Evening Sickness

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semalam, buat kesekian kalinya, dapur saya masih suci murni. Rasa dah seminggu lebih tak berasap. Sejak balik dari outstation last week lagi. Betul-betul takde mood nak memasak. Asal pegang je lesung batu, mula rasa loya nak muntah. Kesian en. asben. Asyik makan burger je dia. Suruh masak takmo. Padahal sebelum kawin tau pulak dia wat bihun goreng la, masak sardin la. Tapi sekali dia buat burger, 2 bijik terus. Satu letak cheese. Satu balut dengan telur. haha.

Sampai je rumah semalam, terus mandi. Nak segarkan badan sebab konon pastu nak masak. Dah siap solat, letak nasi dalam rice cooker, keluarkan ayam ikan semua. Asben balik layan drama Chinta dulu. Tapi yang peliknya, asal pukul 7 je penyakit saya dah start dah. Mula la rasa loya, pening nak muntah semua lah. Tambah pulak semalam kaki memang sakit. Rasa macam urat-urat kaki ditarik-tarik. Ni mesti kes jalan jauh nak gi cari nasik time lunch la ni. Bantai pulak pakai heels. Aduhhh... sakit yang amat sangat. Mintak en. asben urutkan. Air mata takyah cakap la. Dah takleh nak stop. Bukan nangis sebab sakit tapi syahdu pulak. Sebab hari-hari dia kena jadi tukang urut. Dah la makan pun saya dah tak mampu nak sediakan. huhu. Sabar yea bie....

Lepas solat Maghrib, saya sambung tido lagi. Asben cakap panas, siap pasang kipas atas bawah lagi. Tapi saya berbalut dengan selimut. Rasa sejuk sangat-sangat. Tido pun takde la lena sangat. Sambil layan cerita Marhabbah De Laila. Best gak cerita TV9 ni. Pukul 10 je, badan terus rasa segar. Perut pun baru la rasa lapar. Tapi nak masak dah malas. Minum susu makan roti sekeping. Kesian tengok asben dan tertidur pun. Tah kenyang ke tak makan roti ngan milo je dia :-(