Tanda Dan Punca Bayi Mati Di Dalam Kandungan (Intrauterine Death)

3:34:00 PM 7 Comments A+ a-

KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.

Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.

Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.
Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.'’

Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.
“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.'’

Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.
“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.

Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda & simptom keadaan lahir mati

* Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang
 
* Rahim tidak membesar melewati masa
 
* Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.

Antara punca-puncanya

* Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

* Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu
Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

* Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

* Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)

* Diabetes

* Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.
Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

* Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?

* Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung

* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati

* Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian

* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis

* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit

* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.
Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.

Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.

Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.
Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.

Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.

Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.

Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati

Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.

Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.

Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.

Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.

“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.

“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'’ katanya.

Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.

Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.

Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.

Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.

Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.

Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.

Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.

Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.

“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'’ ujar Dr. Jamiyah berulang kali.

Sokongan suami dan keluarga

Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.

“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'’ jelas Dr. Jamiyah lagi.

Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.

Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.

Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.

Tidak ada istilah `bayi tidur’ sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.
Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.

Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.

“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.'’

Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.

“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'’ kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.

Source : MyPermataHati 

Baby Meninggal Dalam Kandungan

2:11:00 PM 5 Comments A+ a-

Ya Allah Engkau peliharalah kandunganku ini. Berilah peluang untuk kami menatap wajahnya, membesarkannya dengan sepenuh kasih-sayang. Amin.

Saya baru aje terbaca kisah Ashra melalui blog Dr. Faryn. Baby yang dikandungnya selama 7 bulan sudah tiada. Takziah untuk Ashra sekeluarga. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Takut sangat bila dengar berita macam ni. Baru-baru ni ada wife kawan kat office pun sama. Wife dia dah pregnant masuk 8 bulan kalau tak silap. Tetiba dokter sahkan baby dah takde. Ya Allah tak tau nak cakap macamana perasaan diorang. Tinggal sebulan je la tetibe Allah uji macam tu. Tapi Allah Maha Mengetahui kan. Dia dah tentukan segalanya.

Saya tak tau macamana si ibu boleh detact something wrong dengan baby dalam rahim dia. Saya risau gak ni sebab banyak benda yang saya tak tau. Kalau nak pastikan baby sentiasa ada movement, saya tak apsti sangat. Sebab baru sekali saya dapat rasa dia betul-betul bergerak. Selebihnya rasa macam ada bubble je dalam ni. Nak kena google ni. Nanti kalau dah ada info pasal mengesan kematian baby dalam perut saya post kat sini.

Okeh nak start menggoogle neh. Bye!

5 Bulan @ 20 Weeks

11:56:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamulaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk 20 minggu. Cepat betul la masa kan. Tup-tup dah masuk 5 bulan pun. My tummy tippie dah nampak. Tapi kecik je. Tak kisah la kecik pun asal mommy ngan baby sehat, cukup.

Alhamdulillah sempena dah masuk bulan ke-5 ni, En. Asben pun dapat berita gumbira. Alhamdulillah...syukur pada Allah. Rezeki baby agaknya. Tapi mommy pun nak tumpang sekaki. Hehe.

Masa minggu ke-18 hari tu dah buat buku merah. Banyak nak story ni. Entry banyak yang terperam kat draft. InsyaAllah kalau sempat saya update.

Hari Selasa ni nak balik Kelantan. Hoyehhhhhh..! Suke!!!!! Kalau sempat boleh scan kat sana. Ape-ape hal insyaAllah saya update kat sini.

Ok lah. Nak keluar jap. Office sunyi boleh la ngular. Hihi

I am 20 weeks pregnant!

9:51:00 AM 0 Comments A+ a-


Congrats! You're halfway there...and at one of the great milestones of pregnancy. Increased blood flow is making the pelvic area extra-sensitive, libido is resurging, and the weight gain has just barely begun.



Baby's now the size of a cantaloupe!
Baby gulps down several ounces of amniotic fluid every day, both for nutrition and to practice swallowing and digesting. And, these days, those taste buds actually work! Studies show that after birth, babies respond best to tastes they've already had via amniotic fluid. Meaning, think about what you'd like your future child to eat as you prepare your own lunch.

Hari Pertama Malam Pertama

10:57:00 AM 0 Comments A+ a-

19 Januari 2011, Rabu

Habis kerja pukul 5 tak berlari nak touch kad kat pintu macam biasa. Hari ni kena balik lewat sebab malam ni nak naik bas pukul 9. Tumpang rumah kawan. Kalau nak balik KD takut tak sempat pulak. Kenanya jem tak ke haru. Kawan tu pulak cakap dia pukul 7 baru sampai rumah. So saya pun lepak la kat ofis dulu. Buat kerja sikit lagi. Pukul 5.30 semua orang dah nak balik. Yang mana duduk area Batu Caves lagi la nak balik cepat sebab takut jem. Besok kan Thaipusam.

5.30 bergerak ke Kampung Baru. Alahai 5 minit pun dah boleh sampai. Tapi sebab kawan tu tak sampai lagi, saya pun pusing la jauh sikit. Nak habiskan masa. Pukul 6 dah tercongok tepi rumah dia. Tunggu dalam kereta je la. Datang pulak polis meronda dengan motor. 2x dia pusing-pusing tepi kereta. Pastu dia berhenti. Tanya saya buat apa kat situ. Saya jawab je la. Rasa tak selesa duk kat situ, saya ubah, park kereta jauh sikit. Eh sekali datang lagi. Tanya lagi. Ni yang rase nak jawab dengan tapak kasut ni. Tadi dah tanya, tak paham-paham lagi ke. Nampak macam muka pecah rumah ke saya ni. Hadoiiii....

Call En. Asben. Cakap nak gi makan dulu since baru pukul 6.30. Saya makan kat kedai nasi kerabu kat Kampung Baru. Sayu je rasa makan sorang-sorang. Kalau zaman dating dulu, selalu makan kat situ. Tapi tak kisah la. Asal ada tempat saya nak lepak kejap. Dah nak habis makan, kawan tu msg bagitau dah nak sampai rumah. Siap bayar semua, gerak ke rumah dia. Tumpang solat, tukar baju kat rumah dia. Pukul 8.15 dah turun sebab takut nanti jem nak masuk parking Hentian Putra.

Sampai depan The Mall, lengang je. Tak ramai pun orang balik kampung. Parking pun berlambak. Lepak la kat dalam hentian tu. Bas patut pukul 9, tukar ke 9.30 pulak sebab tak ramai orang. Saya naik Bas Mutiara 2 tingkat. Dapat seat single kat bawah. Bas baru. Dah siap ada seat belt pun. Naik bas, call En. Asben tuk hantar report pastu call abah bagitau suruh ambik besok pagi. Then terus tidur. Sampai Merapuh, jumpa dengan bestfren. Kalau bukan sebab dia, takkanya saya turun. Naik bas sambung tidur. Sedar-sedar dah nak sampai KB.

Bas Mutiara dia akan lalu jalan rumah, so mintak driver drop kat tepi jalan. Abah memang dah tunggu. Sampai pukul 5.30 pagi. Abah datang dengan motor. Teringat zaman-zaman belajar dulu. Selalu abah datang ambikde ngan motor. Bila la dapat naik motor dengan abah lagi. Huhu

Sampai rumah, solat Subuh pastu sambung tidur...

Sayang Suami Tinggal-tinggalkan

9:17:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Penat! Banyak benda dah tertangguh nak cerita kat sini. Sekarang dah macam kena buat maraton pulak. Ambik nafas dulu..... ok start!

4 hari 4 malam En. Asben telah ditinggalkan seorang diri kat rumah. hehe. Memang la berat hari nak berjauhan tapi ni dikira salah satu training sebab lepas ni akan ditinggalkan lebih lama. So get ready yea En. Asben ;p

4 malam tidur tanpa suami disisi betul-betul terasa. Padahal 26 tahun sebelum ni tidur peluk teddy bear je. Tapi ni baru 7 bulan tidur berteman tetiba kena tidur peluk teddy bear balik, dah rasa tak syok. Tidur pun tak lena. Mandi sah-sah la tak basah kalau dah spesis malas mandi. Haha. Tapi makan sangat berselera tambah-tambah air tangan ma.

Bila berjauhan ni memang seyes baru terasa rindu. Bila kita makan sedap-sedap, mula la duk pikir, apa la yang suami makan. Bila tanya makan ape, jawapan yang sama jugak dia bagi. Megi dengan beger. Nasib baik stok megi kat rumah memang berlambak. Tapi berjauhan ni ada jugak baiknya. Dari malas memasak, boleh pulak dia buat resepi sendiri. Masak nasi taruk sayur campur, siap goreng ayam kicap lagi. Yang tak tahan tu susun timun wat hiasan lagi.


Balik kampung secara solo ada juga kelebihan dia. Terutama bagi yang kawin dengan orang 1 negeri 1 daerah. Macam kami ni jarak rumah famili tak sampai pun 10km. Tapi tiap kali balik tetap berebut. Yang jadi mangsa. Si Isteri la. Terpaksa mengalah. Kang derhaka pulak. Hehe. Kena bergilir. Kejap rumah sini tapi lama di rumah sana. Ahahaa. Sungguh tak adil tauuu... So bila dah balik sorang ni, memang dapat duduk rumah famili puas-puas. Dapat la bermanja dengan ma abah. Lepas ni dah tak tau bila dapat merasa lagi ke tak.

Kita rehat kejap.... Next entry mau cerita aktiviti di kampung selama 4 hari :-)

Tendangan Pertama My Tommee Tippee

6:08:00 AM 0 Comments A+ a-

Tepat jam 1.05 tengahari maka tercipta lah sejarah baru. hihi....

Jeng jeng jenggg....

@ 19 weeks

Hari Sabtu kat rumah ma

Sambil tengok tv sorang-sorang sebab ma abah kat pasar tani. Saya tekan-tekan perut. Tekan belah kiri. kanan, atas, bawah. Pastu tekan lagi belah kanan. Tetibe duppp!. Ada rase sumthing lawan balik dari dalam perut. Tekan lagi dia lawan lagi. Owhhh dah ada respon rupanya. Hihi... First time dapat rasa baby gerak.

18 Minggu Sudaaa

3:02:00 PM 1 Comments A+ a-

Weh weh wehhhh.... cepatnya masa kan. Dah masuk minggu ke 18 pun. Lagi 2 minggu dah cukup 5 bulan. Adehhh macam tak caya je. Kalau orang tengok pun mesti tak kata yang saya ni pregnant. Jalan pun terloncat-loncat lagi. Hihi

Dan yang paling penting... Buku merah pun tak buat lagi. InsyaAllah cadangnya besok la nak pegi. Ni kalau kena marah ngan misi, siap la u en. asben. I balik ngamok nanti tau!

Kenduri Ke Konsert

10:06:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Weken semalam langsung tak best. huhu. Niat hati nak qada tidur. Tapinye ade hamba Allah kat rumah kitorang ni buat majlis kenduri kawin anak dia. Kendurinya hari Ahad tapi Sabtu malam diorang dah start buat hal.

Start dari pukul 9.30 dah mula bunyi diorang duk testing speaker. Mula-mula ok lagi. Duk main TESTING...TESTING 123.... Ingat habis takat tu je la. Eh tetiba sambung lagi. Pasang lagu pulak dah. Dah la lagu dangdut. Makin lama makin kuat. Kita nak tengok tv pun terganggu. Sampai tak dengar bunyi tv. Lepas tu ada karaoke pulak. Geramnyaaaaa...! Tak reti bahasa betul la dorang ni. Ingat kita ni nak dengar sangat ke. Dah la suara cam tah hape-hape. Sampai pukul 12 lebih dorang duk berdangdut kat bawah tu.

Hari Ahad. Awal pagi lagi dah start bunyi lagu dangdut kat bawah. Karaoke tak yah cakap la. Macam-macam pesen ada. Kalau yang sedap tu ok la lagi. Yang jenis tak sedar diri tu buat kita geram. Kuat mana jangan tanya la. Dah memang macam konsert. Yang lagu untuk pengantin 1 je saya dengar. Yang lain mostly dangdut. Pastu yang jiwang-jiwang. Yang si tuan rumah pun ape la punya tak paham sangat. Dia buat majlis kenduri ni nak ambik berkat. Tak pasal-pasal orang duk sumpah dia. Majlis kenduri diorang sampai ke petang.

Malam ingat dah habis. Belum lagi rupanya. Adoiiii...Boleh pulak malam tadi diorang umum berapa kutipan yang dapat. Pakai speaker tuuu... Nak bagi satu taman dengar ke hape tak tau la. Pastu diorang umum nama sorang-sorang siap dengan jumlah yang diberi. Ishhh ishhhh...Tak patut betul la. Ni memang adat ke hape? Tak pernah rasanya dibuat orang.

Kenduri tuk perkahwinan ni bukan ke sebab kita nak wat-warkan yang pasangan tu dah kawin. Bukan nak hebohkan berapa kita dapat. Tah laaa...Tak paham la saya. Kekadang adat ni bukan semua boleh pakai.

Perkembangan My Tummy Tippie

9:59:00 AM 1 Comments A+ a-

Ni gambar last week. Masa ni kalau tak silap 16 minggu 4 hari. Gedik nak share. Hihi. Ala wat kenangan ler



Pakai baju fit baru nampak. Kalau pakai kurung tak nampak ape pun lagi. Tapi pinggang macam ramping je lagi ni. ahahahah. Ramping kerrrr....??

Siakap Kukus Limau

2:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Sejak makan siakap kukus limau kat Kampung Baru ngan along baru-baru ni, baru malam ni tercapai cita-cita nak buat sendiri. Padahal bukan buat sendiri pun. Air tangan ma jugak. Haha

Nak rasmi periuk kukus yang baru beli hari Jumaat lepas sebenarnya. Simple sangat rupanya nak buat ikan kukus ni. My ma perak ikan dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk. Pastu letak ikan dalam loyang. Tabur bawang putih, serai, halia, bawang besar. Letak garam gula. Pastu kukus. Bila dah masak baru perah limau nipis. Kasi masam baru besh.

Ni la hasilnya.....

Menu makan malam yang ringkas je. Ikan siakap stim limau, sayur goreng, telur dadar dan sambal belacan homed dari Kota Bharu.

Ice Room Kota Damansara

3:39:00 PM 0 Comments A+ a-

Dah lama tengok kedai ni. Tiap kali nak gi Giant mesti lalu depan kedai ni. Dah la kaler hijau. Comey je. Macam dalam taman. Akhirnya hari ni dapat jugak datang sini.

Lepas bawak ma abah gi Sg. Buluh jalan-jalan kat kedai bunga, kitorang singgah kat Ice Room.

Saya order Mixed Fruit Snow Ice RM 9.90


En. asben pulak Peanut Snow Ice RM 7.90 - lupe la betul ke tak nama ngan rege dia


Struktur ais krim dia unik la. Macam diparut. Pastu tekstur dia lembut je. Ok la. Not bad. Sedap.

Abah macam biasa la order peberet dia. Fish & chip. Ma pun sama. Yang ni 13 ke 14.90. Lupa la. Dia serve ngan thousand island & mayonis.

Operasi Cuci Rumah

2:10:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Penat wooo....pagi ni bangun pukul 6.45. Solat subuh.. Terus mula operasi kemas rumah. Benda yang pertama nak kena buang kotak-kotak depan pintu ni.


Dah berbulan kotak ni duk depan pintu. Tak buang-buang jugak. Hari ni terpaksa bekerja keras memunggah turun semua ni. Nasib baik ma abah nak datang. Kalau tak, tak tau la sampai bila duk berlonggok kat situ.

5 kali naik turun, setel. Lenguh. Rasa macam nak tercabut lutut ni. Tapi anggap senaman pagi je la. Hehe. Stok kain yang belum lipat dalam bilik yang dah berbakul-bakul pun clear. Rumah nampak bersih je. Ala sebelum ni pun bersih jugak cuma certain2 part je menyakitkan mata. hehe.

Dah habis mengemas, kitorang ke Giant pulak. Shopping barang dapur. Yea la nantikan ma nak masak apa kalau takde bahan. Eh ma nak masak? ahahaha. Opkos la. Kalau ma masak baru saya ada selera nak makan. Nak tunggu balik kampung lambat lagi. Kitorang duk tengah membayar, abah call cakap dah sampai. Kalut la tolak troli cari kereta.

Sampai je rumah tengok dorang dah punggah barang-barang letak kat bawah rumah. Kan saya dah cakap. Kalau ma abah datang mesti banyak bawak makanan. i loike!!! Mula la sesi memunggah barang naik ke tingkat 4. Abang dengan kak ipar pun datang sekali.

Tengahari tak sempat nak masak. Abah pun dah lapar. Saya cuma masak nasi pastu beli lauk kat kedai. Semua berselera makan tengahari.

Ayam Goreng Halia My Ma

3:55:00 PM 0 Comments A+ a-

Pukul 10 bertolak ke Shah Alam sebab nak gi amik adik en. asben. Dari Shah Alam dalam pukul 11 terus ke Lowyat. Jem woo...Pukul 1 baru sampai. Parking kat bawah Sg. Wang Plaza.

Kat Lowyat macam biasa la orang penuh. Banyak betul duit dorang ni kan. Pusing-pusing tengok-tengok notebook mana yang dia berkenan. Last-last dia amik mini notebook aser one kalau tak silap. Dah siap kitorang berpecah. Adik-adik en. asben balik ngan member dia. Kitorang balik Damansara.

Sampai rumah pukul 5. Solat asar. Pastu tetibe en. asben cakap nak terus pegi Cheras. Lagipun kang kalau malam susah pulak nak cari jalan. Saya bukannya tau jalan nak gi Cheras dari Damansara. Kalau dari KL saya expert la. Kitorang main redah je. Follow signboard Cheras. Bila dah nampak signboard Alam Damai saya dah cam jalan. Sampai umah abah pukul 6 lebih kurang.

Menu malam ma yang sediakan. Saya tolong-tolong je. Ma masak tomyan campur, ayam goreng halia, telur dadar, budu ngan durian, ulan buah kerdas. Kenal tak buah kerdas tu ape? Ni dia.....

Ni gambar saya google. Mintak izin yea tuan empunya

Saya beli kat Chowkit petang tadi. satu ikat 2hengget, 4 ketul.

Ulam ni memang my peberet la. Kalau petai dia bau kuat sangat sampai sakit tekak. Yang ni bau jugak tapi kalau gosok gigi dah tak rasa ape. Cicah dengan budu + durian. Fuhhhh sodappp!!! Kalau ada sambal ikan dengan buah mangga muda lagi la terangkat.

Dah abih makan, lepak-lepak dulu. Layan budak gemok nih


Pukul 10 mata dah mengantuk. Perut dah kenyang ape lagi, ngantuk la. Balik dari Cheras lagi la saya tak tau jalan. Main redah je. Pukul 11 akhirnya sampai jugka rumah.

Besok ma abah cakap nak datang rumah. Nak kena wat operasi la besok pagi-pagi. Hehe

Ma Abah Kat KL

1:42:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua ;-)

Tengahari tadi abah call tanya kat mana. Kerja ke tak? Sampai rumah pukul berapa? Aikk...pelik ni. Tetiba tanya macam tu. Saya dah suspek sumthing dah. Saya tanya abah datang KL ke? Dia kata tak. Pastu ma pulak bercakap. Saya tanya ma pulak. Konpem! Dorang otw nak datang KL. Dah sampai Merapuh pun. Yeyyyy!!! Seronok! Sebab dah sebulan lebih saya tak balik Kelantan. Dan yang lagi seronok tu sebab ma abah mesti banyak bawak makanan. Plus boleh makan masakan ma. Hehe

Abah cakap dorang singgah rumah abang dulu kat Cheras. Rindu cucu la tuuuu. Saya cakap kat ma nanti jumpa besok malam. Makan malam ramai-ramai. Ma yang masak! ahahaaa

Tak sabar la nak tunggu besok. Besok en. asben cakap nak gi Lowyat teman adik dia beli notebook. Malam gi Cheras. Okeh!!!

Jus Strawberi Terbaik Dari Ladang

9:28:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Malam tadi dinner masak ayam pedas je. En. asben sorang je pun yang makan. Saya makan biskut.

Tengok peti ais semalam, buah stoberi yang kitorang petik hari tu ade lagi. Elok pun lagi. Yang beli dah siap pack kejap je dah rosak. Yang petik sendiri ni masih elok. Keras lagi. Tetibe tekak rasa nak minum jus stoberi pulak. Padahal baru je makan cicah dengan susu pekat manis.

Saya try la buat jus. Lagipun dah dua malam asyik minum jus tembikai campur susu. Malam tadi try stoberi campur susu pulak. Wehhhhh memang terbaik ler!! Sodap sangat! Saya blend stoberi sikit je untuk satu tumbler tupperware. Masuk buah dalam 6-7 bijik. Buah dia besar-besar. Pastu campur susu pekat dengan air gula sikit. Blend. Saya blend tak bagi hancur sangat. Ada lagi la cebisan-cebisan kecil stoberi. Masuk dalam bekas. Taruk ais ketuk sikit.

Fuhhhhh sedap sangat! Kalah Nestle Bliss tauuu... Sambil minum, gigit cebisan-cebisan stoberi yang tak hancur tu. Nikmatnyaaa... Tapi soliiiii... gambar sik ada yaaa. hehe. Tak sompat nak bergambar eh.

Ingat pagi ni konon nak buat bekal. Tapi bangun pun dah lewat. Hujan. Tu yang liat sangat nak bangun. So pagi ni, macam biasa lah, nasi lemak lagi la yang ku hadap.....

Honey Madu Day 2 Part 2

9:13:00 PM 2 Comments A+ a-

Last sebelum balik, kitorang singgah kat MARDI. Time ni bateri kamera tinggal 2 bar je. Mesti tak sempat habis posing ni. Nak masuk kena bayar RM3 sorang. Ingat kan pree. hihi

Singgat kat ladang stoberi lagi. Nak beli jus je pun. Bukan boleh petik kat sini.


Kat sini agak banyak ladang tanaman jenis sayuran. Pastu taman-taman pun macam tak terjaga sangat.


Nak gi obersea tak tau la bile nak sampai. Dapat bergambar ngan buah pir malaysia pun jadi laaa. Ada pokok epal merah tapi macam baru tanam je


Nampak tak..? Ni la buah pir. ehehee


Kena paksa bergambar kat signboard anggur. Buah anggurnya kecik sangat. Tak nampak.


Ni plak buah epal hijau. Yang ni nampak real. Macam yang jual kat kedai.



Berapa lama la agaknya dorang tanam labu ni ek?


Kena paksa lagiiiii


Bunga kobis pepel. Tak tergamak la nak makan. Kang habis jadi pepel gigi.


Masuk taman rose. Tapi rose pun tak banyak mane.


Dah lenguh posing. Bila jalan berdua, macam ni, sorang tukang amik gambar, sorang tukang sengih.




Ni kat bawah pokok ceri afrika. Ye ke ceri. macam buah "kekuk" je. Orang kelantan tau la kot buah kekuk tu hape. hehe


Wat letih je panjat bukit ni. Tapi takde ape pun. Takat nak tengok view.


Gambar last sebelum kamera ku tidurrrrr. Huhu.


Habis round MARDI, terus balik. Dah pukul 12 lebih rasanya time ni. 
Start je masuk jalan bukit pusing-pusing, saya dah mula nak pening. Aduhhh spoil betul la. Singgah kat Lata Iskandar lagi sebab ada orang tu minat sangat la benda pelik-pelik. Nak beli kayu la ape tah. Saya beli pisang je. Kecik molek je pisang dia. Tapi sedappp. Bukan macam pisang kat Carrefour tu. Pastu beli goreng cempedak sebab terliur sangat bauh dia. Tanya budak tu 2hengget brape ketul. 3 ketul 2 hengget. Mak oiiiii!!!! Melampau betul la. Pastu yang saiz besar sket 1 ketul 1 hengget. Giler cekik darah. Tapi beli la gak sebab dah nak makan sangat. 

Otw balik, masuk je highway lepas hentian Tapah, hujan selebat-lebatnya. En. asben drive. Mem tidoooo. Sampai rumah pukul 5.30

Honey Madu Day 2 Part 1

8:54:00 PM 0 Comments A+ a-

Semalam dah singgah kat Kok Lim Stoberi Farm ni, tapi beli yang dah siap pack. Pagi ni kitorang nak petik sendiri pulak. Bayaran masuk yang dikenakan untuk 2 orang RM20 untuk kutip 1/2kg stoberi. Nak ke tempak kutip stoberi tu jauh gak gak. Pusing kedai dia turun bawah baru sampai. Masa kitorang sampai, dah ada orang duk kutip. Teruja la jugak sebab 1st time nak kutip sendiri stoberi.

Tapi buah yang besar dan masak tak banyak pun. Yang putik banyak la. Lagipun dirang cerdik. Dah kutip siap-siap yang saiz besar tuk jual.




Yang besar masuk bekas yang kecik masuk mulut. Makan sambil nyorok. Gayat sebenarnya. Kitorang panjat naik atas konon kat atas takde orang naik. Tapi bile nak turun rasa nak mengesot ngan bontot je. Gayat wehhhh



Kutip jangan tak kutip. Ngan-ngan 1/2 kilo kitorang kutip.



Macam biase gambar kenangan wajib ado!


Ni buah yang dorang jual. Saiz besar-besar. Patut la kebun untuk customer lain. Kebun yang dorang wat tuk jual lain upenye. Beli lagi 2 bekas tambah.


Ok. Move to the next destination. Kaki dah sakit tapi tahan je laaa

Kantoi Dengan Pencegah Maksiat

11:16:00 AM 4 Comments A+ a-

Sampai hotel solat. Pastu rehat kejap. Nasib baik ada channel Star Movies. Tunggu Maghrib dulu. Pastu baru nak kuar jalan-jalan kat pasar malam.

Pukul 7.30 turun dari hotel. Masih hujan renyai-renyai. Sejuk memang yang amat. Dah terketar-ketar. Pakai cardigan pun tak jalan. Saya ni jenis yang tak tahan sejuk. Dari hotel ke pasar malam kitorang jalan kaki je. Dekat je pun.

Tujuan utama misi mencari makan malam. Kitorang beli koay teaw kerang 2 bungkus. Tak tau pulak banyak macam tu sekali. Kang dah membazir. Pastu beli jagung rebus dan jagung mentah. Beli kaktus RM10 for 7 pasu. Kalau yang jenis daun RM10 dapat 8. Lagi murah dari kat cactus point tadi.

Tak boleh nak jalan lama sangat. Tak tahan sejuk. Balik hotel, makan-makan sambil tengok tv. Kat hotel takde kipas takde aircond pun. Bilik air ada pemanas air tapi kat singki ngan paip untuk toilet takde pemanas yea. So sendiri mau ingat la. Agak-agak dah macam gosok dengan ais ketul je rase. Beku! Ahhahaaaa

Pukul 4 pagi bilik kitorang kena ketuk. Lama pulak tu. Kejut en. asben. Bukak je pintu ade 3-4 orang tercegat kat depan. Jabatan agama la saper lagi. Dah agak pun. Mesti kena punya. Dorang tanya ngan sape kat dalam. Asben cakap la ngan isteri. Dorang mintak tunjuk ic ngan sijil nikah. Setel.

Lepas dorang pegi, saya dah takleh tidur. Mata dah segar. Layan tv la.

Saya dah agak pun, mesti kena serbu. Sebab masa nak naik ke hotel pun, orang kat kedai makan kat bawah tengok kitorang semcam je. Kat receptionist pun same. Heyyy...!! we've married OK. ahahahahaa

Honey Madu Day 1 Part 2

11:03:00 AM 0 Comments A+ a-

Balik dari Rose Valley singgah kat pasar sebelah Hotel Equatorial. Masa ni dah pukul 5. Masih hujan renyai-renyai. Keluar kereta takmo pakai sweater sebab konon nak menikmati la cuaca sejuk. Sekali sampai pucat bibir. Sejuk giler!


Beli rose ngan limau je. Geram tengak limau ni. Beso!! RM8 1kg. 1kg dalam 3 bijik je pun.


Berkabus. Memang sejukkkk!!!

Singgah kat Raaju's Hill. Nak try eskrim. Punya la tinggi nak kene panjat bukit. Ingat takleh naik ngan kete. thehehe...


Posing sat. Buah kecik cinonet jek


Tunggu order


RM6. Masham!!! Tapi stoberi dia letak banyak


Gambar kenangan musti mau adaaa....

lagi otw balik hotel. Singgah kat Cactus Point pulak. Cactus Valley dah takde ke? Tak jumpa punnnn

Tengok gambar je la. Dah namanya cactus point, so cactus je la berlambak.





Beshnyaa kalau ada taman cactus banyak cam gini. Rasa nak angkut je semua. Tapi kat sini mahal. Tunggu pasar malam jap lagi. Baru la kita memborong.


Beli rak tuk letak cactus je. Yang boleh letak 7 pasu RM9. No tawar menawar yep!

Ok dah. Jom balik guling-guling kat hotel. Kaki dah rasa nak bengkak neh!