Entry Bosan

10:47:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sangat takde mood nak bekerja hari ni. Sampai office je mata dah mengantuk. Kalau la cuti masih banyak, memang saya cuti sampai tahun depan. Huhu

Pagi tadi sedar pukul 5. Tapi malas nak bangun. Awal sangat. Tengok en. asben kat sebelah syok je titon. Takde kerja mata pun takmo pejam dah, kacau dia la apa lagi. Hihi. Tapi memang dasar syaitan la dah kerja dia melalikan manusia ni, asal orang nak azan subuh je, mula rasa berat mata ni. Terlelap gak sekejap. Alarm bunyi pukul 6, tekan snooze. Tambah 2 minit lagi. Bunyi je tekan lagi. Last-last 6.10 baru bangun. Mula la kelam kabut.

Gosok gigi wajib mesti muntah. Muntah angin ngan air je. Peritnya Allah je la yang tau. Rasa macam nak terkelur dengan usus sekali. Solat pastu bersiap. 6.40 dah ready. Salam peluk cayang-cayang cikit terus turun. Tapi saya still sampai awal office.

Bukak pc hadap fb. Tapi busannnnnn nieeeeeeee

11:22:00 AM 5 Comments A+ a-

Sabtu petang kitorang pegi KLCC. Hajat dihati ni nak makan sizzling kat food court tu. Tapi bila sampai tengok macam dah lain je kedai dia. Chinese yang meniaga pulak. So En. asben memang pantang la kalau nampak macam tu.

Round-round la kat situ tengok apa-apa yang boleh membuka selera. Semuanya ayam! Tak selera la. Last-last pilih nasi kandar sebab perut memang dah pedih. Dari pagi tak makan.

Saya ambik nasi beriani + ikan tenggiri + sotong + sayur + ais lemon tea = RM13.30


En. asben pulak amik nasi beriani + sotong + udang + tea o ais = RM33.30. Hamikkk!!!!

Nasi dia saya raya tak sedap sangat la. Tak rasa cam nasi kandar pun. Maybe sebab tak kuah yang kicap tu. Dulu masa kerja kat Penang, selalu makan nasi kandar. Subaidah yang dalam USM tu pun lagi best.

Yang kat KLCC ni lauk dia macam yang dah hangatkan je. Kalau tau nak makan nasi kandar, baik pegi Kayu. Lagi best

Minggu Ke-15

11:12:00 AM 5 Comments A+ a-

Uikkkss...! Cepatnya! Dah saiz buah oren pun. Tapi peyut tak nampak pun lagi. Hihi.

Dah masuk 2nd trimester ni baru la muntah-muntah nak tunjuk belang. Sekarang ni, kalau nak gosong gigi dah takleh nak main sengih-sengih depan cermin. Kena gosok laju-laju. Kalau tak memang terus uwekkk. Yang tak tahannya, muntah pagi-pagi ni amat la seksa sebab takde benda yang nak keluar. Takat air je. Seksanya Allah je la yang tau.

Kalau pegi food court, tengok ayam pun dah rasa kembang semacam je. Even ayam yang dah potong kecik-kecik dalam mee goreng pun takleh nak makan.

Orang kata dah masuk 2nd trimester ni, semua yang tak selesa akan hilang. Tak tau la. No komen. Bahagian masing-masing la kot. Tapi Alhamdulillah, takat ni takde la terus sangat. Tak pernah lagi muntah sampai terkeluar semua.

Tembikai oh Tembikai

11:05:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dah 2 minggu peti ais kat rumah tak pernah lagi takde buah kaler merah ni. Hari-hari mesti nak makan. Balik kerja tak sempat duduk terus potong wat makan depan tv.

Last week saya beli sebijik terus. Biasa duk angkut suku je sebab takut nanti kalau dah lama dalam peti ais tak segar pulak. Tapi sebab dah malas nak ulang alik hari-hari ke kedai tu, so beli sebiji terus. Tembikai ni saiz dia sedang-sedang je tapi sekali timbang dah 9 hengget lebih. Terkejut gak. Dah nak makan sangat amik gak la. Balik potong. Nasib baik la isi dia memang merah betul. Manis! Rangup pulak tu. Memang tak menyesal. Sebijik bertahan 4 hari je. En. asben tak makan sangat. Saya la yang memang pulun betul-betul. Tambah pulak malam-malam tak lalu nak makan nasi. Saya layan Tembikai je la

Ngidam Nangka

10:59:00 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alkisah, dah 2 3 minggu sebenarnya duk teringin nak makan buah nangka. Ni semua kes balik cuti Awal Muharram hari tu la. Dekat Raub kalau tak silap, ada orang jual nangka madu. Memang besar giler buah dia. Orang yang berhenti pulak ramai tosah cerita la. Kami pun terus je balik, tak singgah2.

Bila dah balik KL ni, asyik teringat je. Pesan kat Along masa dia nak datang cni last week. Tapi kedai tutup. Dapat makan jambu mawar yang ma kirim je. Cicah dengan kuah rojak Mak Bi. Sedap!

Petang semalam en. asben ajak keluar nak pergi beli mangga sebab peti surat kitorang kena pecah. Alang-alang dah keluar terus ajak dia cari nangka kat jalan ke Sg. Buloh. Memang rezeki saya lah. Pakcik nangka tu meniaga semalam. Saya beli 2 peket terus. 1 peket RM5. Tak sure pulak berat dia berapa. Tapi banyak gak la.  1 peket tu ada lebih dari 10 ulas rasanya. Masuk kereta je, terus makan. Nikmatnyaaaaa!!!!!


Sampai rumah pun makan lagi. Buang biji siap-siap letak dalam bekas. en. asben pun sama laju je makan. hehe

Hari Ni MC

7:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sedar je pagi tadi, kepala rasa berat sangat. Sakit. Berdenyut-denyut. Jam pun dah pukul 6.30. Kalau saya nak bersiap pegi kerja pun sure sampai lewat. Memang tak larat sangat nak bangun.

Pukul 9 saya sedar balik, kepala masih sakit. Sakit dia rasa macam ada orang penyet kepala ni. 2x saya muntah. Siap-siap ala kadar, turun nak cari klinik. Sampai klinik doktor pulak tak sampai lagi. Rasa macam nak je berguling kat klinik tu tunggu doktor sampai.

Nasib baik takde orang pun. Doktor sampai terus dia panggil masuk. Saya bagitau la saya sakit kepala. Pastu bagitau sekali saya pregnant. Terus dia senyum. Tanya nak mc ke. Saya tanya balik boleh ke kalau saya nak mc. Padahal memang tu pun tujuan saya pergi klinik. Hihi. Dah dapat mc balik sambung tidur.

Petang en. asben belikan bihun sup. Makan la sikit. Tu pun nasib naik ada cili jeruk. Selera la jugak.

Besok kena pergi kerja. Waaaa malasnyeeeee

Perkembangan 2nd Trimester

4:28:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk 2nd trimester rupanya. Seyes saya tak sedar. Bukan tak sedar. Tapi tak tau sebenarnya ;-p Saya ingat bila masuk 4 bulan baru la dipanggil 2nd trimester. Tadi sembang dengan member office, dia yang cakap saya dah masuk 2nd trimester sebab sekarang kan dah 14 minggu. Hihi. Malu pulak rasa

Perkembangan terbaru untuk minggu ke-14 ni apa yea. Buku pink belum bukak lagi. Hari Khamis lepas dah pergi Klinik Kesihatan Sg. Buloh, tapi nurse cakap saya kena pergi Klinik Kelana Jaya. Diorang tak cover tempat saya. So pospone lagi la jawabnya. Perut masih tak nampak sangat lagi. Cuma kalau baring nampak la ada macam buncit sikit. Kalau pakai baju kurung tak nampak sangat. Tapi semua kain dah tak boleh nak pasang cangkuk. Zip pun separuh je. Memang kena selalu beringat la sekarang ni. Buatnya zip tu terlepas. Free show la pulak.

Evening sickness saya masih ada. Macam semalam, sebab tak makan nasi waktu lunch, balik je rumah saya dah terketar-ketar. Rasa berdebar. Terus lembik. En. asben pun kena la mainkan peranan dia as tukang urut. Hehe. Macihhhh bie ;-)

Harap-harap dah masuk 2nd trimester ni, hilang la semua ketidakselesaan ni. Bertambah la selera makan. Malam saya langsung takde selera nak makan (kalau masak sendiri hihi). Biasa malam saya akan masak untuk en. asben je. Dia makan nasi. Saya makan buah. Dah 2 minggu macam ni. Tapi tengahari saya mesti make sure makan kenyang-kenyang.

Makan Sampai Buncit

2:38:00 PM 0 Comments A+ a-

Sabtu malam along ajak makan ramai-ramai kat tepi Hotel KL International. Port biasa kitorang Restoran Rosdet la mana lagi. Janji pukul 9. Tapi saya ngan en. asben sampai awal. 8.30 dah sampai. So lepak minum tea o ais depan hotel dulu.

Pukul 9 abang dari Cheras ngan wife, kak wani ngan anak dia sekali Darwisy pun sampai. Jalan kaki ramai-ramai pegi Rosdet. Restoran ni memang selalu penuh. Kalau ma abah datang KL pun kat sini la kitorang selalu makan malam.

Menu kitorang malam tu:
1. Tomyam campur
2. Ikan bawal sweet sour
3. Ikan siakap stim limau ** terbaek!!!
4. Sayur campur
5. Kailan ikan masin
6. Kerabu mangga
7. Telur dadar
8. Somtam
9. Udang celup tepung
10. Air bandung 2 jug

18122010559

















Gambar selepas je ada. Pinggan semua dah licin. Lupa nak snap. Ni pun pakai henpon sebab nak mms kat abah

Ikan siakap dalam pinggan yang pakai baju merah tu kami berdua je makan. Memang saya yang mintak along order yang ni sebab dah lama duk teringin nak makan siakap stim. Memang sedap sangat! Saya ambik nasi sikit je sebab nak ratah lauk. Layan somtam, kerabu mangga dengan ikan siakap. Rasa macam nak pecah perut. Total semua RM192. Rasa berbaloi sebab sedap cuma tomyam dia saya tak berapa suka sebab pekat dengan pedas sangat. Tapi udang dia besar.
Lepas makan balik hotel jap. Rehatkan perut. Hehe. Pastu pukul 11 bawak anak sedara pegi uptown Danau Kota. Balik pukul 2 baru sampai rumah. Dua-dua berebut tarik bantal ;-p

Projek Mengular

12:09:00 PM 0 Comments A+ a-

Weekend baru ni Along ngan family mai KL. Hari Jumaat Abg Long ade lawan golf, so lunch hour saya cabut awal dari office sebab nak angkut along ngan anak-anak sedara pegi Sogo. Tu je tempat yang sempat kalau nak keluar pun. Sebab pukul 3 dah nak kena balik office.

Kitorang tak parking kat Sogo sebab dah tau mesti susah punya lah nak dapat parking. Pastu nak keluar pulak satu hal. Makan masa. So saya park dekat Plaza City One. Kena jalan la sikit. Ala kan kata datang KL nak jalan-jalan. Hehe. Dalam Sogo orang punya la ramai. Tambah-tambah ada Christmas Sale. Kitorang jalan-jalan jap pastu terus naik kat food court. Saya macam biasa la kalau pegi Sogo mesti makan asam laksa. Anak-anak sedara lak order sizzling ngan claypot. Pas makan turun sambung jalan-jalan lagi. Pastu pukul 2.30 keluar dari Sogo sebab kalau tak nanti lewat sangat pulak saya masuk office.

Hantar along kat hotel pastu terus pecut balik office. Dah pukul 3 lebih. Parking pun dah takde. Tensen betul la ngan parking ni. Bila la nak setel. Saya block je keta orang pastu tinggal no phone. Tapi seb baik takde pun orang call.

Balik rumah terus lembik. Hehe. Siang saya ok malam mintak ampunnnn… ;-p

Masa Atau Duit?

8:19:00 PM 0 Comments A+ a-


Betul la orang cakap duk KL ni duit keluar macam air. Jalan sket tol. Parking pun mahal. Tapi nak buat camane dah rezeki kat cni.

Masa mula-mula ulang alik dari KD - KL ni saya cuma tau satu jalan je. Saya pulak memang jenis yang kalau tau jalan tu, jalan tu je la saya akan lalu. Nak gi kerja pagi-pagi takde masalah sebab saya selalu keluar awal. Pukul 6.45 saya dah keluar. Kadang pukul 6.30. Bukan sebab nak lari dari jem je, tapi sebab masalah parking kat tempat kerja. So better saya keluar awal. Nak gi kerja lalu tol RM2. Dalam 20 minit dah sampai office.

Pergi kerja memang takde masalah. Tapi yang bermasalahnya time balik. Saya balik pukul 5. Time tu memang jalan Tun Razak sangat-sangat la tengah nazak! Nak tekan minyak sampai 40km/j pun mimpi je la. Tapi sebab nak jimatkan bajet duit tol, saya terpaksa jugak redah. Nak sampai rumah amik masa 1 jam. Tol RM2. 5km nak sampai rumah ada 6 bijik trafic light! Biasanya pukul 6 atau 6.15 baru saya sampai rumah.

Satu hari, kawan office tunjuk jalan yang dia biasa lalu. Saya follow dia.

Saya lalu ikut Lebuhraya Duke. Tol RM2. Lepas tu lalu pulak tol Duta RM1.80. 20 ke 30 minit dah sampai rumah!! Langsung tak jem. Dah tu kat Duke boleh je tekan sampai 120km/j. Sekejap je dah sampai. Tapi total pergi balik kalau nak sampai rumah awal RM5.80

So duit ke masa yang lagi berharga yea??

Buat masa sekarang saya lebih suka habis duit asal dapat sampai rumah awal. Tambah-tambah pulak petang asal balik kerja je kepala dah rasa berat. So terpaksa la berkorban sedikit.

Redha Aje La

8:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Malam tadi mimpi en. asben meninggal sebab eksiden ngan motosikal. Nauzubillah. Mintak dijauhkanlah. Dalam mimpi tu famili en. asben cakap sabar, redha je lak. Tapi saya memang tak boleh nak terima kenyataan. Tambahan pulak lagi 8 hari je nak sambut raya. Pastu masa hari raya, saya duduk rumah mertua, taknak balik rumah ma abah sebab takleh nak terima kenyataan lagi. Ahahaha. Padahal tiap kali balik kampung, asyik berperang sebab nak balik rumah masing-masing. Mak mertua dengan mak sedara en. asben tak habis-habis duk cakap redha laaa... saya nangis tak henti-henti. Sampai la tersedar. Sedar tu pun masih lagi nangis. Terus cari en. asben. Tarik die. Terkejut la kawan tu yang tengah syok tido. Dia tanya nape. Saya cakap la saya mimpi dia eksiden. Senyum je dia dalam mamai. Saya tengok jam baru pukul 2 pagi. Punya la payah nak lena balik. Dalam kepala duk pikir, macamana la kalau betul-betul saya kehilangan dia. Saya takut saya tak boleh nak terima. TAKMO!!!! SAYA SAYANG SUAMI SAYA!!!!

Ya Allah... Kau panjangkanlah usia suamiku agar dapat menemaniku seumur hidup ini. Biarlah kasih kami kekal hingga ke syurga. Amin

Luvnote: Walaupun saya suke belasah bie, tapi saya sayang bie sangat banyak tau takkkk ;-p

Busy Manjang

3:13:00 PM 0 Comments A+ a-

Penatnyerrrr.....

Saya cukup tak suka kalau kena buat balik homework kat rumah. Cukup tak suka. Seboleh-bolehnya try jugak siapkan kat pejabat. Tapi kali ni terpaksa. Tak cukup masa. Tak penah lagi saya buat kerja kat pejabat sampai tak sempat nak jenguk facebook. Tapi hari Jumaat hari tu, memang betul-betul takde masa nak bukak internet. Nak baca msg kat henpon pun tak sempat. Bapak punya busy.

Masuk je kerja hari Rabu tu hari, terus ngadap kerja. Biasa kalau lepas cuti, mesti amik masa sehari dua baru ada mood nak bekerja. Ni dah tak sempat nak amik mood dahhh... Kejar masa nih.

Banyak lagi tak siap ni...aduhhhh. Takutnyerrrr.....ok lah. Takleh nak bebel kat sini. Lepas setel yang ni baru kiter citer dehhh

Balik Kampung 2nd Trip

10:26:00 AM 0 Comments A+ a-

Balik kampongggg.....hohohooo...balik kamponggggg ^__^ (latest status kat fb) hehe

Yea pukul 1 jap lagi insyaAllah kami berdua akan bertolak ke Kelantan lagi sekali. Baru 3 hari lepas balik KL dah nak balik lagi. En. asben yang beria nak balik. Saya apa lagi... melompat la. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik kampung. Sebab kalau kat sana, takde la pulak rasa penat ke tak lalu makan ke ape. Makan nasi pun siap boleh tambah-tambah lagi. Best betul air tangan ma ni kan.

Nanti kitorang akan singgah kat TNB Bentong dulu sebab en. asben ada kerja nak kena setel. Tapi tak kisah la. Sebabnya kerja dia yang ni jugak la yang membolehkan kitorang balik awal. Kalau tak mesti pukul 10 malam nanti baru terkedek-kedek nak usung beg masuk kete.

Banyak benda nak tulis tapi tak syok kalau takde gambar. So nanti akan akan 2 siri la cerita balik kampung ni. Ok lah. Nak siapkan kerja dulu. Nanti boleh bersenang-lenang

Kembali Normal

11:03:00 AM 1 Comments A+ a-

Alhamdulillah sudah selamat sampai ke kondo setinggan kami jam 1 pagi tadi. Bertolak dari rumah ma dah nak dekat pukul 5 petang. Sepanjang jalan jari KB-KL hujan tak berhenti-henti. Banyak benda nak tulis, banyak gak gambar nak tempek kat sini. Tapi camera tertinggal kat rumah ma la pulak. So kena hold dulu. InsyaAllah kalau jadi, Jumaat ni balik kampung lagi. Tapi takleh nak mengharap sangat, kang kecewa lagiiiii... hehe