Projek Mengular

12:09:00 PM 0 Comments A+ a-

Weekend baru ni Along ngan family mai KL. Hari Jumaat Abg Long ade lawan golf, so lunch hour saya cabut awal dari office sebab nak angkut along ngan anak-anak sedara pegi Sogo. Tu je tempat yang sempat kalau nak keluar pun. Sebab pukul 3 dah nak kena balik office.

Kitorang tak parking kat Sogo sebab dah tau mesti susah punya lah nak dapat parking. Pastu nak keluar pulak satu hal. Makan masa. So saya park dekat Plaza City One. Kena jalan la sikit. Ala kan kata datang KL nak jalan-jalan. Hehe. Dalam Sogo orang punya la ramai. Tambah-tambah ada Christmas Sale. Kitorang jalan-jalan jap pastu terus naik kat food court. Saya macam biasa la kalau pegi Sogo mesti makan asam laksa. Anak-anak sedara lak order sizzling ngan claypot. Pas makan turun sambung jalan-jalan lagi. Pastu pukul 2.30 keluar dari Sogo sebab kalau tak nanti lewat sangat pulak saya masuk office.

Hantar along kat hotel pastu terus pecut balik office. Dah pukul 3 lebih. Parking pun dah takde. Tensen betul la ngan parking ni. Bila la nak setel. Saya block je keta orang pastu tinggal no phone. Tapi seb baik takde pun orang call.

Balik rumah terus lembik. Hehe. Siang saya ok malam mintak ampunnnn… ;-p