Casing Handphone Pig Skin

8:42:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Cuma nak berkongsi info terutama kita sesama Islam ni. Insiden ni berlaku hari Isnin lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak update kat sini sebab kena outstation.

One of my friend kat office hari Isnin tu, pagi-pagi lagi tunjuk dia ada beli casing tuk handphone dia. Leather. Dia pelik la kenapa asal dia on je handphone dia, terus bukak application camera. Dia pelik la sebab sejak pakai casing tu la jadi camtu. So saya pun try la tilik-tilik sama. Tapi tak settle gak problem dia.

Tak lama lepas tu, dia tunjuk lagi kat saya casing tu, saya pegang la sebab ingat dia nak tunjuk apa. Dia cakap PIG SKIN. Terkejut la weh. First time sentuh kulit makhluk HARAM tu. Dia terus buang casing tu. Kitorang turun bawah cari tanah, sebab was-was walaupun sentuh kering sama kering, better samak gak kan. Baru puas hati.


Source : Saya dapat dari satu forum. Tapi casing my friend tu lebih kurang camni la

Dia beli kat Wangsa Walk. So korang kalau nak beli barang-barang leather ni, hati-hati la yea. Nanti tak pasal-pasal kena samak