KB - KL 18 Jam

5:03:00 PM 0 Comments A+ a-

Ni kisah masa cuti raya cina baru ni. Kitorang duk dalam kereta 18 jam! Biasa 7-8 jam dah sampai KL. Ni jem punya pasal la ni. Naik kematu rase bontot. Pinggang lenguh tak yah cakap la.

Kitorang bertolak dari KB pukul 1 tengahari hari Sabtu. Pukul 7 pagi hari Ahad baru sampai KL. Last-last dua-dua ambik EL. Tak larat dah nak masuk kerja.

Biasa dari KB ke Kuala Krai cuma 1 jam, tapi hari tu lebih 5 jam. Lepas tu dari Raub dah start jem sampai la ke Hentian Genting Sempah. Karak nuuu.... Kereta punya la banyakkkkkk



Yang berhenti kat tepi highway Karak pun tak yah cakap. Sepanjang-panjang jalan. Kitorang pun berhenti gak. Tak larat. Driver dah ngantuk sangat. Rupa-rupanya yang buatkan jadi jem jalan tu sebab orang ramai sangat berhenti kat Hentian Genting Sempah. Adooooiiiiii... Ingatkan sebab eksiden ke hape. Apasal la takde pulak polis ke orang Plus ke yang jaga trafik sampai boleh jadi gitu. Sakit hati betul la. Lepas je terowong Karak tu.... Memang pecut la. Terbang terus. Saya pun tak berani nak bukak mulut sebab tau sangat si driver ni dah penat + tensen. Layan kan je la. Sampai je rumah.. dua-dua pengsan!!!