Perkembangan 2nd Trimester

4:28:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk 2nd trimester rupanya. Seyes saya tak sedar. Bukan tak sedar. Tapi tak tau sebenarnya ;-p Saya ingat bila masuk 4 bulan baru la dipanggil 2nd trimester. Tadi sembang dengan member office, dia yang cakap saya dah masuk 2nd trimester sebab sekarang kan dah 14 minggu. Hihi. Malu pulak rasa

Perkembangan terbaru untuk minggu ke-14 ni apa yea. Buku pink belum bukak lagi. Hari Khamis lepas dah pergi Klinik Kesihatan Sg. Buloh, tapi nurse cakap saya kena pergi Klinik Kelana Jaya. Diorang tak cover tempat saya. So pospone lagi la jawabnya. Perut masih tak nampak sangat lagi. Cuma kalau baring nampak la ada macam buncit sikit. Kalau pakai baju kurung tak nampak sangat. Tapi semua kain dah tak boleh nak pasang cangkuk. Zip pun separuh je. Memang kena selalu beringat la sekarang ni. Buatnya zip tu terlepas. Free show la pulak.

Evening sickness saya masih ada. Macam semalam, sebab tak makan nasi waktu lunch, balik je rumah saya dah terketar-ketar. Rasa berdebar. Terus lembik. En. asben pun kena la mainkan peranan dia as tukang urut. Hehe. Macihhhh bie ;-)

Harap-harap dah masuk 2nd trimester ni, hilang la semua ketidakselesaan ni. Bertambah la selera makan. Malam saya langsung takde selera nak makan (kalau masak sendiri hihi). Biasa malam saya akan masak untuk en. asben je. Dia makan nasi. Saya makan buah. Dah 2 minggu macam ni. Tapi tengahari saya mesti make sure makan kenyang-kenyang.