Air Terjun Chamang

8:20:00 AM 1 Comments A+ a-

Lepas turun dari Genting, kitorang singgah kat Hentian Genting Sempah. Solat. Nak balik en. asben suruh saya pulak drive. Pastu masa pusing nak balik tu tengok sign Janda Baik. En. asben cakap ada air terjun kat Janda Baik. Jommmm.... Masa tu dah pukul 5 kalau tak silap.

So ikut la. Dah nak jadi isteri mithali kan. Kena la ikut. Hehe.

Dah drive jauh jugak la, tapi tak nampak-nampak pun lagi signboard cakap ada air terjun kat situ. Saya dah start mengantuk. Sebab sekarang ni, asal petang je mesti nak kena tidur gak sekejap. Tapi follow je la en. asben suruh drive lagi. Dah dekat nak sampai katanya. Memang jauh lah. Dah la jalan kecik, sunyi pulak tu.

Dalam 20km pastu kitorang jumpa kolam air panas. Ramai gak orang duk mandi. Tapi kalau tengokkan kolam tu, memang takde la saya nak remdam kaki dalam tu. Kolam tu berasap, pastu banyak pokok teratai. Siap ada orang mandi main selam-selam lagi. Air pulak keruh je. Erkkk....

Drive punya drive, last-last sampai bentuk. Rupanya kitorang lalu jalan lama. Dah sampai bentuk. en. asben cakap kite pergi air terjun Chamang la. Pulak. Ok. I ikut je. Alang-alang dah sampai kan.

Yang ni lagi la. Jalan adventure gak. Nasib baik dah bertar elok. Kelik molek je jalan dia. Jauh wehhh. Kata 8km je. Tapi saya rasa dekat 15km nak sampai. Masa kitorang sampai tu dah pukul 6 lebih. dah tak ramai orang. Tapi seyes memang lawa tempat tu

Ni air terjun dia. Kat sini takleh mandi. Boleh tengok aje.

Kat sini boleh mandi. Luas jugak la. Kat sini berpasir. So takde la bahaya sangat kan. Kalau buat famili day kat sini syok jugak nih.

Tau tak ni buah ape? Saya pun taktau. Lebat sangat buah dia. Nampak macam sedap je kalau cicah garam neh. Hehe

Cuba cari apa ade dalam gambar ni. Sebenarnya saya nak fokus tempat ni, tapi ade objek lain pulak masuk. Mesti dorang ingat saya tengah skodeng nih sebab duk tala lense kat dia. Hahaha. Soriiiii

Bestnyer kalau boleh mandiiiii. Next time boleh la picnic kat sini

Dah habis berposing, kitorang bertolak balik. En. asben pulak drive sebab dia cakap saya bawak tak reti nak slow kat jalan kecik macam ni. Hehe. Tauuu takottt
Kitorang singgah Maghrib kat masjid besar tepi jalan. Pastu tekak ni tetibe teringin nak makan mee goreng mamak perah limau nipis banyak-banyak kat gerai tepi jalan yang ada lampu lip-lap lip-lap. Haha. Banyak songeh kan. Singgah la kat hentian. Nasib baik sedap jugak mee dia. Ok terlaksana la hajat kan. Pastu terus baik. Saya tidur je. Penat!

1 kawan cakap:

Write kawan cakap
miss hidayat
AUTHOR
November 19, 2010 at 11:11 PM delete

rasanya buah ara tu ha..org wat ulam cicah budu make ngan nasi..rajin jupo mulo umah sedara Piji kat lata rek..hhuhuhu

Reply
avatar