Aktiviti Bersama Ma Abah Adik

2:02:00 PM 0 Comments A+ a-

Hari ni saya cuti sebab ma abah ngan adik ada kat rumah. So nak teman diorang jalan cari barang sket.

Kitorang keluar dari rumah pukul 10.30 terus ke IKEA. Nak bagi abah try meat ball kat situ. Pukul 11 terus ke cafe IKEA. Meat ball tak siap lagi pulak dah. Pukul 11.30 baru ada. SO jalan-jalan kat IKANO la kejap.

11.30 pergi cafe IKEA balik. Order meat ball 15pcs, chicken wing, nugget, muffin dengan air kopi. Suka betul abah. Memang kena dengan taste dia. Tambah lagi 15pcs. Dah siap makan nak cari seluar slack tuk my brother pulak. Nak g OU Jusco dia tengah renovate. So pergi la Jusco Wangsa Maju. Kejap je. Beli seluar dengan baju dia terus balik.

Tapi singgah dulu beli jambu dengan air jambu dekat Semarak. Saya suka betul dengan asam boi dia.


Malam kitorang goreng bihun je. Sebab masing-masing kenyang lagi.

PAstu asben ajak pergi uptown Damansara. Nak cari selipar jepun katanya. Huhu. Tapi kalau dah spesis cerewet memang takdenya yang berkenan. Lepak kejap kat food court sebab abah order mee goreng. Kitorang minum-minum je. Tapi punya la lama nak tunggu mee goreng sebungkus tu. Bila saya bangun pegi tanya dia cakap tengah goreng. Yea la sangat kannnn.... Lebih 1/2 jam baru siap. Balik pun dah dekat pukul 1.