Sambal Nasik Lemak Sempoi

9:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni kita main masak-masak pulak ekk. hehe, saya tujukan entry ni khas untuk Pn. Huda Chomel yang nun di Melaka Maju 2010. haha.

Hidangan untuk 2 orang makan dari bekpes, bawak ke lunch sampai la ke dinner. Haha. Pemalas giler kan. ;-p

Bahan-bahan:
3-4 sb minyak tuk tumis --> anggaran dalam 3-4 sudu besar
3 ulas bawang merah --> tumbuk kasi lumat
2 sb cili giling cap Putri --> kat Giant ada. Cili ni memang pedas. klu nak pedas lagi tambah ler lg
   Bawang besar --> potong bulat-bulat
   Asam jawa sikit
   Air
   Garam & gula

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak. Saya pakai minyak yang dah guna untuk goreng ikan bilis.
2.  Tumis bawang merah. Pastu masukkan cili giling. Bagi pecah minyak. Api takmo besar yea.
3.  Masukkan air asam jawa. Tambah air nak bagi berkuah. Biar mendidih.
4.  Masukkan bawang. Sebab nak bagi bawang ni masak. Kalau keras kang tak best la pulak.
5.  Pastu tambah la garam ngan gula. Saya suka bagi dia rasa pedas ngan manis. hehe. i kan anak jadi Kelate.
6.  Siapppppp :-)

Kan dah cakap huda.... sambal sempoi je. Tak mampu nak lawan bihun sup awak my mabeles melotop-lotop tu. kan kannnn