Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan

10:02:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semenjak dua menjak ni, tekak memang teringin sangat-sangat nak makan buah. Kalau boleh nak makan mempelam sala yang kat perlis nun, tapi mana la nak cari kat sini.

Tak dapat makan mempelam, makan jambu taruk asam boi pun sodap. Tiap kali kalau keluar tengahari, mesti singgah beli jambu potong dengan air jam kat tepi office. Air jambu tu dia taruk asam boi. Memang terbaik lah asam boi dia. Siap ade asam yang belum hancur lagi. Perghhh...dah terliur neh. hehe.

Balik dari Lumut tu hari, singgah hentian Tapah. Beli jambu batu seedless dengan jambu madu. Cicah dengan kuah rojak Mak Bee. Sedapppppp :-)

Semalam rehat lama, keluar pegi Jalan Tar. Ada bukak gerai buah pulak kat situ. Teringin nak makan buah plum pulak dah. Beli la buah plum dengan buah delima. Buah plum tu 5 biji Rm3.50. Saya amik 10 biji. Pastu delima tu 4 biji RM10. Amik 2 biji udah ler. Nanti tak habis, dah kecut tak sedap pulak.


 Buah anggur hujai tu kirim kat akak office. Pilih punya pilih plum tu, tapi sampai kat office je, dua bijik dah lembik. Kalau tau tadi, pilih yang merah semua.

Buah delima dah siap kupas. Sambil taip sambil makan. hehe :-)