Penuh Kondo Setinggan Kami

2:57:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari ni jadual padat sangat. Kami nak sambut famili datang rumah. Ma, abah ngan adik nak datang datang rumah. Tidur kat sini 2 malam sebelum bertolak ke Mekah untuk umrah.

Pukul 6.45 saya sedar, bangun solat subuh. Rasa tak puas lagi tidur. Sambung balik sampai pukul 8.30. Kena paksa jugak bangun sebab banyak benda nak buat pagi ni. Siapkan breakfast. Kemas-kemas apa yang patut. Angin rajin tetibe datang pulak buat la kek coklat macam hari tu sebijik. Pukul 11.30 kek dah masak. Bersiap nak pergi kedai runcit dekat area rumah pulak. Semalam dah shopping kat Giant tapi saya tak beli sayur kat sana. Beli kat kedai runcit ni senang sikit. Boleh ambik sikit je. Kalau beli banyak-banyak nanti membazir. Layu dalam peti ais.

Turun panaskan enjin kereta. Tetiba bunyi anak kucing duk mengiau. Duk bawah kereta rupanya ngan mak dia sekali. Saya halau la. Tup-tup masuk dalam enjin pulak duk menyorok. Mak dia dah lari. Alahaiiii geramnyaaaa! Saya usik dia pakai bulu ayam pun takmo keluar. Nasib baik en. asben sampai. Dia hulur tangan tarik wat keluar. Dah dekat pukul 12 pun masa tu. Kalut la kita ni nak ke kedai.

Dah siap beli apa yang patut. Baik terus masuk dapur. Nasi dah memang letak dalam rice cooker sebelum keluar tadi. Plan nak buat daging sweet sour. Tengah syok kacau daging dalam kuali, tetibe gas pulak habis. Aduhhhh dah la tak bagi signal langsung. Call orang gas. Time tu dah pukul 1.15. Sambil tunggu gas potong-potong sayur, siapkan bahan-bahan tuk masak yang lain dulu. Abah call cakap dah sampai LCCT. Makin la kalut saya ni takut tak sempat nak masak.

Pukul 1.45 baru gas sampai. Samabung balik masak. Pukul 2 ma, abah, abang ngan adik sampai. Nasib main main menu dah siap. Tinggal nak goreng ayam dengan ikan je. Alhamdulillah pukul 2.15 dah dapat makan. Saya masak simple je. Bukannya tau masak sangat pun. Tapi teringin nak bagi ma abah rasa masakan saya. Yea laa kalau balik kampung mana saya pernah masak. Asyik mintak ma masak itu ini. Hehe

Menu kitorang tengahari tadi:
1. Masak lemak sayur
2. Daging sweet sour
3. Ayam & ikan goreng
4. Telur dadar
5. Sambal bilis petai (ma cakap sedap. dah lulus. hihihi)
6. Tembikai
7. Budu

Kembang sekejap bila tengok orang makan sambai bertambah. Masak lemak sayur kalau dengan budu memang kena. Lepas makan dah solat, semua lena. Penuh ruang tamu.