Entry Bosan

10:47:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sangat takde mood nak bekerja hari ni. Sampai office je mata dah mengantuk. Kalau la cuti masih banyak, memang saya cuti sampai tahun depan. Huhu

Pagi tadi sedar pukul 5. Tapi malas nak bangun. Awal sangat. Tengok en. asben kat sebelah syok je titon. Takde kerja mata pun takmo pejam dah, kacau dia la apa lagi. Hihi. Tapi memang dasar syaitan la dah kerja dia melalikan manusia ni, asal orang nak azan subuh je, mula rasa berat mata ni. Terlelap gak sekejap. Alarm bunyi pukul 6, tekan snooze. Tambah 2 minit lagi. Bunyi je tekan lagi. Last-last 6.10 baru bangun. Mula la kelam kabut.

Gosok gigi wajib mesti muntah. Muntah angin ngan air je. Peritnya Allah je la yang tau. Rasa macam nak terkelur dengan usus sekali. Solat pastu bersiap. 6.40 dah ready. Salam peluk cayang-cayang cikit terus turun. Tapi saya still sampai awal office.

Bukak pc hadap fb. Tapi busannnnnn nieeeeeeee