Hepi Besday Ma

10:21:00 PM 0 Comments A+ a-


1 Jan 2011

Alhamdulillah tahun ni Ma sambut ulang tahun ke-61. Tapi ramai orang cakap muka ma tak macam orang dah umur 60. Gambar kat atas ni masa celebrate besday Ma last year. Patut Ma yang dapat hadiah, tapi saya yang dapat kamera SLR yang diidamkan. hihi. Tenkiu Ma

Banyak sangat kasih sayang dan jasa yang Ma dah curahkan buat kami sekeluarga. Masa habis degree dulu saya tolong Ma berniaga jeruk ngan colek buah kat pasar malam dan pasar tani. Mula-mula malu. Tapi kesian bila tengok Ma sorang-sorang bukak meja, bukak payung tengah-tengah panas tengahari. Kulit muka pun sampai dah nampak kesan hangus matahari. Tapi my Ma memang jenis yang tak boleh duduk diam. Dah pencen berniaga lagi. Dari suka-suka sekarang nampak macam dah makin serius. Siap dengan ais blended pulak dah. Seronoknya kalau saya ada kat sana. Seronok teman Ma berniaga. Sambil tengok gelagat orang. Macam-macam pesen ada.

Ma memang tak pernah berkira dengan anak-anak. Saya ingat lagi ada satu peristiwa yang sampai hari ni saya tak boleh lupa. Time tu saya diploma. Balik cuti. Keluar ke Kota Bharu dengan Ma. Pastu singgah kedai India sebelah Bank Rakyat sebab Ma nak beli rempah. Saya mintak Ma belikan minyak rambut yang orang India pakai untuk lebatkan rambut. Masa tu Ma tak cukup duit. Tapi saya nak jugak. Sampai sanggup buat muka masa dalam kereta. Rasa nak lempang muka sendiri kalau ingat balik. Dalam kereta ma cakap nanti dia belikan balik kerja besok. Saya diam je. Langsung tak bercakap. Anak derhaka betul la. Tapi dulu yea. sekarang dah tak buat macam tu. Hehe. Besoknya balik kerja memang Ma beli. Tapi saya pakai tak sampai suku botol pun sebab bau busuk. Jahat kan!!


Saya sayang sangat kat Ma. Saya mintak maaf kalau selepas dah kahwin ni, masa makin kurang bersama Ma. Yea la, balik kampung kena bergilir. Asyik-asyik lebih rumah mertua. Saya tau Ma sedih. Tapi harap Ma faham.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah usia Ma. Ampunilah segala dosanya yang telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Berikanlah dia kesihatan yang baik. Engkau berikanlah dia kebahagian yang abadi dunia dan akhirat. Amin.

Hepi besday to Abe Long jugak. Tapi tak tau yang ke berape. 45 eh Along? hehe. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.