Penuh Kondo Setinggan Kami

2:57:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari ni jadual padat sangat. Kami nak sambut famili datang rumah. Ma, abah ngan adik nak datang datang rumah. Tidur kat sini 2 malam sebelum bertolak ke Mekah untuk umrah.

Pukul 6.45 saya sedar, bangun solat subuh. Rasa tak puas lagi tidur. Sambung balik sampai pukul 8.30. Kena paksa jugak bangun sebab banyak benda nak buat pagi ni. Siapkan breakfast. Kemas-kemas apa yang patut. Angin rajin tetibe datang pulak buat la kek coklat macam hari tu sebijik. Pukul 11.30 kek dah masak. Bersiap nak pergi kedai runcit dekat area rumah pulak. Semalam dah shopping kat Giant tapi saya tak beli sayur kat sana. Beli kat kedai runcit ni senang sikit. Boleh ambik sikit je. Kalau beli banyak-banyak nanti membazir. Layu dalam peti ais.

Turun panaskan enjin kereta. Tetiba bunyi anak kucing duk mengiau. Duk bawah kereta rupanya ngan mak dia sekali. Saya halau la. Tup-tup masuk dalam enjin pulak duk menyorok. Mak dia dah lari. Alahaiiii geramnyaaaa! Saya usik dia pakai bulu ayam pun takmo keluar. Nasib baik en. asben sampai. Dia hulur tangan tarik wat keluar. Dah dekat pukul 12 pun masa tu. Kalut la kita ni nak ke kedai.

Dah siap beli apa yang patut. Baik terus masuk dapur. Nasi dah memang letak dalam rice cooker sebelum keluar tadi. Plan nak buat daging sweet sour. Tengah syok kacau daging dalam kuali, tetibe gas pulak habis. Aduhhhh dah la tak bagi signal langsung. Call orang gas. Time tu dah pukul 1.15. Sambil tunggu gas potong-potong sayur, siapkan bahan-bahan tuk masak yang lain dulu. Abah call cakap dah sampai LCCT. Makin la kalut saya ni takut tak sempat nak masak.

Pukul 1.45 baru gas sampai. Samabung balik masak. Pukul 2 ma, abah, abang ngan adik sampai. Nasib main main menu dah siap. Tinggal nak goreng ayam dengan ikan je. Alhamdulillah pukul 2.15 dah dapat makan. Saya masak simple je. Bukannya tau masak sangat pun. Tapi teringin nak bagi ma abah rasa masakan saya. Yea laa kalau balik kampung mana saya pernah masak. Asyik mintak ma masak itu ini. Hehe

Menu kitorang tengahari tadi:
1. Masak lemak sayur
2. Daging sweet sour
3. Ayam & ikan goreng
4. Telur dadar
5. Sambal bilis petai (ma cakap sedap. dah lulus. hihihi)
6. Tembikai
7. Budu

Kembang sekejap bila tengok orang makan sambai bertambah. Masak lemak sayur kalau dengan budu memang kena. Lepas makan dah solat, semua lena. Penuh ruang tamu.

I am 24 weeks pregnant!

9:02:00 AM 0 Comments A+ a-


As much as we love your company, take a break from the computer if your fingers feel numb or tingly. It's probably carpal tunnel syndrome, often brought on by pregnancy. Stretch your hands frequently to loosen them up. For significant symptoms, try wrist braces or splints at nighttime.


Baby's now the size of a papaya!
Baby's skin is becoming more opaque as the fat starts to pack on. And, thanks to the formation of small capillaries, her newly thick skin is taking on a fresh pink glow.

Supplement Ibu Mengandung

7:42:00 AM 4 Comments A+ a-

Preggy mommy biasa ambik supplement ape ek? Ada yang ambik ada yang tak kan.

Masa first jumpa dokter nak pastikan betul ke pregnant, dokter tu suruh beli Obimin. Masa tu baru nak masuk 8 minggu. So saya pun terus la cari farmasi. Besoknya dah start makan. Pastu tanya my friend yang kerja misi. Dia cakap biasanya Obimin ni dokter akan sarankan makan bila kandungan dah masuk 3 bulan. Saya pun stop la dulu makan.

Beli kat Farmasi Alpha, RM 29 before less

Yang ni pulak asid folik. Masih makan sampai sekarang. Orang cakap elok makan sampai nak bersalin.

Source : Saya google. Lupa pulak amik kat blog mana. Mintak izin yea tuan empunya

Disebabkan saya kurang minum susu, dokter susgest saya amik kalsium tambahan. So saya cari la kat farmasi. Kalsium ni 1 tablet contain 800mg kalsium. Orang mengandung perlukan lebih 1000mg kalsium sehari kan. So saya beli la yang ni. At least lagi 200mg tu saya topup dengan makanan lain la.

Source : Pun saya google. Mintak izin yea tuan empunya

Tablet dia punya la besar. Tiap kali makan mesti kena togok air banyak-banyak. Kalau tak memang tercekik la jawabnya.
Lagi apa yea nak kena makan? Ingat nanti dah cukup 6 bulan nak cari vitamin yang ada DHA pulak. 

Askar Baru

7:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Bertambah sorang lagi ahli baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah kakak ipar telah selamat melahirkan sorang lagi putera pada 25/01/2011 baru ni. Dah masuk sebulan baru nak announce kan. Apa punya mak sedara la ni. Hehe. Tak sempat nak upload gambar sebenarnya bukan malas yea.

Bagi tengok kaki la dulu...

Introducing......

Muhammad Waiz Dayyan Bin Faizal
Weight 3.39


Rambut dia lebat pastu panjang pulak tu. Sampai tutup belakang leher. Tidur je kejanya masa saya gi melawat dia.


Ni abang dia, Muhammad Waiz Darwisy. Yang ni tengah lasak. Tapi tak leh tengok orang hala kamera kat dia. Terus buat buka tak bersalah. Nak suruh senyum punya la payah.

Hepi Besday Kak

8:25:00 PM 0 Comments A+ a-

P/S : Ni entry peram gak ni. Tak sempat nak upload sebab asyik lupa nak copy picture my sis ^_^

Entry dah basi tapi dah wish pun on that day. Saje nak post jugak kat sini as reminder.

Hepi birthday to my dear sis, Cikgu Noni!!! Nak nyanyi la cikit.


Hepi besday to you...
Hepi besday to youuuu....
Hepi besday to kak.....
Hepi besday to youuuuuuu....

Semoga kak diberikan kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
Diberikan kebahagian dunia dan akhirat
Amin

1st Check Up @ 23 weeks

1:22:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari ni buat check up untuk 1st time la kiranya selepas buka buku merah dengan minum air gula hari tu. Patutnya 16/2 tapi sebab ada audit kat office so terpaksa la tunda. Pukul 6.40am dah bertolak dari rumah. Try jalan lain pulak hari ni. Dah takmo dengar cakap GPS. Menipu je lebih GPS ni. Saja bagi kita jalan jauh.

Alhamdulillah. Memang lagi senang ikut jalan ni. Pukul 7 dah sampai. Parking kereta pastu tunggu dalam kereta dulu sebab pagar klinik pun tak bukak lagi. Layan HotFM.

Pukul 7.20am masuk ambik no. Saya orang ke-5 dapat la no 2005. Kejap je orang dah ramai. Tapi klinik start beroperasi pukul 8 jugak. So tunggu je la. Dah la mengantuk.

Pukul 8 dorang panggil nama saya untuk timbang. Aiyoooo banyak gak naik. Masa bukak buku bulan lepas berat 48kg. Hari ni dah 52kg. Naik 4kg dalam masa 1 bulan. Naik tang mana pun tak tau la. Tak nampak macam berisi pun. Dah habis timbang misi suruh tunggu nanti dia panggil lagi. Tunggu la dalam 15 minit dia panggil lagi untuk check BP. Nasib baik BP ok. Saya risau gak sebab 2 3 hari ni asyik kepala rasa macam pening berputar je. Dah siap wat urine ngan blood test pulak.

Lepas tu tunggu lagi untuk masuk bilik pemeriksaan. Dalam bilik tu, misi cakap test air gula hari tu tak cantik. Limit dia 7.8 tapi saya punya 7.2. Agak tinggi dia cakap. So kena la repeat minum air gula bilan depan. Arghhhh bencinya!!! Kalau air gula tu ada perisa ke takpe la gula. Ni air panas campur gula. Pedih tekak ni nak telan tau. Pastu dia cakap berat saya pun terlebih. Patutnya dalam masa 1 bulan boleh naik 2kg je tapi saya dah lebih sampai 4kg. Alahaiii nak buat macamana. Sekarang selera makan tengah baik punye. Hihi. Dia check perut. Check heartbeat baby. Heartbeat baby slow sikit tapi dia cakap ok takde ape-ape masalah. Syukur....

Lepas periksa kena suntik untuk kancing gigi dos pertama. Nanti bulan depan cucuk lagi. Aduhhh sakit gak eh cucuk ni. Yea la dah lama sangat tak kena cucuk kan. Dah kena cucuk jumpa dokter pulak. Dia takde cakap apa pun tapi tanya kita balik kenapa nak repeat minum air gula. Ayakkkkk! Patutnya awak la lagi tauu.. Ape daaaa......

Pukul 9.10 dah siap. Kira cepat la jugak kan. start pukul 8, pukul 9 dah siap.

Tapi hari ni langkah kiri betul la. Sampai je office pukul 10, meeting baru start. Tak pasal-pasal kena join sama. Ingatkan dah boleh lari. Huhu... dah la breakfast pun belum. Tapi lepas meeting terus bedal roti canai telur dengan bihun goreng. Konyangggg ehhhh ^____^

I am 23 weeks pregnant!

9:44:00 AM 0 Comments A+ a-


Swollen from head to toe? Increased blood flow, by now an old friend, is to blame. Consider a trip to the shoe store because loosening ligaments will cause your feet to expand even more in the weeks to come.


Baby's now the size of a papaya!
Baby's little face is fully formed...minus the baby fat, of course. The next task at hand for baby: sprouting two teeny-tiny nipples!

Bila Cinta

7:40:00 AM 0 Comments A+ a-

Mood : NOT SO GOOD T_____T

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

I am 22 weeks pregnant!

9:48:00 AM 0 Comments A+ a-


Real estate within your belly is getting tight, with growing baby leaving little room for your lungs to...well...breathe. Expect the huffing and puffing to start soon. There's not much room for your belly button, either -- it'll pop out any day now.



Baby's now the size of a papaya!
Baby's settling into sleep cycles, snoozing about 12 to 14 hours a day. It shouldn't be hard to figure out when -- just pay attention to those kicks as they start and stop.

KB - KL 18 Jam

5:03:00 PM 0 Comments A+ a-

Ni kisah masa cuti raya cina baru ni. Kitorang duk dalam kereta 18 jam! Biasa 7-8 jam dah sampai KL. Ni jem punya pasal la ni. Naik kematu rase bontot. Pinggang lenguh tak yah cakap la.

Kitorang bertolak dari KB pukul 1 tengahari hari Sabtu. Pukul 7 pagi hari Ahad baru sampai KL. Last-last dua-dua ambik EL. Tak larat dah nak masuk kerja.

Biasa dari KB ke Kuala Krai cuma 1 jam, tapi hari tu lebih 5 jam. Lepas tu dari Raub dah start jem sampai la ke Hentian Genting Sempah. Karak nuuu.... Kereta punya la banyakkkkkk



Yang berhenti kat tepi highway Karak pun tak yah cakap. Sepanjang-panjang jalan. Kitorang pun berhenti gak. Tak larat. Driver dah ngantuk sangat. Rupa-rupanya yang buatkan jadi jem jalan tu sebab orang ramai sangat berhenti kat Hentian Genting Sempah. Adooooiiiiii... Ingatkan sebab eksiden ke hape. Apasal la takde pulak polis ke orang Plus ke yang jaga trafik sampai boleh jadi gitu. Sakit hati betul la. Lepas je terowong Karak tu.... Memang pecut la. Terbang terus. Saya pun tak berani nak bukak mulut sebab tau sangat si driver ni dah penat + tensen. Layan kan je la. Sampai je rumah.. dua-dua pengsan!!!

Ais Blended 18 Perisa

4:57:00 PM 0 Comments A+ a-

Entry pekasam lagiiii

Ni pun one of my mum punya bisnes. Ais blended! Seronok giler tolong ma bukak gerai. Tak menang tangan!. Alhamdulillah rezeki Allah.


Ni bukak gerai kat Taman Bendahara tepi Pantai Timur Pengkalan Chepa. Jemput la yea. Boleh pilih mane yang berkenan.


Rak yang ditempah khas. Saya pembantu je. Cuma tau tabur chocolate rice dengan picit whip cream je. Hehe


Satu famili datang meniaga. Seronok sangat! Yang kat belakang tu pun tolong gak. My niece yang pakai spek tu tau pulak buah ais blended ni. Dia la yang tolong my mum. Kalau tak memang tak sempat, tak terlayan kalau sorang-sorang.

Jeruk Buah Dari Pulau Pinang

4:53:00 PM 0 Comments A+ a-

Ini entry pekasam yea. Dah lama duk peram dalam draft =)



Sedapnya kelapa jelly! Merasa gak akhirnya. Ma cakap dah boleh minum. Kelapa jelly kat gerai mak cik jual goreng pisang ni memang terbaik. Jelly dia lembut sangat. Sehengget je satu gelas. Tapi kat Kb la yea. Hari tu jumpa orang jual kelapa jelly gak, dia pakai gelas dadih. Pun jual sehengget. Adoiiiii...punya la nak untung.



Ni aktiviti masa balik kampung baru ni. Teman ma jual jeruk buah. Ni semua jeruk buah dari Penang yea. Siam punya tak main yea. Kalau saper-saper duk Kota Bharu boleh la cari gerai my mum kat pasar-pasar tani.

Colek buah pun ada. Kuah home-made yea puan-puan. Terbaekkkk!

Aktifnya Anakku

4:48:00 PM 0 Comments A+ a-

Ni entry semalam. sambung karang hari ni. Dah taip kat office tapi tengok-tengok jam dah nak pukul 5. Terus shut down pc. balikkkkk. hehe

Tak duduk diam langsung dia hari ni. Sejak dari pagi tadi sampai ke tengahari asyik bergerak je. Kejap kanan, kejap kiri, pastu bawah pulak. Awak watpe ehhhh.... Ke sempit sangat dalam tu? Mintak maaf la anak yea perut ur mommy ni takmo kembang-kembang lagi. Asal terlebih makan je dah rasa tegang. Rasa terik semua kulit perut. Sabar la yea... Tak pe kecik kat dalam. Nanti dah keluar kite pam kasi tembam deh. hehe

Owhhh Air Gula

7:13:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sampai jugak saya kat klinik pagi tadi. Sebab tak tau jalan punya pasal, pukul 6.30 pagi saya dah turun dari rumah. Singgah pam station dulu. Isi minyak penuh-penuh. Incase kalau sesat pun takde la risau sangat. Saya follow GPS. Search Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Tapi apesal la GPS ni kan. Selalu bagi jalan jauh. Berbelit-belit. Pastu suka bagi jalan taman perumahan.

Sampai area Tabung Haji saya dah tak tau nak pusing ke mana. Time tu memang gelap lagi. Jumpa dengan uncle yang hantar surat khabar. Saya tanya dia, dia suruh follow dia. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Syukur. Sampai depan klinik baru pukul 7.15. But im not the first person la. Ada yang lagi awal. Terus masuk ambik nombor.

Pukul 8 nurse panggil masuk bilik untuk ambik darah. Sakit la pulak kali ni. Masa bukak buku hari tu langsung tak rasa. Dah ambik dia suruh minum air gula. Gelas besar wehhhh. Dalam bilik tu dah ada dua orang tengah berhempas-pulas menghabiskan air tu. Diorang masuk dah agak lama tapi tak sampai suku gelas pun lagi. Air gula tu takde la pekai sangat tapi manis dia tu rasa pedih tekak ni bila telan. Sambil duk minum tu masuk lagi sorang. Lepas ambik darah dia minum gak. Tapi tak sampai 5 minit dah habis. Fuhhh kagum. Terus saya bersemangat. Togok jugak air tu. Habis!

Dah habis minum kena tunggu 2 jam sebelum ambik darah lagi sekali. Bosannye laaa. Baca buku kejap. Pastu terlelap kejap. Pukul 10 keluar beli kuih. 10.30 nurse panggil untuk ambik darah. Siap! Nanti dia akan call bagitau result. Harap-harap takde la nak kena ulang lagi sekali. Hazab wehhhhh


Psstttt : Hari ni dapat balik awal lagi. Pukul 1 pengerusi dah bagi green light suruh balik. ahahahaha. Sangat heaven la minggu ni. Kalau tiap-tiap hari kerja half day kan beshhh =)

GPS Hampeh

8:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Besok nak pegi klinik sebab kena minum air gula. Tapi jalan nak pegi klinik tu tak tau nak lalu mane. huhu. Hari tu lalu jalan jauh. Dah lupa lalu kot mane. Adoiiiii... macamane ni. Tadi dah try search pakai GPS henset ni. Tapi langsung tak jumpa. Macamane niiiiii....

Sapa tau macamane nak gi Poliklinik Komuniti Kelana Jaya dari Kota Damansara? Tulunnnnnnn ;(

Kek Coklat Cepat Mudah Sodap!

8:54:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum =)

Dari last week lagi duk teringin sangat-sangat nak buat kek. Akhirnya tercapai jugak!

Tadi dapat balik awal. Pukul 3 dah boleh balik. Tak masuk office pun sebenarnya hari ni sebab ada kerja kat luar. Balik singgah bank kejap. Pukul 4 sampai. Siap tukar baju semua terus keluarkan bahan-bahan tuk buat kek. Tadi kakak office bagi resepi kek coklat. Simple je. Tak payah nak salin pun. Boleh hafal je sebab memang simple.

Target nak siap bakar sebelum En. Asben balik. So bertungkus-lumus la saya mengacau adunan. Bukan pakai tangan pun. Pakai mixer. hehe. 5.15 masuk oven.

5.45 En. Asben dah sampai. Tapi kek tak masak lagi. Bau wangi dah penuh satu rumah. Asyik duk intai dalam oven. Memang kek ni naik dan kembang elok je. Saya try cucuk nak tau dah masak ke belum. Kat tepi dah ok tapi kat tengah masih lembik. So saya tukar la api oven pakai yang atas je. Tak sampai 2 minit kelam dapurku ngan asap. Hangit wehhhh. Kalut-kalut tutup suis cepat-cepat. Nasib baik hangit kat bahagian atas sikit je. Tak rasa pahit pun.

Nak tengok ke rupa kek tu? hehe. Mintak maaf la rupa tak seberapa tapi rasa... wallahhhhhhh!!! sodapppppp! Dah la lembut, gebu, moist pulak tu. Tak reti nak wat topping. Makan macam ni pun ok gak.


Panas-panas terus serve kat En. Asben

Ni resepi dia.....

Kek Coklat Simple

Bahan A:
1 ketul butter / 250gm mentega
1 cawan gula kastor
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum

Bahan B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kasar
1 cawan air

Cara-caranya:
1. Masak Bahan B sehingga sebati. Kemudian biarkan ia suam/sejuk.
2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur. 
4. Tuang Bahan B sedikit demi sedikit hingga semuanya sebati.
5. Masukkan tepung juga sedikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.
6. Tuang dalam loyang kemuadian bakar. Siap!!

Senang sangat. Try la yea =)

I am 21 weeks pregnant!

9:49:00 AM 0 Comments A+ a-


Gasp...is that a stretch mark?!! Take deep breaths and remember -- they'll fade after delivery. Your skin may also feel dry and itchy, especially over your emerging bump. Take a cue from your fetus, now coated by vernix (a milky, protective cream), and slather on the lotion.



Baby's now the size of a banana!
Baby's digestive system is busy creating meconium (a tarry black substance made of swallowed amniotic fluid, digestive secretion, and dead cells), which will fill the first diaper after birth. And, if baby is a girl, her womb is now stocked up with her lifetime supply of six million eggs (the number will drop to around one million by birth).