Hari Ni MC

7:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sedar je pagi tadi, kepala rasa berat sangat. Sakit. Berdenyut-denyut. Jam pun dah pukul 6.30. Kalau saya nak bersiap pegi kerja pun sure sampai lewat. Memang tak larat sangat nak bangun.

Pukul 9 saya sedar balik, kepala masih sakit. Sakit dia rasa macam ada orang penyet kepala ni. 2x saya muntah. Siap-siap ala kadar, turun nak cari klinik. Sampai klinik doktor pulak tak sampai lagi. Rasa macam nak je berguling kat klinik tu tunggu doktor sampai.

Nasib baik takde orang pun. Doktor sampai terus dia panggil masuk. Saya bagitau la saya sakit kepala. Pastu bagitau sekali saya pregnant. Terus dia senyum. Tanya nak mc ke. Saya tanya balik boleh ke kalau saya nak mc. Padahal memang tu pun tujuan saya pergi klinik. Hihi. Dah dapat mc balik sambung tidur.

Petang en. asben belikan bihun sup. Makan la sikit. Tu pun nasib naik ada cili jeruk. Selera la jugak.

Besok kena pergi kerja. Waaaa malasnyeeeee