Khasiat Buah Delima

10:07:00 AM 5 Comments A+ a-

Tadi google cari info pasal delima. Jumpa yang ni. Sharing kan ke caring namanya :-)

Antara kebaikannya :
*mengelakkan / mengurangkan morning sickness
*memperelokkan rahim
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mengurangkan berat badan

Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Kalau tak silap dalam al-Quran pun ada sebut pasal khasiat delima ni kan. Kena makan setiap ulas sebab dalam salah satu ulas tu la ada khasiatnya.

Kalau makan isi dia je tak makan biji pun ok ke? hehe. Takleh nak telan la biji dia. Kecik cinonet pun takleh gak nak telan.

Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan

10:02:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semenjak dua menjak ni, tekak memang teringin sangat-sangat nak makan buah. Kalau boleh nak makan mempelam sala yang kat perlis nun, tapi mana la nak cari kat sini.

Tak dapat makan mempelam, makan jambu taruk asam boi pun sodap. Tiap kali kalau keluar tengahari, mesti singgah beli jambu potong dengan air jam kat tepi office. Air jambu tu dia taruk asam boi. Memang terbaik lah asam boi dia. Siap ade asam yang belum hancur lagi. Perghhh...dah terliur neh. hehe.

Balik dari Lumut tu hari, singgah hentian Tapah. Beli jambu batu seedless dengan jambu madu. Cicah dengan kuah rojak Mak Bee. Sedapppppp :-)

Semalam rehat lama, keluar pegi Jalan Tar. Ada bukak gerai buah pulak kat situ. Teringin nak makan buah plum pulak dah. Beli la buah plum dengan buah delima. Buah plum tu 5 biji Rm3.50. Saya amik 10 biji. Pastu delima tu 4 biji RM10. Amik 2 biji udah ler. Nanti tak habis, dah kecut tak sedap pulak.


 Buah anggur hujai tu kirim kat akak office. Pilih punya pilih plum tu, tapi sampai kat office je, dua bijik dah lembik. Kalau tau tadi, pilih yang merah semua.

Buah delima dah siap kupas. Sambil taip sambil makan. hehe :-)


Mood Yillek

9:23:00 PM 0 Comments A+ a-

Sejak balik dari outstation hari Selasa baru ni, asyik takde mood je. Nak kata penat, memang la penat sebab saya drive pegi balik. Tapi semalam dah qada' tido. Pun takde mood lagi.

Kat office tak payah cakap la. Memang takde hati langsung nak buat keje. Main cuit-cuit sikit-sikit je. Dah la keje tengah banyak. Pastu sibuk ngan 5S lagi. Tension la 5S ni. Tah sape la punye idea nak wat 5S. Membazir je banyak rasenya.

Mata ni mengantuk je manjang. Kalau boleh lepas solat Zuhur, nak je baring guling-guling kat tempat rehat kat office. hehe. Nasib baik tadi bos takde. Sempat la betul-betulkan urat sket.

Bila mood nak datang balik ni. Rumah pun tak berkemas. Masak tu takyah cakap la. Cian en. asben. Sabar yea bie ;-p

Sambal Nasik Lemak Sempoi

9:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni kita main masak-masak pulak ekk. hehe, saya tujukan entry ni khas untuk Pn. Huda Chomel yang nun di Melaka Maju 2010. haha.

Hidangan untuk 2 orang makan dari bekpes, bawak ke lunch sampai la ke dinner. Haha. Pemalas giler kan. ;-p

Bahan-bahan:
3-4 sb minyak tuk tumis --> anggaran dalam 3-4 sudu besar
3 ulas bawang merah --> tumbuk kasi lumat
2 sb cili giling cap Putri --> kat Giant ada. Cili ni memang pedas. klu nak pedas lagi tambah ler lg
   Bawang besar --> potong bulat-bulat
   Asam jawa sikit
   Air
   Garam & gula

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak. Saya pakai minyak yang dah guna untuk goreng ikan bilis.
2.  Tumis bawang merah. Pastu masukkan cili giling. Bagi pecah minyak. Api takmo besar yea.
3.  Masukkan air asam jawa. Tambah air nak bagi berkuah. Biar mendidih.
4.  Masukkan bawang. Sebab nak bagi bawang ni masak. Kalau keras kang tak best la pulak.
5.  Pastu tambah la garam ngan gula. Saya suka bagi dia rasa pedas ngan manis. hehe. i kan anak jadi Kelate.
6.  Siapppppp :-)

Kan dah cakap huda.... sambal sempoi je. Tak mampu nak lawan bihun sup awak my mabeles melotop-lotop tu. kan kannnn

Tunding Jari

8:49:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-(

Nak lepaskan apa yang terpendam je ni.

Saya cukup tak puas hati la dengan lelaki yang suka tunjuk kat kita atau nak tunjuk apa-apa pakai cari tengah. Bukan masalah mencarut. Saya tak fikir camtu pun. Tapi saya tak suka. Macam kurang sopan. Serius TAK SUKA!

Macam tadi, masa dalam meeting, my bos tunjuk kat saya macam tu. geram la. Terus takde mood. Nak pandang muka dia pun dah rasa menyampah. Maybe dia tak perasan kot. Sebab at the same time, dia pegang pen. Tapi kena careful la kan... Tak tau la nak cakap macamana. Tapi saya memang tak suka. Dah banyak kali berlaku. Orang lain perasan ke tak saya tak sure.

Casing Handphone Pig Skin

8:42:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Cuma nak berkongsi info terutama kita sesama Islam ni. Insiden ni berlaku hari Isnin lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak update kat sini sebab kena outstation.

One of my friend kat office hari Isnin tu, pagi-pagi lagi tunjuk dia ada beli casing tuk handphone dia. Leather. Dia pelik la kenapa asal dia on je handphone dia, terus bukak application camera. Dia pelik la sebab sejak pakai casing tu la jadi camtu. So saya pun try la tilik-tilik sama. Tapi tak settle gak problem dia.

Tak lama lepas tu, dia tunjuk lagi kat saya casing tu, saya pegang la sebab ingat dia nak tunjuk apa. Dia cakap PIG SKIN. Terkejut la weh. First time sentuh kulit makhluk HARAM tu. Dia terus buang casing tu. Kitorang turun bawah cari tanah, sebab was-was walaupun sentuh kering sama kering, better samak gak kan. Baru puas hati.


Source : Saya dapat dari satu forum. Tapi casing my friend tu lebih kurang camni la

Dia beli kat Wangsa Walk. So korang kalau nak beli barang-barang leather ni, hati-hati la yea. Nanti tak pasal-pasal kena samak

Projek Hujung Minggu

3:55:00 PM 1 Comments A+ a-

Sedapnya ais-krim milo home-made ni. yummyyy!!!

Oppsss lupa ;p

Assalamualaikum semua :-)

Alhamdulillah, tercapai jugak akhirnya ngidam nak makan ais-krim milo sendiri punya. Ni semalam punya koje. Plastik ais-krim dah 2-3 minggu dibeli, tapi baru semalam berkesempatan nak membungkus. Bukan malas tapi bab nak menyimpul tu yang lomah sikit. hehe. Kalau dulu time kecik0kecik selalu my ma buat ais-krim ni. Macam-macam perisa. Ade bandung, kopi susu, bubur, asam boi. Jeruk mangga paling besh!! Saya tukang tuang dalam plastik je. Nak simpul tak reti. Tak kemas.

Semalam bantai jugak buat. Tak kira la kemas ke tak. Asal jadik! Ni la hasilnya.

Pagi ni dah keras. Dah siap untuk dimakan. haha. Ni pun sambil taip sambil hisap ais-krim. Fuhhh memang nikmat panas-panas ni :-)

Hari ni terlebih rajin sikit. Tuk breakfast saya buat nasi lemak. First time mencuba. Timun takde so ganti ngan kobis yang dicelur. Sambal terangkat la jugak. Sampai en. asben menambah. hehe


Nasi lemak ngan sambal yang pedas + manis. nyummm nyummm

Penangan Tupperware

9:19:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum wbt :-)

Semenjak jadi ahli Tupperware (dari bulan 6 lepas kawin kalau tak silap) ni, perasaan rajin nak buat bekal bawak pegi office ni makin mengancam. hehe. walaupun ini baru kedua saya bawak bekal ke office :-)

Malam semalam masak lauk banyak tapi nasi tak cukup. Kesian husband. Tak cukup makan dia semalam. Time kite masak nasi banyak takde pulak dia nak menambah, alih-alih semalam mintak tambah. Saya suruh je amik nasi saya, konon saya nak makan sikit je sebab dah kenyang. hehe. Takpe berkorban untuk husband.

Pagi tadi bangun awal sikit sebab nak hangatkan lauk. Bukan lauk special pun. Masak sardin, sayur campur dengan ayam goreng je. Tapi sayang pulak kalau membazir. So hari ni dapat la saya merasmikan bekas tupperware ni. Cumil je letak lauk dalam ni. Yang tak berapa sedap pun jadi berselera. Alasan! ahahahaha

So hari ini memang jimat. Pagi makan roti cicah ngan sardin. Lunch pulak beli nasi ngan sambal belacan kat cafe bawah, makan dengan bekal dari umah. Tapi semalam memang murah sangat-sangat rezeki saya. Dah siap lunch, ade meeting. Makan pau ngan kuih pulak. Pastu ada officemate belanja cendul pulut. Fuhhhh... sedap! sejuk-sejuk dalam econ pun still sanggup hirup cendul.

Ya ALLAH murahkanlah selalu rezeki saya dan juga kawan-kawan saya :-)

Ini la bekas tupperware yang dah berjasa semalam. Kalau ada sape-sape nak beli barang tupperware, contact saya yea. promote!

Luvnotes: Sebab dah kenyang jadi malas nak masak malamnye. Husband wat burger 2 bijik tuk dia, saya makan rojak yang officemate bagi petang tadi

20102010

11:10:00 AM 0 Comments A+ a-

Fuhhh! Lama betul belog tak dijenguk. Bukan tak ada masa. Tapi tak ade apa yang nak diceritakan. Takkan asyik nak share emel aje kan.

Bukak fb tadi, tengok status member letak 20102010. Terus klik dekat computer calendar sebab tak tau pun hari ni berapa haribulan. hehe. Memang lawa kan tarikh hari ini. Rasanya lagi cun dari 101010. Ada apa-apa yang menarik ke hari ni? As for me, tak ada pun. Bangun pagi macam biasa, salam, mtk izin suami, then turun dari rumah untuk cari rezeki. Tapi sampai office, mood memang tak tau ke mana. Tambah-tambah pulak semua bos-bos besar ngan bos-bos kecik takde. Memang heaven la kami-kami yang kuli ni. hehehe
 

luvnotes: kalau la en asben dapat bersabar sikit je lagi hari tu, dapat la pilih tarikh yang lawa-lawa sket. Senang nak ingt. hikhik... en. asben ke saya yang tak sabar nak kawen ehh (0_^)

Cuti Bersalin 90 Hari

8:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Syukur Ya Allah.....

Impian penjawat awam wanita akhirnya tercapai sudah! PM umumkan dalam Bajet 2011 petang tadi. Cuti bersalin ditambah dari 60 hari ke 90 hari. Syoknyerrrrr.... Syok-syok pun turn saya tak sampai lagi. hihi

Tapi kan...kalau ibu cuti 90 hari, bapa still 7 hari ke? Alaaa.... takleh la nak dera lame-lame kalau gitu

Amazing 3D Art

8:38:00 AM 0 Comments A+ a-

1

2

3

4

5

6

Macam real kan…. tapi sebenarnya semua ni cuma lukisan cari kapur je. Memang berbakat ah die nihhh. Kat Malaysia ade tak yang leh wat gni???

Tulip

10:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Tulip glamer kat Belanda kan. Dari kecik lagi selalu je berangan dapat bergambar kat ladang tulip. Bile la impian nak tercapai….hmmm. Tadi dapat emel dari kawan. Gambar ladang tulip. Mak oiiiii sangat-sangat memukau pandangan lah. Share kat sini ehh

 

1

3

5

8

9

10 11

13

14

16

Gambar Pre Wed Sheikh Muzaffar & Dr. Halina

9:43:00 AM 0 Comments A+ a-

Kasi tengok gambar dlu. Nanti-nanti baru kita komen

gambarpraperkahwinansheikhmuzaffar Cam fairytales la plak kan..siap main terbang-terbang neh

gambarpraperkahwinansheikhmuzaffar2

Lawa giler editing die kan

gambarpraperkahwinansheikhmuzaffar3

Buai laju-lajuuuu…sampai pokok sena……. 

 

Lawa kan gambar die. CST punye keje la ni… memang terbaek ah dorang neh. Lawa sangatttt…. Dengar cite dorang tinggalkan buai kat atas bukit tu. So pasni sape-sape nak photoshoot atas bukit 2 bleh la pose cam ni gak ni. Kalau tak silap ni kat Broga Hill kan.

Tak sabar nak tengok majlis wedding dorang nanti. Sure gempak punye lah!

 

* Picture credit to beautifulnara.com

Wedding @ Duchess Place

9:19:00 AM 1 Comments A+ a-

1st time dapat jejakkan kaki ke Duchess Place ni. Kitorang pegi sebab attend wedding my opis-mate Fiza ngan her husband Duan. Pagi 2hb 2 saya ngan husband ke Low Yat. Alang-alang dah sampai KL, terus kitorang survey tempat ni, sebab takut nanti kalau dah malam susah pulak nak cari. 2x pusing Jalan Ampang yang jem iteww baru la jumpa. Senang sangat je rupenye tempat ni just tak perasan pintu pagar die.

 

Majlis start kul 8-11pm. kitorang sampai kul 8. Dapat pulak meja no. 8. hehe. MC malam tu Ahmad Fitri Yahya. Memang sempoi ah die. Lawak pulak tu. Memenag die kenakan pengantin cukup2.

 

wed-fiza-2 Ni la pengantinnye. Gojes kan. Suke baju die. Lynda Rahim tuuuu

 

wed-fiza-3 Tumpang posing yea Pn. Rufizah. deco nye simple tapi cumil!

 

wed-fiza-1 Al maklum la gambar masa bertunang takde. So bagi can la yea pengantin da basi ni posing. kihkihkih

wed-fiza-4Ni saat di-interview oleh fitri :) 

 

Takde gambar yang betul-betul nampak bangunan ni. Sebab majlisnya malam pastu time nak balik hujan la pulak. Anyway im wishing Fiza & Duan Selamat Pengantin Baru!!!! Semoga berbahagia ke akhir hayat/ hingga ke syorga bak kata huda