Masa Atau Duit?

8:19:00 PM 0 Comments A+ a-


Betul la orang cakap duk KL ni duit keluar macam air. Jalan sket tol. Parking pun mahal. Tapi nak buat camane dah rezeki kat cni.

Masa mula-mula ulang alik dari KD - KL ni saya cuma tau satu jalan je. Saya pulak memang jenis yang kalau tau jalan tu, jalan tu je la saya akan lalu. Nak gi kerja pagi-pagi takde masalah sebab saya selalu keluar awal. Pukul 6.45 saya dah keluar. Kadang pukul 6.30. Bukan sebab nak lari dari jem je, tapi sebab masalah parking kat tempat kerja. So better saya keluar awal. Nak gi kerja lalu tol RM2. Dalam 20 minit dah sampai office.

Pergi kerja memang takde masalah. Tapi yang bermasalahnya time balik. Saya balik pukul 5. Time tu memang jalan Tun Razak sangat-sangat la tengah nazak! Nak tekan minyak sampai 40km/j pun mimpi je la. Tapi sebab nak jimatkan bajet duit tol, saya terpaksa jugak redah. Nak sampai rumah amik masa 1 jam. Tol RM2. 5km nak sampai rumah ada 6 bijik trafic light! Biasanya pukul 6 atau 6.15 baru saya sampai rumah.

Satu hari, kawan office tunjuk jalan yang dia biasa lalu. Saya follow dia.

Saya lalu ikut Lebuhraya Duke. Tol RM2. Lepas tu lalu pulak tol Duta RM1.80. 20 ke 30 minit dah sampai rumah!! Langsung tak jem. Dah tu kat Duke boleh je tekan sampai 120km/j. Sekejap je dah sampai. Tapi total pergi balik kalau nak sampai rumah awal RM5.80

So duit ke masa yang lagi berharga yea??

Buat masa sekarang saya lebih suka habis duit asal dapat sampai rumah awal. Tambah-tambah pulak petang asal balik kerja je kepala dah rasa berat. So terpaksa la berkorban sedikit.