Minum Susu 2x Sehari

10:02:00 AM 3 Comments A+ a-

Balik kerja semalam, singgah kat area Sunway Giza. Nak gi bayar hutang. Hehe. Pastu singgah kat farmasi. Tu pun 3x pusing baru dapat parking. Dah sampai farmasi tanya budak sales tu mana susu ibu mengandung. Dia tunjuk. Dah depan mata pun rupanya. Saya beli susu ni....


Member cakap susu ni sedap. So nak try la. Saya ni jenis tekak yang susah nak terima susu selain dari susu segar Dutch Lady Chocolate. Yang tu memang saya tak tolak ;-p

Malam tadi keluarkan bekas Tupperware baru. Nak bagi semangat minum susu. Isi siap-siap dua bekas. 1 tinggal kat rumah untuk minum malam, 1 bawak pegi office untuk sesi pagi. Kat kotak cakap kena minum 2x sehari.

Malam tadi dah try minum satu mug. Punya la lama nak kasi habis. Dah habis minum dah rasa cam nak keluar balik. Aduhhhh.. macam mana ni. Habis ke tak ni. Ni pun beli yang kotak kecik je.

Dari zaman belajar sampai la sekarang, stok susu memang selalu beli, tapi tak pernah pun habis. Kalau dah rasa takmo minum. Saya balik hantar kat kampung. Suruh my ma minum. Hehe

Tapi kali ni saya berazam nih, kena minum sampai habis. Sampai 9 bulan. Ya Allah bukakan lah seleraku pada susu..... Tapi pagi ni belum minum. Tekak dah rasa cam takleh terima ;-(

3 kawan cakap

Write kawan cakap
November 10, 2010 at 11:25 AM delete

tips minum susu klau tak suka ialah minum laju-laju dalam satu nafas. selamat mencuba!!!! hehe

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 10, 2010 at 11:41 AM delete

okehh... mlm ni cube! :-)

Reply
avatar
FairuzComey
AUTHOR
January 9, 2013 at 10:52 AM delete

perisa coklat nie xsedap ke sis??
ada bau susu tepung x??

Reply
avatar