Buku Merah

12:15:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni masuk kerja lewat sikit. Tadi ingat nak mc tapi sedar pukul 6 tadi badan rasa macam sehat jek. Malas pulak rasa nak bangun. Duk bergolek-golek, tengok-tengok dah pukul 7! Asben dah bangun nak gi kerja, dia memang saja tak kejutkan saya, sebab semalam dia dah bagitau suruh mc je. Tapi dah sihat ni, tak reti la pulak nak berlakon depan doktor nanti. hehe.

Cakap kat asben nak pegi cari klinik la. Nak bukak buku merah. hehe. Opppssss.... lom bgtau kat sini ekk

InsyaAllah kalau ada rezeki, by the end of June next year, kami jadi mummy ngan daddy. I'm 7 weeks of pregnant :-)

Hari Ahad baru ni gi confirm check kat klinik. Ok2. Back to buku merah.

Pukul 9 asben balik, terus pegi Kg Melayu Subang. Kitorang tak tau pun klinik tu kat mana. Main redah je. Pastu ringan-ringankan la mulut bertanya. Dah pukul 10 baru jumpa. Klinik Desa Subang kalau tak silap. Klinik dia bangunan kayu je. Pastu orang punya la ramai. Cakap kat asben, takmo la buat buku hari ni. Tengok orang ramai pun dah start rasa loya. hehe. Mengada betul la. Tapi dia ikut je. sebab dah tau kalau pukul 10 baru sampai, tah pukul berapa la siap nanti. Lupa nak tanya orang kat klinik tadi, hari apa untuk ibu mengandung. mengandung? alahaiiii... macam tak biasa je langi dengan term tu. hikhik.

So asben hantar balik. Tukar kereta terus datang office. Kalau duk umah pun bukan boleh buat apa. Lagi pun kalau duk umah, terus rasa tak sehat. Tambah-tambah kalau asben ade. hahaha

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mumtaz Khan
AUTHOR
November 4, 2010 at 2:25 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Mumtaz Khan
AUTHOR
November 4, 2010 at 2:35 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Mumtaz Khan
AUTHOR
November 4, 2010 at 2:37 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar