Alkisah Evening Sickness

9:52:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Sudah masuk minggu ke-8. Masih dalam first trimester. Masih banyak cabaran yang akan ditempuh. Tapi hopefully takde la yang mencabar sangat :-)

Cerita pasal morning sickness, rasanya saya belum lagi mengalami symptom-symptom tersebut. Sebab kalau pagi ok je. Nasi lemak kedai mamak depan office satu bungkus pun boleh habis. Hehe

Tapi.....


Ada tapi..... Masalahnya sekarang, saya rasa saya ni dah termasuk dalam golongan bertuah yang mengalami evening sickness. Tanda-tanda dia pulak bermula dari lepas lunch. Time lunch tu dah rasa sket-sket. Macam selera makan dah berkurang. Kalau beli nasi tengahari kalau takde ikan masin memang bertuah sangat la kalau dapat habis. Pastu masuk je bilik rehat nak solat Zuhur, dia dah start mengantuk. Menguap aje kejenya. Biasa kalau bos takde, lepas solat saya tidur la kejap. Kadang terbabas sampai pukul 3. Hehe

Balik keje, sampai je rumah, badan terus lemah. Memang lemau habis lah! Lepas solat Asar ok lagi. Boleh bertahan lagi. Tapi start je pukul 7, dia mula dah.... Mula la rasa pening, loya nak muntah, mengantuk, sakit kaki. Semua ada lah. Tapi alhamdulillah takat ni saya belum muntah, just rasa macam nak muntah. Cukup lengkap. Ubat dia senang je minum air suam yang agak panas. Pastu lepas Maghrib tidur la kejap depan tv. Dapat lelap sekejap pun dah cukup.

Yang peliknya, asal pukul 10 malam je terus segar-bugar. Hilang semua rasa tak selesa tadi. Bangun mandi. Boleh layan drama elok je. Heran betul la.

Kesian kat en. asben. Macam malam tadi. Balik keje semangat konon nak buat tomyam. Letak beras dalam rice cooker. Layan drama Chenta. Tetibe penyakit pun mula la menyerang. Loya sangat-sangat. Cakap kat en.asben saya nak tidur dulu, nanti pukul 9 saya bangun masak. Dia memang dah lembik sebab tahan lapar. Pukul 9 bangun buat ayam pedas je. Tu pun kepala rasa berat sangat. Makan nasi sikit. Rehat-rehat jap sambil tengok drama Asmara pulak. Habis je drama, terus badan rasa segar. Tengok jam dah pukul 10. Patut la. Bangun mandi, solat, iron baju semua siap. Siap boleh mengadap laptop lagi. Pukul 11 lebih time to sleep :-)