Tetamu Rumah Allah

2:06:00 PM 0 Comments A+ a-

Hari ni pun cuti lagi sebab nak hantar ma abah ngan adik ke KLIA. Diorang nak wat umrah 2 minggu. Syoknya kan dapat ke sana.

Tengah duk punggah beg masuk kereta

Bergambar dulu sebelum bertolak. Aisehhh semua tema kelabu neh

Flight diorang pukul 3petang tapi pukul 12.30 dah kena berkumpul kat sana. Kitorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Jarak dari Kota Damansara ke KLIA lebih kurang 55km. Tol RM7.70. Sampai sana pukul 11. Ni baru first time saya sampai KLIA. Kesian kan. Hehe. Kitorang drop ma abah ngan adik kat balai berlepas pastu gi cari parking. Dua-dua tak biasa kat sana so follow signboard je la.

Selingan. Hihi

Lepak-lepak kat sana sambil tunggu abang saya sampai. Beg besar ada dengan dia. Pukul 12.15 dah boleh check in timbang luggage. Pastu pukul 12.30 orang dari agensi panggil berkumpul untuk bagi taklimat. Dah habis taklimat kitorang makan kat MC'D. Tengah-tengah duk makan orang agensi panggil tul bagi pasport pulak. Berlari la abah saya p amik pasport. Dah siap makan semua. Bergambar kejap.

Tengah kusyuk dengar taklimat


Pastu abah cakap dah nak turun masuk tuk check in kat bawah. Salam ngan ma ngan abah. Saya dah sebak. Takleh nak cakap apa. Padahal banyak nak pesan. Suruh diorang jaga diri baik-baik. Jalan mesti bersama. Jangan berpisah. Macam-macam lagi la. Tapi satu pun tak keluar. Yang saya boleh cakap kat abah nanti dah sampai bgtau. Tu pun suara dah bergetar. Nasib baik saya dah siap-siap tulis bagi kat ma. Hehe


Kitorang follow dia dari tingkat atas sampai la hilang dari pandangan. Cewahhh!



Duduk kat kawasan untuk tinjauan. Kat sini boleh nampak kapal terbang mendarat. Tapi yang berlepas tak nampak sebab lindung dengan bangunan. Duduk la situ sampai pukul 3. Pukul 3 adik kol bgtau diorang dah naik kapal terbang Saudi Airlines. Puas duk cari yang mana satu. Dah la saya ni rabun jauh. Pastu 3.15 baru nampak kapal tu. Bila kapal dah start nak pecut, sempat lagi adik call bagitau kapal yang mana. Hadoiiii memang nak kena marah ngan peramugari dia ni. Hehe. Saya je tengok kapal tu berlepas. Flight diorang akan ambik masa 8 jam tuk sampai di Jeddah. Semoga ma abah ngan adik selamat sampai.

Yang jauh tu Saudi Airlines yang ma abah dan adik naik