Hujung Minggu On The Spot

8:37:00 AM 0 Comments A+ a-

Bosannya!

Bangun pagi, lepas Subuh tidur balik. Sebab tak tau nak buat apa. Dah bangun siap mandi semua, buat breakfast. sandwich sardin je. Tunggu en. asben bangun. Tetiba dia ajak pegi Genting. Emm bolah lah. Dari duk tercongok depan tv ni. Siap-siap dalam kul 11 kitorang bertolak. Jalan clear. Sampai kat atas pukul 12. Ramai sangat orang. parking takyah cakap la, confirm penuh. Pusing la cari parking. Lebih 1/2 jam baru dapat. Tu pun parking kat tepi Hotel First World. Time tu dah dekat pukul 1 tapi kabus tebal. Sejuk!

Sengih-sengih macam comey sangat la tu ;p

Tshirt semua dah sendat. Tapi terpaksa sumbat jugak. Hehe

Yang 3 orang kat belakang tu follow kitorang. Dorang baru 1st time sampai Genting. Dia nak cari plaza. Kitorang pun bukan tau sangat. Tengok signboard gak. Tapi kejap je dia follow. Terus hilang. Kot dia segan kot. Kot dia ingat kitorang ni nak dating. Hehe

Berkabussss

Main dart tapi kalah. Haha

Kitorang tak masuk pun kat theme park. Kalau masuk pun bukan boleh main. Membazir jek. Jalan-jalan kat plaza je. Pastu main game. Saya suruh en. asben main game baling tin ngan bola. Mula-mula tengok ada chinese satu famili main, tapi tak jatuh satu pun tin. Sekali asben baling, jatuh 4 tin. Tapi dia punya gaya yang tak tahun tu. Sampai budak yang jaga game tu pun macam takut nak duk dekat. Satu game dapat 2x baling. Tapi tak jatuh semua. Tinggal 1 je. Dapat la bear kecik sekor. Pastu en. asben dah mengadu sakit pinggang. Haha tu la. Time baling tak ingat dunia.

Ni la bear yang dia dapat. Gantung kat kereta. Wat kenangan

Dah habis main, time untuk mengisi perut pulak. Kat sini kitorang selalu makan fast food je. Yang lain macam was-was sket. Makan la Mc'D. Harga macam biasa la double. Pastu takde la pulak Mc Value Lunch. Saya macam biasa takda menu lain, Mc Chicken je yang boleh habis. En. asben amik Big Mac. Lepak-lepak la kat situ

Sebab tak dapat pegi Cameron Highlands, saya mintak jugak nak makan stoberi. Dia beli la satu cawan ni. Satu cawan ni pun dah RM12.90 buah pun takde la segar macam kat Cameron. Tapi boleh la wat memujuk kan. Hehe

Mengidam wehhh. Tapi saya lagi suka makan stoberi ngan madu. Lagi nikmat

Pukul 4 kitorang turun. Singgah kat Institut Aminuddin Baki. en. asben nak mngimbau zaman kecik dia kat situ. Suka la tu dapat tengok rumah lama dia. Kalau tak 3-4 asyik duk ulang cerita sama. Hehe