Entry Mengantuk

12:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamulaikum *___*

Pagi ni paling mengantuk sekali. Dah la dinihari tadi terkejut sebab kilat  ngan petir kuat sangat-sangat. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup 26 tahun ni dengar bunyi kuat macam tu. Lama pulak tu. Pastu hujan pun lebat. Ingat dah banjir kat Sunway Damansara tu. Kalau banjir ada la alasan nak masuk kerja lewat. Hehe.

Hari ni saya puasa. Puasa ganti tak habis lagi ni. Bangun sahur pastu iron baju terus tak tidur dah. Sahur milo ngan roti je. Tapi effect milo ni memang la kuat giler. Sampai saya terlelap sambil drive tadi. Mata celik tapi rasa cam terlena kejap. Terkejut tengok keta depan dah dekat. Sampai je office terus amik bantal. Tidur kejap. Ni pun rasa mamai lagi.

Weekend baru ni ma abah ngan adik datang KL. Diorang nak pegi umrah. Alhamdulillah dah selamat sampai pun semalam. Nanti kalau sempat saya karang entry pasal tu. Ok la. Nak sambung tidur sket lagi. theeheheee