Makan Sampai Buncit

2:38:00 PM 0 Comments A+ a-

Sabtu malam along ajak makan ramai-ramai kat tepi Hotel KL International. Port biasa kitorang Restoran Rosdet la mana lagi. Janji pukul 9. Tapi saya ngan en. asben sampai awal. 8.30 dah sampai. So lepak minum tea o ais depan hotel dulu.

Pukul 9 abang dari Cheras ngan wife, kak wani ngan anak dia sekali Darwisy pun sampai. Jalan kaki ramai-ramai pegi Rosdet. Restoran ni memang selalu penuh. Kalau ma abah datang KL pun kat sini la kitorang selalu makan malam.

Menu kitorang malam tu:
1. Tomyam campur
2. Ikan bawal sweet sour
3. Ikan siakap stim limau ** terbaek!!!
4. Sayur campur
5. Kailan ikan masin
6. Kerabu mangga
7. Telur dadar
8. Somtam
9. Udang celup tepung
10. Air bandung 2 jug

18122010559

















Gambar selepas je ada. Pinggan semua dah licin. Lupa nak snap. Ni pun pakai henpon sebab nak mms kat abah

Ikan siakap dalam pinggan yang pakai baju merah tu kami berdua je makan. Memang saya yang mintak along order yang ni sebab dah lama duk teringin nak makan siakap stim. Memang sedap sangat! Saya ambik nasi sikit je sebab nak ratah lauk. Layan somtam, kerabu mangga dengan ikan siakap. Rasa macam nak pecah perut. Total semua RM192. Rasa berbaloi sebab sedap cuma tomyam dia saya tak berapa suka sebab pekat dengan pedas sangat. Tapi udang dia besar.
Lepas makan balik hotel jap. Rehatkan perut. Hehe. Pastu pukul 11 bawak anak sedara pegi uptown Danau Kota. Balik pukul 2 baru sampai rumah. Dua-dua berebut tarik bantal ;-p