Jiwa Kosong

11:21:00 AM 7 Comments A+ a-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hati sangat-sangat terluka
T______T

Dinner At 1AM

7:39:00 AM 0 Comments A+ a-

Malam tadi pukul 8 dah lena. Konon nan bangun pukul 9.30 sebab nak tengok Marhabah De Laila. Tapi sedar-sedar dah pun 10.30. Sambung tidur lagi. En. asben kejut makan roti canai pun boo layan. Penat sangat. Kaki rasa lenguh yang amat. Pukul 1 en. asben kejut lagi suruh masuk tidur dalam bilik. Tapi memang dah tak larat sangat nak bangun. Guling-guling lagi. Tapi kena bangun jugak sebab belum solat Isyak. En. asben dah siap landing kat sebelah. Dia suruh kejut dia pulak sebelum masuk tidur.

Paksa jugak diri bangun. Semayang. Iron baju. Makan roti canai sambil layan TV2. Banyak la pulak drama. Sampai pukul 2 takleh nak tidur lagi. Mata dah segar. Siap makan stoberi lagi. Hehe

Dekat pukul 3, tutup tv, tutup lampu, landing depan tv je. Dah malas nak kejut en. asben bangun suruh tidur dalam bilik. Kesian tengok muka orang penat dan tak cukup makan. hehe

Takde Selera

3:20:00 PM 0 Comments A+ a-

Eh... dah masuk 10 minggu! Cepatnya. Scan pun belum lagi ni. Hihi. Asyik tertangguh je. Konon cadang nak pegi klinik hari Sabtu. Tapi ni dah tak tau berapa kali Sabtu. Asal hari Sabtu je, badan mesti jadi lemah. Lembik tak bermaya. Sampai aktiviti window shopping pun dah takde sekarang ni. Huhu

Sejak dari minggu ke-8 lagi tekak dah tak lalu nak terima nasi. Kalau makan pun memang kena paksa. Kalau dulu makan mesti bertambah. Sekarang ni nak habiskan suku pinggan pun dah rasa macam nak makan sambil baring.

Yang boleh terima sekarang ni benda-benda yang berasaskan tepung. Macam roti, mee ke, bihun ke. Sup-sup pun ok. Kalau yang kuah lemak-lemak tak berapa nak lalu.

Dalam kepala sekarang ni duk teringat laksam dekat rumah. Baiti laksam! Semalam call abah, dia cakap duk makan laksam tu la, along beli. Aduhhhh.... Tak sabarnya nak balik!

Petang ni nak beli roti canai. Harap maaf yea en. asben. Terpaksa la u ikut selera i. Kalau takmo, pegi la beli sendiri. Hehe

Pengorbanan

11:28:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Pagi tadi saya sempat tengok Hot FM kat 8TV. Tu pun sebab tunggu en. asben tolong tukarkan tayar kereta. Pancit pulak pagi ni. Topic pagi tadi pasal pengorbanan.

Saya rasa tahun ni banyak pengorbanan dah saya lakukan. Tambah-tambah lepas kahwin ni. Memang sangat banyak lah. Besok pun bakal buat satu lagi pengorbanan. Bukan Qurban lembu. Tapi qurban kan hari raya bersama keluarga di kampung. huhu. Sangat sedih ok!

Terpaksa padamkan angan-angan nak makan singgang daging yang ma buat. Daging goreng kunyit makan dengan nasi panas-panas. Semua tu takda ok tahun ni. Sebab?

Sebabnya....

Terpaksa mengikut en. asben balik next week sebab mertua balik dari Mekah. En. asben dah takda cuti. So terpaksa la ikut. Takkan nak drive sorang-sorang lari balik pulak kan. Derhaka la pulak. hehe

InsyaAllah Rabu malam next week kitorang balik.

Kepada semua, saya ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha. Hargai masa bersama orang tua. Kita tak tau kan berapa lama lagi kita boleh balik kampung jenguk dia. Waaaaaa..... sedih la pulak ;-(

Minum Susu 2x Sehari

10:02:00 AM 3 Comments A+ a-

Balik kerja semalam, singgah kat area Sunway Giza. Nak gi bayar hutang. Hehe. Pastu singgah kat farmasi. Tu pun 3x pusing baru dapat parking. Dah sampai farmasi tanya budak sales tu mana susu ibu mengandung. Dia tunjuk. Dah depan mata pun rupanya. Saya beli susu ni....


Member cakap susu ni sedap. So nak try la. Saya ni jenis tekak yang susah nak terima susu selain dari susu segar Dutch Lady Chocolate. Yang tu memang saya tak tolak ;-p

Malam tadi keluarkan bekas Tupperware baru. Nak bagi semangat minum susu. Isi siap-siap dua bekas. 1 tinggal kat rumah untuk minum malam, 1 bawak pegi office untuk sesi pagi. Kat kotak cakap kena minum 2x sehari.

Malam tadi dah try minum satu mug. Punya la lama nak kasi habis. Dah habis minum dah rasa cam nak keluar balik. Aduhhhh.. macam mana ni. Habis ke tak ni. Ni pun beli yang kotak kecik je.

Dari zaman belajar sampai la sekarang, stok susu memang selalu beli, tapi tak pernah pun habis. Kalau dah rasa takmo minum. Saya balik hantar kat kampung. Suruh my ma minum. Hehe

Tapi kali ni saya berazam nih, kena minum sampai habis. Sampai 9 bulan. Ya Allah bukakan lah seleraku pada susu..... Tapi pagi ni belum minum. Tekak dah rasa cam takleh terima ;-(

Alkisah Evening Sickness

9:52:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Sudah masuk minggu ke-8. Masih dalam first trimester. Masih banyak cabaran yang akan ditempuh. Tapi hopefully takde la yang mencabar sangat :-)

Cerita pasal morning sickness, rasanya saya belum lagi mengalami symptom-symptom tersebut. Sebab kalau pagi ok je. Nasi lemak kedai mamak depan office satu bungkus pun boleh habis. Hehe

Tapi.....


Ada tapi..... Masalahnya sekarang, saya rasa saya ni dah termasuk dalam golongan bertuah yang mengalami evening sickness. Tanda-tanda dia pulak bermula dari lepas lunch. Time lunch tu dah rasa sket-sket. Macam selera makan dah berkurang. Kalau beli nasi tengahari kalau takde ikan masin memang bertuah sangat la kalau dapat habis. Pastu masuk je bilik rehat nak solat Zuhur, dia dah start mengantuk. Menguap aje kejenya. Biasa kalau bos takde, lepas solat saya tidur la kejap. Kadang terbabas sampai pukul 3. Hehe

Balik keje, sampai je rumah, badan terus lemah. Memang lemau habis lah! Lepas solat Asar ok lagi. Boleh bertahan lagi. Tapi start je pukul 7, dia mula dah.... Mula la rasa pening, loya nak muntah, mengantuk, sakit kaki. Semua ada lah. Tapi alhamdulillah takat ni saya belum muntah, just rasa macam nak muntah. Cukup lengkap. Ubat dia senang je minum air suam yang agak panas. Pastu lepas Maghrib tidur la kejap depan tv. Dapat lelap sekejap pun dah cukup.

Yang peliknya, asal pukul 10 malam je terus segar-bugar. Hilang semua rasa tak selesa tadi. Bangun mandi. Boleh layan drama elok je. Heran betul la.

Kesian kat en. asben. Macam malam tadi. Balik keje semangat konon nak buat tomyam. Letak beras dalam rice cooker. Layan drama Chenta. Tetibe penyakit pun mula la menyerang. Loya sangat-sangat. Cakap kat en.asben saya nak tidur dulu, nanti pukul 9 saya bangun masak. Dia memang dah lembik sebab tahan lapar. Pukul 9 bangun buat ayam pedas je. Tu pun kepala rasa berat sangat. Makan nasi sikit. Rehat-rehat jap sambil tengok drama Asmara pulak. Habis je drama, terus badan rasa segar. Tengok jam dah pukul 10. Patut la. Bangun mandi, solat, iron baju semua siap. Siap boleh mengadap laptop lagi. Pukul 11 lebih time to sleep :-)

Hujung Minggu On The Spot

8:37:00 AM 0 Comments A+ a-

Bosannya!

Bangun pagi, lepas Subuh tidur balik. Sebab tak tau nak buat apa. Dah bangun siap mandi semua, buat breakfast. sandwich sardin je. Tunggu en. asben bangun. Tetiba dia ajak pegi Genting. Emm bolah lah. Dari duk tercongok depan tv ni. Siap-siap dalam kul 11 kitorang bertolak. Jalan clear. Sampai kat atas pukul 12. Ramai sangat orang. parking takyah cakap la, confirm penuh. Pusing la cari parking. Lebih 1/2 jam baru dapat. Tu pun parking kat tepi Hotel First World. Time tu dah dekat pukul 1 tapi kabus tebal. Sejuk!

Sengih-sengih macam comey sangat la tu ;p

Tshirt semua dah sendat. Tapi terpaksa sumbat jugak. Hehe

Yang 3 orang kat belakang tu follow kitorang. Dorang baru 1st time sampai Genting. Dia nak cari plaza. Kitorang pun bukan tau sangat. Tengok signboard gak. Tapi kejap je dia follow. Terus hilang. Kot dia segan kot. Kot dia ingat kitorang ni nak dating. Hehe

Berkabussss

Main dart tapi kalah. Haha

Kitorang tak masuk pun kat theme park. Kalau masuk pun bukan boleh main. Membazir jek. Jalan-jalan kat plaza je. Pastu main game. Saya suruh en. asben main game baling tin ngan bola. Mula-mula tengok ada chinese satu famili main, tapi tak jatuh satu pun tin. Sekali asben baling, jatuh 4 tin. Tapi dia punya gaya yang tak tahun tu. Sampai budak yang jaga game tu pun macam takut nak duk dekat. Satu game dapat 2x baling. Tapi tak jatuh semua. Tinggal 1 je. Dapat la bear kecik sekor. Pastu en. asben dah mengadu sakit pinggang. Haha tu la. Time baling tak ingat dunia.

Ni la bear yang dia dapat. Gantung kat kereta. Wat kenangan

Dah habis main, time untuk mengisi perut pulak. Kat sini kitorang selalu makan fast food je. Yang lain macam was-was sket. Makan la Mc'D. Harga macam biasa la double. Pastu takde la pulak Mc Value Lunch. Saya macam biasa takda menu lain, Mc Chicken je yang boleh habis. En. asben amik Big Mac. Lepak-lepak la kat situ

Sebab tak dapat pegi Cameron Highlands, saya mintak jugak nak makan stoberi. Dia beli la satu cawan ni. Satu cawan ni pun dah RM12.90 buah pun takde la segar macam kat Cameron. Tapi boleh la wat memujuk kan. Hehe

Mengidam wehhh. Tapi saya lagi suka makan stoberi ngan madu. Lagi nikmat

Pukul 4 kitorang turun. Singgah kat Institut Aminuddin Baki. en. asben nak mngimbau zaman kecik dia kat situ. Suka la tu dapat tengok rumah lama dia. Kalau tak 3-4 asyik duk ulang cerita sama. Hehe

Air Terjun Chamang

8:20:00 AM 1 Comments A+ a-

Lepas turun dari Genting, kitorang singgah kat Hentian Genting Sempah. Solat. Nak balik en. asben suruh saya pulak drive. Pastu masa pusing nak balik tu tengok sign Janda Baik. En. asben cakap ada air terjun kat Janda Baik. Jommmm.... Masa tu dah pukul 5 kalau tak silap.

So ikut la. Dah nak jadi isteri mithali kan. Kena la ikut. Hehe.

Dah drive jauh jugak la, tapi tak nampak-nampak pun lagi signboard cakap ada air terjun kat situ. Saya dah start mengantuk. Sebab sekarang ni, asal petang je mesti nak kena tidur gak sekejap. Tapi follow je la en. asben suruh drive lagi. Dah dekat nak sampai katanya. Memang jauh lah. Dah la jalan kecik, sunyi pulak tu.

Dalam 20km pastu kitorang jumpa kolam air panas. Ramai gak orang duk mandi. Tapi kalau tengokkan kolam tu, memang takde la saya nak remdam kaki dalam tu. Kolam tu berasap, pastu banyak pokok teratai. Siap ada orang mandi main selam-selam lagi. Air pulak keruh je. Erkkk....

Drive punya drive, last-last sampai bentuk. Rupanya kitorang lalu jalan lama. Dah sampai bentuk. en. asben cakap kite pergi air terjun Chamang la. Pulak. Ok. I ikut je. Alang-alang dah sampai kan.

Yang ni lagi la. Jalan adventure gak. Nasib baik dah bertar elok. Kelik molek je jalan dia. Jauh wehhh. Kata 8km je. Tapi saya rasa dekat 15km nak sampai. Masa kitorang sampai tu dah pukul 6 lebih. dah tak ramai orang. Tapi seyes memang lawa tempat tu

Ni air terjun dia. Kat sini takleh mandi. Boleh tengok aje.

Kat sini boleh mandi. Luas jugak la. Kat sini berpasir. So takde la bahaya sangat kan. Kalau buat famili day kat sini syok jugak nih.

Tau tak ni buah ape? Saya pun taktau. Lebat sangat buah dia. Nampak macam sedap je kalau cicah garam neh. Hehe

Cuba cari apa ade dalam gambar ni. Sebenarnya saya nak fokus tempat ni, tapi ade objek lain pulak masuk. Mesti dorang ingat saya tengah skodeng nih sebab duk tala lense kat dia. Hahaha. Soriiiii

Bestnyer kalau boleh mandiiiii. Next time boleh la picnic kat sini

Dah habis berposing, kitorang bertolak balik. En. asben pulak drive sebab dia cakap saya bawak tak reti nak slow kat jalan kecik macam ni. Hehe. Tauuu takottt
Kitorang singgah Maghrib kat masjid besar tepi jalan. Pastu tekak ni tetibe teringin nak makan mee goreng mamak perah limau nipis banyak-banyak kat gerai tepi jalan yang ada lampu lip-lap lip-lap. Haha. Banyak songeh kan. Singgah la kat hentian. Nasib baik sedap jugak mee dia. Ok terlaksana la hajat kan. Pastu terus baik. Saya tidur je. Penat!

Pesanan Untuk suami Oleh Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

11:02:00 AM 3 Comments A+ a-

Renung-renungkan.... dan selamat beramal :-)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?  -->saje nak highlight. padan muke!

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.  --> hahahaha. ingat nih!

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

LuvNotes: Mane kertas yg yang print dlu tu? dah buang ehh.. memang carik nahas tol!!

Monday Blues

9:27:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum zzzzzz.....

Apasal kalau hari Isnin je mesti takde mood nak buat kerja? Salah hari Isnin ke salah diri sendiri. Huhu. Saya dah bosan sangat ni. Kaki rasa ringan je melangkah ke ruang solat. Kalau dapat tidur sekejap ni. Memang heaven lah.

Sekarang ni, asal lepas solat Zuhur je, mesti nak baring-baring sekejap kat ruang solat. Pastu buat-buat tertidur. Hehe. Ibu mengandung dimaafkan kan. Alasan!

Ada 2-3 post saya dah tulis semalam tapi save dalam draft dulu sebab gambar tak tranfer lagi. Malam ni kalau rajin saya update. Ala update ke tak bukan ade sape-sape kisah pun kan. Tulis ni pun syok sendiri jek. Haha.

Mangga Muda Cicah Garam

1:17:00 PM 0 Comments A+ a-

Pagi-pagi lagi dah makan asam. Tak boleh nak tahan. Lalu tepi meja asyik duk jeling buah mangga. Tak boleh jadi nih. Nak kena makan gak nih.

Lepas breakfast tadi, buat alas perut. Terus kupas mangga. Saya beli dekat kedai runcit hari Khamis lagi. Ni pun dah tinggal dua biji je. En. asben pun sama laju je kalau potong pastu cicah dengan rojak Mak Bee. Tapi pagi ni takmo makan dengan kuah rojak. Makan dengan garam lagi beshh!

Sambil tengok tv tangan tak berhenti cicah mangga dengan garam. Puas hati! Sakit perut belakang kira. Hahaha

Lempeng Terbang

12:14:00 AM 0 Comments A+ a-

Bangun pagi ni rasa rajin pulak.

Lepas mandi, kutip baju masuk mesin. Mesin baju. Clearkan sinki sebab semalam dah penat sangat tak sempat nak kemas. Nanti nest episod saya story short vacation kitorang semalam. Yang langsung tak dirancang. Lepas kemas ruang tamu, rasa nak makan lempeng pulak pagi. Nasib baik tepung lebih buat cucur hari ada balance lagi.

Jadi mula la sesi melempar lempeng. Konon nak tunjuk terer siap buat lempeng terbang lagi. Hehe. Buat sikit je. Panas-panas terus gulung. Siap! Hidang dengan teh o panas my peberet.

Cicah lempeng dengan madu dengan susu

Masakan Pertama Selepas +ve

11:38:00 AM 4 Comments A+ a-

Hahahaha. Tajuk mengada-ngada!

Malam tadi gagahkan jugak memasak untuk en. asben. Menu yang sangat sempoi. Sup sayur aka sayur air + ayam goreng untuk asben, ikan goreng untuk saya. Tekak sekarang ni memang tak berapa nak terima sangat ayam. Dapat ikan kering dengan sambal belacan pun dah orait.

Sekarang asyik duk teringat nasi dagang pakcik yang jual dekat pasar Berek 12 dengan laksam Baiti kat Panchor. Sedapnyer wehhh. Laksam dia siap letak serunding daging ngan telur puyuh lagi. Kota Bharu ok bukan kat sini. Tak sabarnya nak balik raya haji nanti.

Buku Merah

12:15:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni masuk kerja lewat sikit. Tadi ingat nak mc tapi sedar pukul 6 tadi badan rasa macam sehat jek. Malas pulak rasa nak bangun. Duk bergolek-golek, tengok-tengok dah pukul 7! Asben dah bangun nak gi kerja, dia memang saja tak kejutkan saya, sebab semalam dia dah bagitau suruh mc je. Tapi dah sihat ni, tak reti la pulak nak berlakon depan doktor nanti. hehe.

Cakap kat asben nak pegi cari klinik la. Nak bukak buku merah. hehe. Opppssss.... lom bgtau kat sini ekk

InsyaAllah kalau ada rezeki, by the end of June next year, kami jadi mummy ngan daddy. I'm 7 weeks of pregnant :-)

Hari Ahad baru ni gi confirm check kat klinik. Ok2. Back to buku merah.

Pukul 9 asben balik, terus pegi Kg Melayu Subang. Kitorang tak tau pun klinik tu kat mana. Main redah je. Pastu ringan-ringankan la mulut bertanya. Dah pukul 10 baru jumpa. Klinik Desa Subang kalau tak silap. Klinik dia bangunan kayu je. Pastu orang punya la ramai. Cakap kat asben, takmo la buat buku hari ni. Tengok orang ramai pun dah start rasa loya. hehe. Mengada betul la. Tapi dia ikut je. sebab dah tau kalau pukul 10 baru sampai, tah pukul berapa la siap nanti. Lupa nak tanya orang kat klinik tadi, hari apa untuk ibu mengandung. mengandung? alahaiiii... macam tak biasa je langi dengan term tu. hikhik.

So asben hantar balik. Tukar kereta terus datang office. Kalau duk umah pun bukan boleh buat apa. Lagi pun kalau duk umah, terus rasa tak sehat. Tambah-tambah kalau asben ade. hahaha

Evening Sickness

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semalam, buat kesekian kalinya, dapur saya masih suci murni. Rasa dah seminggu lebih tak berasap. Sejak balik dari outstation last week lagi. Betul-betul takde mood nak memasak. Asal pegang je lesung batu, mula rasa loya nak muntah. Kesian en. asben. Asyik makan burger je dia. Suruh masak takmo. Padahal sebelum kawin tau pulak dia wat bihun goreng la, masak sardin la. Tapi sekali dia buat burger, 2 bijik terus. Satu letak cheese. Satu balut dengan telur. haha.

Sampai je rumah semalam, terus mandi. Nak segarkan badan sebab konon pastu nak masak. Dah siap solat, letak nasi dalam rice cooker, keluarkan ayam ikan semua. Asben balik layan drama Chinta dulu. Tapi yang peliknya, asal pukul 7 je penyakit saya dah start dah. Mula la rasa loya, pening nak muntah semua lah. Tambah pulak semalam kaki memang sakit. Rasa macam urat-urat kaki ditarik-tarik. Ni mesti kes jalan jauh nak gi cari nasik time lunch la ni. Bantai pulak pakai heels. Aduhhh... sakit yang amat sangat. Mintak en. asben urutkan. Air mata takyah cakap la. Dah takleh nak stop. Bukan nangis sebab sakit tapi syahdu pulak. Sebab hari-hari dia kena jadi tukang urut. Dah la makan pun saya dah tak mampu nak sediakan. huhu. Sabar yea bie....

Lepas solat Maghrib, saya sambung tido lagi. Asben cakap panas, siap pasang kipas atas bawah lagi. Tapi saya berbalut dengan selimut. Rasa sejuk sangat-sangat. Tido pun takde la lena sangat. Sambil layan cerita Marhabbah De Laila. Best gak cerita TV9 ni. Pukul 10 je, badan terus rasa segar. Perut pun baru la rasa lapar. Tapi nak masak dah malas. Minum susu makan roti sekeping. Kesian tengok asben dan tertidur pun. Tah kenyang ke tak makan roti ngan milo je dia :-(