Umrah Pertama

3:55:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Ma abah ngan adik dah selamat sampai ke Mekah pukul 11 malam waktu kat sana. Kalau kat sini lebih kurang pukul 4pagi tadi. Abah sms pukul 8pg tadi bagitau baru habis buat umrah. Duk minum teh katanya. Hehe

Diorang bertolak dari Madinah ke Mekah semalam pukul 3ptg (8mlm waktu Malaysia). 8 jam perjalanan. Sama macam dari Jeddah ke Madinah. Syoknyaaaa....... Bila nak sampai turn saya ni. huhu

Dapat tengok Kaabah live depan mata. Bertuahnya my brother dapat pegi sana. Harap-harap manfaatkan la masa ngan peluang yang ada ni.


Saie sekarang pun dah ber-aircond kan. Dah tak macam zaman dulu-dulu

Dapat solat kat Masjidilharam yang pahalanya beratus ribu kali ganda. Subhanallah....

Nak kena kira duit tabung lagi nampak gaya ni. Hihi