Malang Yang Berbau

12:15:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dua hari berturut-turut saya duk perabis petrol atas jalan. Geram sangat. Ingatkan bulan ni boleh la berjimat. Rupanya bulan ni la agak teruk. Huhu

Hari Isnin balik kerja hujan lebat. Tapi bila pukul 5 hujan dah renyai-renyai. Sebab keluar pukul 5 tepat so saya decide nak lalu Jalan Tun Razak. Sampai Jalan Semarak pun dah jem. Kat traffic light saya duk depan sekali. Dah dua kali hijau pun takleh nak bergerak lagi. Ni semua kes orang yang tak berapa nak faham bahasa. Dah nampak kat depan penuh tu tak payah la nak sondol-sondol lagi kannn... Last-last duk bersesak atas petak kuning. Pastu polis takde pulak time ni. Eiiiii geram sungguh!

Jalan Tun Razak memang langsung tak bergerak. So saya terpaksa la lalu Kampung Baru. Dari Kampung Baru nak ke Stesen Putra pun dah dekat pukul 6. Last-last sampai rumah pukul 6.30.

Semalam pulak ada meeting kat Putrajaya. Time pergi ok la sebab saya tau jalan. Nak balik tu yang masalahnya. Sebab tak tau jalan terpaksa la pakai GPS hampeh ni. Mula-mula tunjuk 45km je. Lepas tu asyik lost satelite. Pastu duk re-calculate. Hadooooiiiiii...

Bila dah masuk highway mane tah, tapi saya ingat jalan tu sebab balik hantar ma abah dari KLIA hari tu lalu situ. So saya takmo la dengar cakap GPS. Dah sampai Shah Alam ok lagi. Memang rasanya dah dekat sangat pun dengan rumah, patut saya akan sampai tol Kota Damansara, tah camana tah tetibe hilang ingatan pulakkkkk. Saya exit kiri keluar tol Damansara. So bermula episod sesat. Masuk sampai kawasan taman perumahan mana pun saya tak tau. Bila follow GPS last-last keluar Federal Highway. Tensen wooooo... TAk pasal-pasal kena tol lagi sekali kat Duta.

Tengok-tengok kat meter, 70km dah saya jalan rupanya. Waaaaa.... lepas ni tobat takmo gi sendiri dah ;(