Kepulangan Yang Dinanti

11:26:00 PM 0 Comments A+ a-

Cewahhh tajuk! Ahahaa

Akhirnya penantian, kerinduan selama 2 minggu berakhir sudah. Alhamdulillah ma abah ngan adik dah selamat sampai semalam. Diorang bertolak pukul 11 mlm dari Jeddah. Sampai KLIA pukul 12.48

Yang menyambut di KLIA semalam saya dengan abang dengan kakak ipar dengan anak-anak sedara je. Kakak kami yang lain nanti sambut dekat airport Kota Bharu. En. asben pun tak dapat nak ikut sebab kerja. Sayang pulak nak suruh dia cuti. Lagipun akhir bulan ni kitorang nak balik kampung. Kena amik cuti lagi. So nanti jumpa kat kampung la yea.

Dari Kota Damansara ke KLIA amik masa 45 minit. Mulanya turun pukul 11.45 tapi tertinggal pulak beg ma. Patah balik. Semalam kalau kena speed trap tak tau lah. Memang saya rushing. Tak sabar nak jumpa dorang.

Sampai KLIA, dah siap park kereta, terus cari balai ketibaan. Saya follow signboard je. Ramai gak orang kat situ. Tunggu punya tunggu punya la lama. Call adik dia cakap tengah tunggu luggage. Dekat pukul 3 baru diorang keluar.

Tu diaaaa..... Tapi gambar blur la. Pakai kamera henpon je. Kamera saya lupa nak charge. Saya duk lambai-lambai diorang tak nampak pun. Huhu


Sesi bersalam & berpelukan tanpa segan silu. Hehe...

Rindu sama diaaaaaa

Duk jenguk cucu yang paling latest. Kawan tu tidoq langsung tak hirau sape

Abah cakap air zamzam 1 gelen hilang. Tak tau la orang tersalah ambik ke hape. Sebab ramai sangat. Tapi nanti boleh tuntut balik kat pejabat agensi.

Sambil tunggu flight nak balik KB pukul 6.25, lepak kat balai berlepas pulak. Makan-makan kasi kenyang dulu. Pastu pukul 5.30 abah suruh kitorang balik sebab kesian dengan anak abang yang duk merengek sebab ngantuk tambah penat lagi. Kitorang balik abah terus turun check in.

Alhamdulillah pukul 7.30 malam tadi, diorang dah selamat sampai kat rumah. Dah selamat menjamu roti jala dengan laksa pun. waaaaaa.... nak gakkkkk!!!