Dinner At 1AM

7:39:00 AM 0 Comments A+ a-

Malam tadi pukul 8 dah lena. Konon nan bangun pukul 9.30 sebab nak tengok Marhabah De Laila. Tapi sedar-sedar dah pun 10.30. Sambung tidur lagi. En. asben kejut makan roti canai pun boo layan. Penat sangat. Kaki rasa lenguh yang amat. Pukul 1 en. asben kejut lagi suruh masuk tidur dalam bilik. Tapi memang dah tak larat sangat nak bangun. Guling-guling lagi. Tapi kena bangun jugak sebab belum solat Isyak. En. asben dah siap landing kat sebelah. Dia suruh kejut dia pulak sebelum masuk tidur.

Paksa jugak diri bangun. Semayang. Iron baju. Makan roti canai sambil layan TV2. Banyak la pulak drama. Sampai pukul 2 takleh nak tidur lagi. Mata dah segar. Siap makan stoberi lagi. Hehe

Dekat pukul 3, tutup tv, tutup lampu, landing depan tv je. Dah malas nak kejut en. asben bangun suruh tidur dalam bilik. Kesian tengok muka orang penat dan tak cukup makan. hehe