Kek Coklat Cepat Mudah Sodap!

8:54:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum =)

Dari last week lagi duk teringin sangat-sangat nak buat kek. Akhirnya tercapai jugak!

Tadi dapat balik awal. Pukul 3 dah boleh balik. Tak masuk office pun sebenarnya hari ni sebab ada kerja kat luar. Balik singgah bank kejap. Pukul 4 sampai. Siap tukar baju semua terus keluarkan bahan-bahan tuk buat kek. Tadi kakak office bagi resepi kek coklat. Simple je. Tak payah nak salin pun. Boleh hafal je sebab memang simple.

Target nak siap bakar sebelum En. Asben balik. So bertungkus-lumus la saya mengacau adunan. Bukan pakai tangan pun. Pakai mixer. hehe. 5.15 masuk oven.

5.45 En. Asben dah sampai. Tapi kek tak masak lagi. Bau wangi dah penuh satu rumah. Asyik duk intai dalam oven. Memang kek ni naik dan kembang elok je. Saya try cucuk nak tau dah masak ke belum. Kat tepi dah ok tapi kat tengah masih lembik. So saya tukar la api oven pakai yang atas je. Tak sampai 2 minit kelam dapurku ngan asap. Hangit wehhhh. Kalut-kalut tutup suis cepat-cepat. Nasib baik hangit kat bahagian atas sikit je. Tak rasa pahit pun.

Nak tengok ke rupa kek tu? hehe. Mintak maaf la rupa tak seberapa tapi rasa... wallahhhhhhh!!! sodapppppp! Dah la lembut, gebu, moist pulak tu. Tak reti nak wat topping. Makan macam ni pun ok gak.


Panas-panas terus serve kat En. Asben

Ni resepi dia.....

Kek Coklat Simple

Bahan A:
1 ketul butter / 250gm mentega
1 cawan gula kastor
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum

Bahan B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kasar
1 cawan air

Cara-caranya:
1. Masak Bahan B sehingga sebati. Kemudian biarkan ia suam/sejuk.
2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur. 
4. Tuang Bahan B sedikit demi sedikit hingga semuanya sebati.
5. Masukkan tepung juga sedikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.
6. Tuang dalam loyang kemuadian bakar. Siap!!

Senang sangat. Try la yea =)