1st Check Up @ 23 weeks

1:22:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari ni buat check up untuk 1st time la kiranya selepas buka buku merah dengan minum air gula hari tu. Patutnya 16/2 tapi sebab ada audit kat office so terpaksa la tunda. Pukul 6.40am dah bertolak dari rumah. Try jalan lain pulak hari ni. Dah takmo dengar cakap GPS. Menipu je lebih GPS ni. Saja bagi kita jalan jauh.

Alhamdulillah. Memang lagi senang ikut jalan ni. Pukul 7 dah sampai. Parking kereta pastu tunggu dalam kereta dulu sebab pagar klinik pun tak bukak lagi. Layan HotFM.

Pukul 7.20am masuk ambik no. Saya orang ke-5 dapat la no 2005. Kejap je orang dah ramai. Tapi klinik start beroperasi pukul 8 jugak. So tunggu je la. Dah la mengantuk.

Pukul 8 dorang panggil nama saya untuk timbang. Aiyoooo banyak gak naik. Masa bukak buku bulan lepas berat 48kg. Hari ni dah 52kg. Naik 4kg dalam masa 1 bulan. Naik tang mana pun tak tau la. Tak nampak macam berisi pun. Dah habis timbang misi suruh tunggu nanti dia panggil lagi. Tunggu la dalam 15 minit dia panggil lagi untuk check BP. Nasib baik BP ok. Saya risau gak sebab 2 3 hari ni asyik kepala rasa macam pening berputar je. Dah siap wat urine ngan blood test pulak.

Lepas tu tunggu lagi untuk masuk bilik pemeriksaan. Dalam bilik tu, misi cakap test air gula hari tu tak cantik. Limit dia 7.8 tapi saya punya 7.2. Agak tinggi dia cakap. So kena la repeat minum air gula bilan depan. Arghhhh bencinya!!! Kalau air gula tu ada perisa ke takpe la gula. Ni air panas campur gula. Pedih tekak ni nak telan tau. Pastu dia cakap berat saya pun terlebih. Patutnya dalam masa 1 bulan boleh naik 2kg je tapi saya dah lebih sampai 4kg. Alahaiii nak buat macamana. Sekarang selera makan tengah baik punye. Hihi. Dia check perut. Check heartbeat baby. Heartbeat baby slow sikit tapi dia cakap ok takde ape-ape masalah. Syukur....

Lepas periksa kena suntik untuk kancing gigi dos pertama. Nanti bulan depan cucuk lagi. Aduhhh sakit gak eh cucuk ni. Yea la dah lama sangat tak kena cucuk kan. Dah kena cucuk jumpa dokter pulak. Dia takde cakap apa pun tapi tanya kita balik kenapa nak repeat minum air gula. Ayakkkkk! Patutnya awak la lagi tauu.. Ape daaaa......

Pukul 9.10 dah siap. Kira cepat la jugak kan. start pukul 8, pukul 9 dah siap.

Tapi hari ni langkah kiri betul la. Sampai je office pukul 10, meeting baru start. Tak pasal-pasal kena join sama. Ingatkan dah boleh lari. Huhu... dah la breakfast pun belum. Tapi lepas meeting terus bedal roti canai telur dengan bihun goreng. Konyangggg ehhhh ^____^