL - Berbual adalah elemen yang dapat memupukkan kasih sayang.

14. SERING NASIHAT-MENASIHATI - Tugas mengajar dan menasihati di beri kepada lelaki. Apabila isteri menjadi rosak, suamilah akan di persalahkan. "Selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".

15. SERING KE MAJLIS ILMU - Rumah adalah sekolah, guru adalah suami dan isteri. Saya terima nikahnya. Kalimah ini adalah kalimah tanggungjawab lelaki di bawah jagaan untuk mengar dan menasihat.

16. MAKAN BERSAMA - Sunnah nabi.

17. MEMBERI HADIAH - Membuat kejutan, hadiah adalah tanda kasih sayang.

18. REKREASI - Berjalan dan bersiar-siar di taman berdua-duaan.

** Kalau dulu syurga di bawah telapak kaki ma, sekarang dah tukar. Bawah tapak kaki suami. Semua benda isteri nak buat kena mintak izin suami dulu. Even nak terima tetamu pun kena dapat izin dia dulu. Nak buat ape pun die yang kita kena utamakan. Sebenarnya dari zaman berchenta dulu lagi dah praktis-praktis mintak izin ni. hehe. tapi tak semua la. Tapi tak sama kan sebab kalau dulu nak lawan balik pun tak ape. Tak dosa. Sekarang dah takleh....

Mulianya seorang suami ni kan. Boleh ke saya jadi isteri mithali ni? hhihiihiii... insyaAllah i'll try my besh.