Takde Selera

3:20:00 PM 0 Comments A+ a-

Eh... dah masuk 10 minggu! Cepatnya. Scan pun belum lagi ni. Hihi. Asyik tertangguh je. Konon cadang nak pegi klinik hari Sabtu. Tapi ni dah tak tau berapa kali Sabtu. Asal hari Sabtu je, badan mesti jadi lemah. Lembik tak bermaya. Sampai aktiviti window shopping pun dah takde sekarang ni. Huhu

Sejak dari minggu ke-8 lagi tekak dah tak lalu nak terima nasi. Kalau makan pun memang kena paksa. Kalau dulu makan mesti bertambah. Sekarang ni nak habiskan suku pinggan pun dah rasa macam nak makan sambil baring.

Yang boleh terima sekarang ni benda-benda yang berasaskan tepung. Macam roti, mee ke, bihun ke. Sup-sup pun ok. Kalau yang kuah lemak-lemak tak berapa nak lalu.

Dalam kepala sekarang ni duk teringat laksam dekat rumah. Baiti laksam! Semalam call abah, dia cakap duk makan laksam tu la, along beli. Aduhhhh.... Tak sabarnya nak balik!

Petang ni nak beli roti canai. Harap maaf yea en. asben. Terpaksa la u ikut selera i. Kalau takmo, pegi la beli sendiri. Hehe