Pengorbanan

11:28:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Pagi tadi saya sempat tengok Hot FM kat 8TV. Tu pun sebab tunggu en. asben tolong tukarkan tayar kereta. Pancit pulak pagi ni. Topic pagi tadi pasal pengorbanan.

Saya rasa tahun ni banyak pengorbanan dah saya lakukan. Tambah-tambah lepas kahwin ni. Memang sangat banyak lah. Besok pun bakal buat satu lagi pengorbanan. Bukan Qurban lembu. Tapi qurban kan hari raya bersama keluarga di kampung. huhu. Sangat sedih ok!

Terpaksa padamkan angan-angan nak makan singgang daging yang ma buat. Daging goreng kunyit makan dengan nasi panas-panas. Semua tu takda ok tahun ni. Sebab?

Sebabnya....

Terpaksa mengikut en. asben balik next week sebab mertua balik dari Mekah. En. asben dah takda cuti. So terpaksa la ikut. Takkan nak drive sorang-sorang lari balik pulak kan. Derhaka la pulak. hehe

InsyaAllah Rabu malam next week kitorang balik.

Kepada semua, saya ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha. Hargai masa bersama orang tua. Kita tak tau kan berapa lama lagi kita boleh balik kampung jenguk dia. Waaaaaa..... sedih la pulak ;-(