Honey Madu Day 1 Part 1

5:04:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak impian nak ke Cameron Highland berdua. Dah 2 3 kali plan. Tapi asyik tak jadi. Sebab asal cuti je rasa macam rugi kalau tak balik kampung. Tapi cuti 31 dan 1hb semalam memang dah nekad.

Plan konon pukul 8am dah nak bertolak. Tapi takde maknenya. Bangun dah 7.30. Nak mandi, siapkan sarapan ngan bekal. Jemur kain. Kemas beg. Semua pagi baru nak buat. Hehe. Sebab malam sebelum tu badan rasa penat sangat. Saya buat sandwich sardin dengan telur. Yang telur untuk saya. En. asben cerewet.

Pukul 9.30 akhirnya baru boleh gerak. Kitorang tak tau jalan sebenarnya. Tersilap masuk LDP tak pasal-pasal kena tol RM1.60. Padahal kalau dari rumah boleh je terus masuk highway Sg. Buloh. Mula-mula saya yang drive. Sebab highway. Nanti dah masuk jalan bukit baru tukar driver. Kitorang lalu Tapah. Dari Sg. Buloh ke Tapah tol RM17.90.

Masuk jalan bukit-bukit, tingkat kereta mesti bukak luas-luas. Kalau tak pening la saya nanti. Kereta tak banyak sangat. Kitorang singgah kat Lata Iskandar. Kat sini ramai yang brenti. Gerai pun banyak.



Brenti kejap je. Amik gambar buat syarat tanda dah sampai sini. Pastu terus lagi. Kat tepi jalan banyak rumah orang asli. Camane la agaknya diorang boleh hidup dengan rumah kecik takde bilik?? Hmmm...


Dorang kat atas ni tengok je saya hala muncung kamera. Nasib baik tak kena sumpit.

Sampai kat Tanah Rata pukul 12 lebih. Cuaca redup je. Orang tak ramai pun. Sebab hari Jumaat agaknya. Kitorang singgah kat Bharat Tea Valley. Turun amik gambar.




Turun ok. Tapi bila nak menapak naik, Tuhan je la yang tahu. Rasa nak patah pinggang.

Lepas tu kitorang terus ke Brinchang. Nak cari hotel. Semua on da spot. Takde nak booked dulu. Sebab pikir mesti tak ramai orang. Kan sekolah dah nak bukak. Memang betul pun. Banyak je bilik kosong. Rate bilik pun rate biasa. Dah check in kitorang terus keluar. Tapi perut mau kasi isi dulu. Makan kat bawah hotel je. Makan nasi kandar. Emm tak sedap pun. Tambah-tambah takde selera sangat.

Destinasi pertama adalah Rose Valley. Tapi otw kitaorang singgah kat Kok Lim Stoberi Farm. Beli stoberi wat bekal makan dalam keta. Besok datang lagi tuk kutip stoberi. hihi

Tiket masuk Rose Valley ni RM4 untuk dewasa. Dah banyak kali datang sini. Tapi tak penah habis round. Kira kali ni spesel la sikit. En. asben paksa suh panjat bukit semua. Huh ikutkan je lah. Dah nak pegi sangat kannn....

Orang memang tak ramai. Berapa kerat je. Tambah pulak hujan sikit-sikit.



Nasib baik bawak incik kaki tiga. Boleh la bergambar berdua. Tapi tak syok jugak. sebab ade satu famili ni, muda pun lagi. Dah tau orang nak bergambar, boleh pulak dia saja duk pusing-pusing kat situ. Malu la kami nak posing aksi-aksi manja. Ceh!! Mesti ingat kitorang tak kawen lagi kan.


Ni pokok pisang kaki. First time dapat tengok. sebelum ni tak tau pun pokok ni wujud kat taman ni. hehe



Penat wooo bergambar pakai incik kaki tiga ni. Kejap-kejap nak kena lari. Muka nampak senyum je, padahal dah capek!


Buah labu gergasi!


Dah ada lesen full, so boleh bergambar beraksi manje. hikhik


Bersambung.....