Redha Aje La

8:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Malam tadi mimpi en. asben meninggal sebab eksiden ngan motosikal. Nauzubillah. Mintak dijauhkanlah. Dalam mimpi tu famili en. asben cakap sabar, redha je lak. Tapi saya memang tak boleh nak terima kenyataan. Tambahan pulak lagi 8 hari je nak sambut raya. Pastu masa hari raya, saya duduk rumah mertua, taknak balik rumah ma abah sebab takleh nak terima kenyataan lagi. Ahahaha. Padahal tiap kali balik kampung, asyik berperang sebab nak balik rumah masing-masing. Mak mertua dengan mak sedara en. asben tak habis-habis duk cakap redha laaa... saya nangis tak henti-henti. Sampai la tersedar. Sedar tu pun masih lagi nangis. Terus cari en. asben. Tarik die. Terkejut la kawan tu yang tengah syok tido. Dia tanya nape. Saya cakap la saya mimpi dia eksiden. Senyum je dia dalam mamai. Saya tengok jam baru pukul 2 pagi. Punya la payah nak lena balik. Dalam kepala duk pikir, macamana la kalau betul-betul saya kehilangan dia. Saya takut saya tak boleh nak terima. TAKMO!!!! SAYA SAYANG SUAMI SAYA!!!!

Ya Allah... Kau panjangkanlah usia suamiku agar dapat menemaniku seumur hidup ini. Biarlah kasih kami kekal hingga ke syurga. Amin

Luvnote: Walaupun saya suke belasah bie, tapi saya sayang bie sangat banyak tau takkkk ;-p