Buah Tangan Dari Mekah

1:00:00 AM 3 Comments A+ a-

Sambil lepak dekat tempat pelepasan KLIA semalam, terus ma abah bukak hand luggage diorang. Saya cuma pesan kismis je suruh ma letak asing sebab nak ambik terus. Tapi abah suruh ambik terus barang-barang saya. Sebab nanti kalau nak tunggu saya balik kampung abah cakap dah takde feel. Hehe... i ok je

Ni antara barang-barang/makanan yang ma beli. Saya dah pesan awal-awal takmo baju ke ape, beli buah kurma ngan kismis banyak-banyak takpe.

Teko air pun dapat gak satu. Boleh wat minum kopi nanti. Tu air mineral 1 botol kecik yang berjaya diseludup.


Kismis dari sana sedap la. Apsal ehhh... dah la besar. Makan 3 biji sehari pun dah cukup. Kalau boleh start dari sekarang saya nak amal makan kismis, kurma ngan air zamzam hari-hari. Kalau boleh pagi-pagi sebelum makan benda lain, saya nak amal minum air zamzam, makan kismis dulu. InsyaAllah


Kurma 3 - 4 jenis jugak dorang beli. Ada yang segar. Saya tak ambik banyak pun. Nanti balik boleh topup lagi


Ni kurma segar. Yang satu lagi ada isi badam kat dalam. Manis!


Ni pulak kurma Nabi. Comey je bekas dia. Kecik cinonet jek


Ni pulak buah zuriat. Katanya elok untuk orang yang nak dapatkan zuriat. Wallahualam. Usaha je la kan. Buah ni keras giler. Nak kena pakai kapak baru boleh bukak. Ma cakap kat sana dah ada jual yang dah proses jadi serbuk


Akar/bunga Fatimah. Rendam pastu minum air dia bila dah dekat nak bersalin

3 kawan cakap

Write kawan cakap
nizabeba
AUTHOR
March 16, 2011 at 11:00 AM delete

waa sedapnye nye kurma badam tuh! nyam nyam

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 18, 2011 at 9:17 PM delete

hiii niza

memang sodap. manissss meleting org kelantan cakap. hehe

Reply
avatar
Monshi
AUTHOR
June 27, 2012 at 4:43 PM delete

Mana nak dapatkan buah zuriat tu? Saya teringin nak dapatkan buat tu..

Reply
avatar