I am 28 weeks pregnant!

5:56:00 AM 0 Comments A+ a-


Sprung a leak? Those thick, yellow drips (called colostrum), are the precursor to breast milk. Try a pair of cotton breast pads and make sure to change them whenever they get damp to avoid the dreaded chafe. Still milk-free? That's normal too -- some women just don't leak.


Baby's now the size of an eggplant!
Baby's lungs are mature enough that, if born right now, she has a pretty good chance of surviving (with help from medical technology). Her skin is still pretty wrinkly (one byproduct of living in amniotic fluid) but will smoothen as fat continues to deposit.

Tanda Mengandungkan Bayi Perempuan

5:52:00 PM 0 Comments A+ a-


  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

Tanda Mengandungkan Bayi Lelaki

5:51:00 PM 4 Comments A+ a-



  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Pose 7 Bulan

1:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Akhirnya bertukar kepada uniform baru jugak. Baju kurung semua dah tak muat. Memang menyeksa diri kalau pakai baju kurung.

Berat 55kg. Tiap minggu mesti bertambah.

Perubahan saiz perut sangat ketara bermula dari akhir 6 bulan nak masuk ke 7 bulan. Kalau tak silap dalam 1 minggu nak masuk usia 7 bulan, perut memang nampak sangat maju ke depan. Selera makan bertambah. Apa taknya, kalau masak untuk makan malam, saya la yang jadi tukang habidkan nasi dengan lauk. Takmo membazir punya pasal. Huhu

Harap-harap berat tak lebih 60kg sebelum deliver ;-)

Wordless Wednesday 2 : Owhh Durian

7:35:00 PM 0 Comments A+ a-

I am 27 weeks pregnant!

5:56:00 AM 0 Comments A+ a-


Got a sudden pain in your rear? That's just baby, settling into place for his upcoming debut. His head might be pressing on your sciatic nerve, which can cause pain and numbness down the backs of your legs. Don't worry -- it'll ease up soon after labor. For now, your aching back deserves a pat. You've reached trimester three!


Baby's now the size of an eggplant!
Baby's lungs are going through some major developments these days, which (combined with the opening of previously plugged nostrils) means he's now able to practice inhaling and exhaling. The lack of air in your womb means every "breath" is filled with amniotic fluid, but hey -- it's progress.

KERJA-KERJA NAIK TARAF SEDANG DIJALANKAN

9:57:00 PM 0 Comments A+ a-


Blog dalam keadaan huru-hara sekejap disebabkan kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan. Cittt naik taraf la sangattttt... ahahaha...

Jeles l;a tengok blog orang lain. Kemas jek. Nak susun bagi kemas teratur gak la. Tapi tak sempat siap malam ni la. Sebab pukul 10 jap lagi ada movie best kat TV3. Jom la kita tengok. Cerita Two Brothers. Pasal anak harimau yang dipisahkan. Sedih woooo cerita ni. Dulu dah penah tengok. Sampai nangis-nangis. Huhu

Jom laaaa... Sok sambung wat kerja balik deh ^-^

9 Bulan

12:17:00 PM 0 Comments A+ a-


Hepi 9 month anniversary bie!!!!!
Hikhik... ada orang nak kena hempuk je rasanya petang nanti. Tanya dah berapa bulan kawin pun tak ingat. Memang nak kena!

Dah 9 bulan kita duk berkasih sayang bergaduh bertumbuk. Kejap je kan. Pasni sambut 1st anniversary dah bertiga. insyaAllah. Raya pun bertiga. RAYA TAHUN NI GILIRAN RUMAH SAYA YEA..... ahahaaha. saje kasi tau awal-awal. Sebarang rayuan tak akan diterima dan tak akan dipertimbangkan tauuuu....

WIR Campaign

11:06:00 AM 0 Comments A+ a-

Baca kat blog bududanbelacan jumpa ni


Kempen pakai tudung tutup dada ^_^

Sekarangkan macam-macam jenis tudung ada. Shawl la..tudung express laa.. semua lawa. Tambah-tambah kalau model yang peragakan tu pun cun..lagi la tudung tu nampak mabeles. Tapi satu je yang heran kita ni orang perempuan, dah elok-elok tudung tu dibuat labuh tutup dada, tapi nak jugak tarik ke belakang sampai nampak dada. Nape ekk? Yang tukang tulis ni pun 2x5 jugak. hikhikhikkk

So apa kata kita sokong kempen ni. Tak payah nak suruh orang buat. Kita yang mulakan dulu.

Wordless Wednesday 1 : Tinggal Kenangan

11:00:00 AM 1 Comments A+ a-

Buah Tangan Dari Mekah

1:00:00 AM 3 Comments A+ a-

Sambil lepak dekat tempat pelepasan KLIA semalam, terus ma abah bukak hand luggage diorang. Saya cuma pesan kismis je suruh ma letak asing sebab nak ambik terus. Tapi abah suruh ambik terus barang-barang saya. Sebab nanti kalau nak tunggu saya balik kampung abah cakap dah takde feel. Hehe... i ok je

Ni antara barang-barang/makanan yang ma beli. Saya dah pesan awal-awal takmo baju ke ape, beli buah kurma ngan kismis banyak-banyak takpe.

Teko air pun dapat gak satu. Boleh wat minum kopi nanti. Tu air mineral 1 botol kecik yang berjaya diseludup.


Kismis dari sana sedap la. Apsal ehhh... dah la besar. Makan 3 biji sehari pun dah cukup. Kalau boleh start dari sekarang saya nak amal makan kismis, kurma ngan air zamzam hari-hari. Kalau boleh pagi-pagi sebelum makan benda lain, saya nak amal minum air zamzam, makan kismis dulu. InsyaAllah


Kurma 3 - 4 jenis jugak dorang beli. Ada yang segar. Saya tak ambik banyak pun. Nanti balik boleh topup lagi


Ni kurma segar. Yang satu lagi ada isi badam kat dalam. Manis!


Ni pulak kurma Nabi. Comey je bekas dia. Kecik cinonet jek


Ni pulak buah zuriat. Katanya elok untuk orang yang nak dapatkan zuriat. Wallahualam. Usaha je la kan. Buah ni keras giler. Nak kena pakai kapak baru boleh bukak. Ma cakap kat sana dah ada jual yang dah proses jadi serbuk


Akar/bunga Fatimah. Rendam pastu minum air dia bila dah dekat nak bersalin

Kepulangan Yang Dinanti

11:26:00 PM 0 Comments A+ a-

Cewahhh tajuk! Ahahaa

Akhirnya penantian, kerinduan selama 2 minggu berakhir sudah. Alhamdulillah ma abah ngan adik dah selamat sampai semalam. Diorang bertolak pukul 11 mlm dari Jeddah. Sampai KLIA pukul 12.48

Yang menyambut di KLIA semalam saya dengan abang dengan kakak ipar dengan anak-anak sedara je. Kakak kami yang lain nanti sambut dekat airport Kota Bharu. En. asben pun tak dapat nak ikut sebab kerja. Sayang pulak nak suruh dia cuti. Lagipun akhir bulan ni kitorang nak balik kampung. Kena amik cuti lagi. So nanti jumpa kat kampung la yea.

Dari Kota Damansara ke KLIA amik masa 45 minit. Mulanya turun pukul 11.45 tapi tertinggal pulak beg ma. Patah balik. Semalam kalau kena speed trap tak tau lah. Memang saya rushing. Tak sabar nak jumpa dorang.

Sampai KLIA, dah siap park kereta, terus cari balai ketibaan. Saya follow signboard je. Ramai gak orang kat situ. Tunggu punya tunggu punya la lama. Call adik dia cakap tengah tunggu luggage. Dekat pukul 3 baru diorang keluar.

Tu diaaaa..... Tapi gambar blur la. Pakai kamera henpon je. Kamera saya lupa nak charge. Saya duk lambai-lambai diorang tak nampak pun. Huhu


Sesi bersalam & berpelukan tanpa segan silu. Hehe...

Rindu sama diaaaaaa

Duk jenguk cucu yang paling latest. Kawan tu tidoq langsung tak hirau sape

Abah cakap air zamzam 1 gelen hilang. Tak tau la orang tersalah ambik ke hape. Sebab ramai sangat. Tapi nanti boleh tuntut balik kat pejabat agensi.

Sambil tunggu flight nak balik KB pukul 6.25, lepak kat balai berlepas pulak. Makan-makan kasi kenyang dulu. Pastu pukul 5.30 abah suruh kitorang balik sebab kesian dengan anak abang yang duk merengek sebab ngantuk tambah penat lagi. Kitorang balik abah terus turun check in.

Alhamdulillah pukul 7.30 malam tadi, diorang dah selamat sampai kat rumah. Dah selamat menjamu roti jala dengan laksa pun. waaaaaa.... nak gakkkkk!!!

Anggur Hijau Elakkan Jaundis

10:14:00 AM 0 Comments A+ a-

saya ada terbaca dalam satu blog ni. Dia cakap makan anggur hijau boleh elakkan jaundis. Tapi kena makan bermula dari usia kandungan 7 bulan.

Saya 6 bulan nak masuk 7 bulan. Kira halal la kan. Lagipun anggur hijau ni memang my peberet. Jumaat lepas, time lunch pegi Jusco, ada pulak anggur ni. Besar-besar pulak tu. Beli la ape lagi.

Sekarang dah mula balik makan buah-buahan. Nak kurangkan makan nasi waktu malam sebab berat naik dah banyak. Saya try amal minum milo cicah biskut Hup Seng. Sedapppp... 10 keping biskut tu tak heran. Hehe. Tembikai masih kesukaan utama. Takleh kalau dalam peti ais takde dia ni

@ 25 Weeks

10:10:00 AM 0 Comments A+ a-

Menggediks lagiiii... ahahaha... ni pic last week

Pandangan depan. Sekali tengok macam melebar. Tapi kalau kat rumah nampak cam muncung pulak. Boy ke girl eh???


Dari sisi. Tak nampak sangat kan. Tapi kalau real nampak la jugak perutnya.

Bila nak gi scan ni. Tak sabar nak shopping dah nie....

p/s : saja nak tunjuk pic ni kat Huda. hikhik

I am 26 weeks pregnant!

5:54:00 AM 0 Comments A+ a-


Don't panic if your uterus suddenly starts tightening and relaxing -- Braxton Hicks contractions often begin around this time. They're simply your body's way of practicing and preparing for labor. (If the contractions are regular or particularly painful, call your doc just to be sure it's not the real thing.)


Baby's now the size of an eggplant!
Baby's soaking up your antibodies, getting her immune system ready for life outside the womb. Eyes are forming, and she'll soon be practicing the blink...perfect for batting those freshly grown lashes.

Malang Yang Berbau

12:15:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dua hari berturut-turut saya duk perabis petrol atas jalan. Geram sangat. Ingatkan bulan ni boleh la berjimat. Rupanya bulan ni la agak teruk. Huhu

Hari Isnin balik kerja hujan lebat. Tapi bila pukul 5 hujan dah renyai-renyai. Sebab keluar pukul 5 tepat so saya decide nak lalu Jalan Tun Razak. Sampai Jalan Semarak pun dah jem. Kat traffic light saya duk depan sekali. Dah dua kali hijau pun takleh nak bergerak lagi. Ni semua kes orang yang tak berapa nak faham bahasa. Dah nampak kat depan penuh tu tak payah la nak sondol-sondol lagi kannn... Last-last duk bersesak atas petak kuning. Pastu polis takde pulak time ni. Eiiiii geram sungguh!

Jalan Tun Razak memang langsung tak bergerak. So saya terpaksa la lalu Kampung Baru. Dari Kampung Baru nak ke Stesen Putra pun dah dekat pukul 6. Last-last sampai rumah pukul 6.30.

Semalam pulak ada meeting kat Putrajaya. Time pergi ok la sebab saya tau jalan. Nak balik tu yang masalahnya. Sebab tak tau jalan terpaksa la pakai GPS hampeh ni. Mula-mula tunjuk 45km je. Lepas tu asyik lost satelite. Pastu duk re-calculate. Hadooooiiiiii...

Bila dah masuk highway mane tah, tapi saya ingat jalan tu sebab balik hantar ma abah dari KLIA hari tu lalu situ. So saya takmo la dengar cakap GPS. Dah sampai Shah Alam ok lagi. Memang rasanya dah dekat sangat pun dengan rumah, patut saya akan sampai tol Kota Damansara, tah camana tah tetibe hilang ingatan pulakkkkk. Saya exit kiri keluar tol Damansara. So bermula episod sesat. Masuk sampai kawasan taman perumahan mana pun saya tak tau. Bila follow GPS last-last keluar Federal Highway. Tensen wooooo... TAk pasal-pasal kena tol lagi sekali kat Duta.

Tengok-tengok kat meter, 70km dah saya jalan rupanya. Waaaaa.... lepas ni tobat takmo gi sendiri dah ;(

I am 25 weeks pregnant!

8:59:00 AM 0 Comments A+ a-


Got a dark line running down your belly? That's your linea nigra, and it's totally normal. Pregnancy hormones might also be making your complexion a little spotty. Switching to oil-free, water-based, noncomedogenic makeup should help clear things up.


Baby's now the size of an eggplant!
That oh-so-handy sense of equilibrium is kicking in, and baby's learning to distinguish right side up from upside down.

Umrah Pertama

3:55:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Ma abah ngan adik dah selamat sampai ke Mekah pukul 11 malam waktu kat sana. Kalau kat sini lebih kurang pukul 4pagi tadi. Abah sms pukul 8pg tadi bagitau baru habis buat umrah. Duk minum teh katanya. Hehe

Diorang bertolak dari Madinah ke Mekah semalam pukul 3ptg (8mlm waktu Malaysia). 8 jam perjalanan. Sama macam dari Jeddah ke Madinah. Syoknyaaaa....... Bila nak sampai turn saya ni. huhu

Dapat tengok Kaabah live depan mata. Bertuahnya my brother dapat pegi sana. Harap-harap manfaatkan la masa ngan peluang yang ada ni.


Saie sekarang pun dah ber-aircond kan. Dah tak macam zaman dulu-dulu

Dapat solat kat Masjidilharam yang pahalanya beratus ribu kali ganda. Subhanallah....

Nak kena kira duit tabung lagi nampak gaya ni. Hihi

Entry Mengantuk

12:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamulaikum *___*

Pagi ni paling mengantuk sekali. Dah la dinihari tadi terkejut sebab kilat  ngan petir kuat sangat-sangat. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup 26 tahun ni dengar bunyi kuat macam tu. Lama pulak tu. Pastu hujan pun lebat. Ingat dah banjir kat Sunway Damansara tu. Kalau banjir ada la alasan nak masuk kerja lewat. Hehe.

Hari ni saya puasa. Puasa ganti tak habis lagi ni. Bangun sahur pastu iron baju terus tak tidur dah. Sahur milo ngan roti je. Tapi effect milo ni memang la kuat giler. Sampai saya terlelap sambil drive tadi. Mata celik tapi rasa cam terlena kejap. Terkejut tengok keta depan dah dekat. Sampai je office terus amik bantal. Tidur kejap. Ni pun rasa mamai lagi.

Weekend baru ni ma abah ngan adik datang KL. Diorang nak pegi umrah. Alhamdulillah dah selamat sampai pun semalam. Nanti kalau sempat saya karang entry pasal tu. Ok la. Nak sambung tidur sket lagi. theeheheee

Selamat Tiba Di Madinah

5:09:00 AM 0 Comments A+ a-

Sedar pagi ni tengok ada sms dr adik. sms tu pukul 12.48 pg tadi. dia ckp dah sampai jeddah. Dari jeddah naik bas ke Madinah amik masa 8 jam jarak 450km. Sana pukul 7pagi.

9.15pg tadi dapat lg sms adik cakap dah sampai hotel kat Madinah. Kat sana sekarang pukul 4.15pagi.

Alhamdulillah......

Pukul 12tghari td abah call pakai public phone. Diorang baru lepas makan. Nak g melawat pulak katanya.

Tetamu Rumah Allah

2:06:00 PM 0 Comments A+ a-

Hari ni pun cuti lagi sebab nak hantar ma abah ngan adik ke KLIA. Diorang nak wat umrah 2 minggu. Syoknya kan dapat ke sana.

Tengah duk punggah beg masuk kereta

Bergambar dulu sebelum bertolak. Aisehhh semua tema kelabu neh

Flight diorang pukul 3petang tapi pukul 12.30 dah kena berkumpul kat sana. Kitorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Jarak dari Kota Damansara ke KLIA lebih kurang 55km. Tol RM7.70. Sampai sana pukul 11. Ni baru first time saya sampai KLIA. Kesian kan. Hehe. Kitorang drop ma abah ngan adik kat balai berlepas pastu gi cari parking. Dua-dua tak biasa kat sana so follow signboard je la.

Selingan. Hihi

Lepak-lepak kat sana sambil tunggu abang saya sampai. Beg besar ada dengan dia. Pukul 12.15 dah boleh check in timbang luggage. Pastu pukul 12.30 orang dari agensi panggil berkumpul untuk bagi taklimat. Dah habis taklimat kitorang makan kat MC'D. Tengah-tengah duk makan orang agensi panggil tul bagi pasport pulak. Berlari la abah saya p amik pasport. Dah siap makan semua. Bergambar kejap.

Tengah kusyuk dengar taklimat


Pastu abah cakap dah nak turun masuk tuk check in kat bawah. Salam ngan ma ngan abah. Saya dah sebak. Takleh nak cakap apa. Padahal banyak nak pesan. Suruh diorang jaga diri baik-baik. Jalan mesti bersama. Jangan berpisah. Macam-macam lagi la. Tapi satu pun tak keluar. Yang saya boleh cakap kat abah nanti dah sampai bgtau. Tu pun suara dah bergetar. Nasib baik saya dah siap-siap tulis bagi kat ma. Hehe


Kitorang follow dia dari tingkat atas sampai la hilang dari pandangan. Cewahhh!



Duduk kat kawasan untuk tinjauan. Kat sini boleh nampak kapal terbang mendarat. Tapi yang berlepas tak nampak sebab lindung dengan bangunan. Duduk la situ sampai pukul 3. Pukul 3 adik kol bgtau diorang dah naik kapal terbang Saudi Airlines. Puas duk cari yang mana satu. Dah la saya ni rabun jauh. Pastu 3.15 baru nampak kapal tu. Bila kapal dah start nak pecut, sempat lagi adik call bagitau kapal yang mana. Hadoiiii memang nak kena marah ngan peramugari dia ni. Hehe. Saya je tengok kapal tu berlepas. Flight diorang akan ambik masa 8 jam tuk sampai di Jeddah. Semoga ma abah ngan adik selamat sampai.

Yang jauh tu Saudi Airlines yang ma abah dan adik naik 

Aktiviti Bersama Ma Abah Adik

2:02:00 PM 0 Comments A+ a-

Hari ni saya cuti sebab ma abah ngan adik ada kat rumah. So nak teman diorang jalan cari barang sket.

Kitorang keluar dari rumah pukul 10.30 terus ke IKEA. Nak bagi abah try meat ball kat situ. Pukul 11 terus ke cafe IKEA. Meat ball tak siap lagi pulak dah. Pukul 11.30 baru ada. SO jalan-jalan kat IKANO la kejap.

11.30 pergi cafe IKEA balik. Order meat ball 15pcs, chicken wing, nugget, muffin dengan air kopi. Suka betul abah. Memang kena dengan taste dia. Tambah lagi 15pcs. Dah siap makan nak cari seluar slack tuk my brother pulak. Nak g OU Jusco dia tengah renovate. So pergi la Jusco Wangsa Maju. Kejap je. Beli seluar dengan baju dia terus balik.

Tapi singgah dulu beli jambu dengan air jambu dekat Semarak. Saya suka betul dengan asam boi dia.


Malam kitorang goreng bihun je. Sebab masing-masing kenyang lagi.

PAstu asben ajak pergi uptown Damansara. Nak cari selipar jepun katanya. Huhu. Tapi kalau dah spesis cerewet memang takdenya yang berkenan. Lepak kejap kat food court sebab abah order mee goreng. Kitorang minum-minum je. Tapi punya la lama nak tunggu mee goreng sebungkus tu. Bila saya bangun pegi tanya dia cakap tengah goreng. Yea la sangat kannnn.... Lebih 1/2 jam baru siap. Balik pun dah dekat pukul 1.