Owhhh Air Gula

7:13:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sampai jugak saya kat klinik pagi tadi. Sebab tak tau jalan punya pasal, pukul 6.30 pagi saya dah turun dari rumah. Singgah pam station dulu. Isi minyak penuh-penuh. Incase kalau sesat pun takde la risau sangat. Saya follow GPS. Search Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Tapi apesal la GPS ni kan. Selalu bagi jalan jauh. Berbelit-belit. Pastu suka bagi jalan taman perumahan.

Sampai area Tabung Haji saya dah tak tau nak pusing ke mana. Time tu memang gelap lagi. Jumpa dengan uncle yang hantar surat khabar. Saya tanya dia, dia suruh follow dia. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Syukur. Sampai depan klinik baru pukul 7.15. But im not the first person la. Ada yang lagi awal. Terus masuk ambik nombor.

Pukul 8 nurse panggil masuk bilik untuk ambik darah. Sakit la pulak kali ni. Masa bukak buku hari tu langsung tak rasa. Dah ambik dia suruh minum air gula. Gelas besar wehhhh. Dalam bilik tu dah ada dua orang tengah berhempas-pulas menghabiskan air tu. Diorang masuk dah agak lama tapi tak sampai suku gelas pun lagi. Air gula tu takde la pekai sangat tapi manis dia tu rasa pedih tekak ni bila telan. Sambil duk minum tu masuk lagi sorang. Lepas ambik darah dia minum gak. Tapi tak sampai 5 minit dah habis. Fuhhh kagum. Terus saya bersemangat. Togok jugak air tu. Habis!

Dah habis minum kena tunggu 2 jam sebelum ambik darah lagi sekali. Bosannye laaa. Baca buku kejap. Pastu terlelap kejap. Pukul 10 keluar beli kuih. 10.30 nurse panggil untuk ambik darah. Siap! Nanti dia akan call bagitau result. Harap-harap takde la nak kena ulang lagi sekali. Hazab wehhhhh


Psstttt : Hari ni dapat balik awal lagi. Pukul 1 pengerusi dah bagi green light suruh balik. ahahahaha. Sangat heaven la minggu ni. Kalau tiap-tiap hari kerja half day kan beshhh =)